JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, January 07, 2017

Umno akan terus memerintah dengan restu Hj Hadi


 Rancangan Presiden Pas, Hj Hadi untuk mengadakan Himpunan 355 secara besar-besaran yang pernah dinyatakannya pada 24 November lalu, telah di sahkan oleh Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, akan diadakan pada 18 Februari 2017 di Dataran Merdeka.

 Wow! Himpunan raksasa Hj Hadi ini mendapat layanan istimewa dari kerajaan! Inilah untungnya bila dah berbaik-baik dengan Umno. Senang-senang sahaja boleh dapat gunakan Dataran Merdeka...

  Muktamar Pas yang akan datang mungkin akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putera pula... Ini bukan angan-angan kosong... Pas dan Umno sekarang ini adalah abang-adik, tidak seperti dulu - Anjing dan Kucing...(siapa anjing? siapa kucing? Ha! Ha! Ha!)

 Sama-samalah kita lihat keperkasaan Pas, yang menjangka dapat menghimpunkan 300,000 peserta....

 "Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran ke arah mendapatkan sokongan bagi membentangkan RUU ini," kata Tuan Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Menara MBSA Shah Alam, Sabtu.

 "Objektif kami adalah untuk memberi penjelasan mengenai keperluan pindaan akta dan mengapa ia mesti disokong, terutamanya oleh ahli-ahli Parlimen," katanya.

  Inilah pelawaknya Tuan Ibrahim! Kalau benar Pas jujur dan ikhlas mahu memberi penjelasan mengenai pindaan akta tersebut, kenapa tidak dibuat melalui forum atau wacana melalui slot 'talk show' melalui rangkaian radio atau TV yang sedia ada? Jemput sekali ahli-ahli parlimen terutamanya dari Amanah dan DAP sekali sebagai panel.

  Sudah dua kali Hj Hadi tangguh membentangkannya apabila diberi peluang. Hj Hadi masih mahu berdolak dalih untuk mengelak supaya RUU persendirian itu dibahas dan diundi ahli Parlimen semata-mata kerana begitulah kehendak tuan dedaknya, Umno.

 Hj Hadi walaupun baru sahaja lepas melakukan skan otak, dia masih umpama manusia robot, yang dikawal segala pergerakannya melalui remote control...

  Apabila Tan Sri Speaker menjemput Hj Hadi membaca pindaan kepada usul, Hj Hadi sekadar membaca usul tanpa menghuraikannya untuk dibahas ....

 Hj Hadi hanya mampu berjanji pada petang Nov 24, 2016, akan membentangkan pindaan terhadap RUU 355 yang akan diterangkan secara terperinci pada sidang Dewan Rakyat akan datang, yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017.

 Tetapi nampaknya hanya setakad itulah sahaja peranan Hj Hadi sebagai alat kepada Umno. Remote kontrol ada pada Umno...

 Jamil Khir Baharom buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Langkah yang sama yang pernah diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan Pusat bahawa usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri.

 Oleh itu, Hj Hadi bolehlah berehat....tak payahlah nak buat himpunan raksasa...Tak payahlah nak jemput DAP dan Parti Amanah Negara ke perhimpunan raksasa untuk mendengar taklimat Hj Hadi mengenai RUU 355 pindaan itu... sebab Umno dah ambil alih tanggungjawab untuk membawa RUU ini.Kah! Kah! Kah!

 Nyata sekali bahawa perhimpunan raksasa Pas yang akan diadakan ini nanti hanya untuk mengaut political mileage semata-mata sebagai modal advantage untuk dikongsi bersama antara Umno dan Pas! Maka Umno akan terus memerintah dengan restu Hj Hadi 
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

RUU 355 akan dijadikan modal oleh Umno dan PAS bagi meraih keuntungan politik, khususnya kepada pengundi Melayu.

abrarmujahideen said...

Datuk Bandar KL Amin da tolak awal2...camner nie tuan man..hahaha

Anonymous said...

Apakah RUU355 ini adalah HUDUD? Apakah dengan semakkan RUU355, maka HUDUD sudah selesai? Apakah kewujudan RUU355 ini boleh mengkafirkan mana-mana individu yang tidak bersetuju? RUU355 ini bukannya undang-undang yang hadir dari Al Quran tetapi kenapa begitu penting sehingga memisahkan umat Islam?

PONTENG said...

memang tujuan politik...

umno dh setuju nk bawa ikut saluran.... buat aje la dh tkde halangan.

klu nk bg penerangan pd rakyat masuklah tv3.. mcm kempen denggi

bkn semua org setuju dgn setiap undang2...tu biasala

jgn nnti dlm perhimpunan guna nk mengkafirkn org lain.

klu ini berlaku perhimpunan itu akn menyebabkn rakyat lbh menolak pas.

lg satu.. jgn sampai perhimpunan menggangu ketenteraman awam..menyebabkn pelancong lari rugi negara

dn jgn lupa kutip sampah lps berhimpun.

nmpknya perhimpunan sudah jd budaya pas juga. lps ni tkpatut ada bantahan perhimpunan bersih

Anonymous said...

Jk aku tak sokong RUU355 adakah hj hadi atau titm kata aku kafir?

Anonymous said...

Lobai hadi ni nafsu saja besar
Tenaga dah tak ada....

Anonymous said...

Adakah 300,000 peserta yang datang ke perhimpunan itu nanti boleh membuat keputusan di parlimen apabila RUU itu dibentangkan ataukah Pas mengharapkan kehadiran 300,000 peserta itu nanti akan membuktikan Pas masih kuat dan masih relevan? Sebenarnya kejayaan perhimpunan ini adalah untuk menarik sokongan pengundi atas pagar yang seramai 4 - 5% supaya memberi undi kepada Pas dan Umno dalam PRU14. Pengundi Pas dan Umno sudah banyak yang lari dan kedua-dua parti terpaksa bekerjasama memulihkan sokongan penyokong mereka sambil menarik undi dari pengundi atas pagar. Menyokong RUU itu sebenarnya tidak akan dapat mengubah nasib rakyat yang tertindas. Dengan menyokong RUU bermakna mengekalkan Umno dalam PRU14 nanti. Dengan kekalnya Umno, nasib rakyat akan bertambah derita, kemungkinan pelbagai cukai dikenkan dan dinaikkan bagi menampong hutang yang semakin bertambah. Inikah yang dinamakan politik matang olah Pas?

Anonymous said...

300,000 makna nya dengar je lah.. tidak ada soal jawab.

Perkara ini kena buat dalam kelompok yang terhad..

Berapa banyak hujah dan berapa banyak ayat yang PAS nak guna kan ?

Atau apakah PAS akan mengambarkan betapa dahsyat siksaan kubur bagi mereka yang menolak hudud Hj Hadi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...