BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Sunday, January 01, 2017

Tidak salah terima wang daripada sesiapa untuk mengerjakan haji,” kata Mufti Pahanf


  Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang.

 Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.

 “Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.

 “Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur,” katanya kepada FMT.

 Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.

 Bekas perdana menteri itu berkata haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 “Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi kita buat kerja haji, bagus ke tidak?

 “Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini. ~  baca lagi di sini  
Comments
13 Comments

13 comments :

Che' Din said...

Lepas boleh la beli nombor ekor utk buat naik haji

Anonymous said...

Alamak berbeza gaya bahasa dan percakapan mufti ini ketika Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ingin menerima tajaan haji oleh anak muridnya suatu masa dahulu. Mungkin pada mufti ini apabila BN buat semua haram menjadi halal agaknya.

Anonymous said...

Komen menghina islam..duit dari sumber haram..matlamat x menghalalkan cara..

Anonymous said...

Klu guna duit dari sumber yg syubhat jgn harap nak dpt mabrur la tok peti oi... Jgn terlalu wa ampu sana wa ampu sini

Anonymous said...

Kalau dah menteri yang dilantik Najib tanpa melalui pemilihan pengundi inilah jadinya menteri agama pula tu tak mahu faham apakah yang dikatakan oleh Tun Maha tujuga sama dengan mufti cari makan ini adakah semua yang memuji Najib ini sedar kenapa semua ini terjadi tidakkah mahu smua kita yang ada kuasa sedikit itu menasihati Najib supaya berterus terang dari mulut sendiri daripada kita sebagai juak-juak najib menjawabnya yang mana akan memberi impak negetif pada rakyat kita sedia maalum jika tidak berpunca dar 1MDB ini perkara sebegini tak mungkin berlarutan hinggakan seluruh dunia persoalkan keadan sebenar bertambah buruka lagi sudah beberapa negara bertindak keatas isue 1MDB ini mengikut undang-undang negara mereka tapi dinegara najib sendiri menidakkannya dimanakah letaknya undang-undang negara yangberdaulat hendak disanjung peguam negara ketua polis negara SP:RM semuanya bersekongkol tidak mahu jelaskan pada rakyat hal yang sebenar ini bermakna pada pemikiran dan analisa rakyat mesti ada sesuatu yang hendak disembunyikanoleh Najib dengan mengunakan Akta rahsia untuk pengetahuan kita semua kaki tangan awam sekarang ini bagaikan dirantai kaki mereka dan dikunci mulut mereka darO bagaikan samseng negara tidak pula ada tindakkan oleh penguatkuasa undang-undang kita tunggu dalihat apa kesudahan dengan menteri-menteri yang bagaikan sudang dicucuk hidung oleh najibb.

Anonymous said...

Aku nak tgk apa mopti ni nak kata jk DAP nak taja imam p pinang naik haji...

usop ali said...

tok peti lupa ke...arwah tgna kena siasat siapa taja beliau gi umrah....tok peti malaon ni senyap pulak....memang manusia durjana tok peti macam ni la....hancur negara.hancur agama dibuatnya...

tanya sama itu hud hud said...

tajuk artikel; tidak salah terima wang drpd sesiapa untuk menunaikan haji..
elok la,pasni kaki ekor bleh ramai2 tunai haji atau beri duit menang ekor untuk org tunaikan haji..
peragut pun boleh guna hasil ragut atau beri pada org untuk tunai haji,.
pelacur pun boleh beri duit hasil melacur untuk orang tunaikan haji
.
apa punya sampah tok peti haprak ni

Anonymous said...

Terlajok nk ampu umno. Mupti pon jadi haprakkk. Mupti ni belajar mano dulu?Nnti ku tanya lebai google. Mupti perak setakat kolej islam klang jer. Hihihi

Anonymous said...

Tanya mufti pahang. Apo hukum buka bisnes judi di genting hiland? Mesti dio rebah tak leh jawab. Kiki

Anonymous said...

Satu lg perkara jgn kita lupa. Jk najib nak hantar 1000 org pergi buat haji brp ramai org yg menunggu giliran bertahun2, terutama yg telah lanjut umur, akan terlepas giliran krn ada diantara 1000 itu 'merampas' giliran mrk

Kepala Bana said...

Tak payah la adakan khutbah Jemaat, tak payah gi ngintip orang berkhalwat, tak payah petik hadis ngan alquran pasal semua las sekali tuhan yang tentukan samaada berdosa atau berpahala.. Gitu ke? Jadi apa tujuan Allah turunkan Al Quran untuk dijadikan panduan? Macam mana sibodoh sial ni boleh jadi tok peti? Woi mangkuk, bila ko nak bercerita pasal pusat judi kat negeri ko tu ha sial? Kah kah kah

Anonymous said...

kita tunggu mungkin taukeh judi genting akan menghantar mufti Pahang naik haaaaaaaji.Dia kata tak jadi masaaaalh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...