SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Saturday, February 11, 2017

ADAKAH NASSURUDDIN CUBA LARI DARI DEBAT BAI'AH KERANA SUDAH ADA FATWA BERKAITAN ISU TERSEBUT??

Mesyuarat JKuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke 24 & 25/2016 yang bersidang pada 20 - 21 Dis 2016 telah memutuskan :-

 HUKUM TAKLIK TALAK TIGA jika inya dilanggar adalah seperti berikut;

 1. Jika ianya dilafazkan dengan niat untuk menceraikan isterinya, maka jatuh talaknya dengan talak satu, 

2. Jika semasa dilafazkan ianya bukan dengan niat untuk menceraikan isterinya, atau sekadar untuk memberi keyakinan kepada pihak lain bagi menggambarkan kebencian beliau melanggar bai'ah tersebut, maka talak tersebut tidak jatuh. 

3. Jika ianya tidak pasti lafaz tersebut dibuat secara paksa atau rela, atau faham atau tidak faham tentang lafaz tersebut, maka hukumnya masih kekal atas nikahnya yang asal kerana perkara yang ragu yang tidak membatalkan perkara yang yakin.


4. Jika ianya dilafazkan dalam bentuk sumpah dan bai'ah, maka dia dikehendaki membayar kafarah sumpah. 

 5. Jika berlaku perbalahan pendapat antara suami dan isteri tentang taklik talak tersebut, maka jika kes itu di bawa ke mahkamah syariah, maka terserahlah kepada mahkamah syariah untuk membuat keputusan.

Dato Dr Johari Mat, Tim Pesuruhjaya Pas Kelantan
merangkap Tim Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan
sedang menerima watikah perlantikan ahli J/Kuasa
Fatwa Negeri Perlis 
  Bersedia dan beranikah Nassuruddin, walaupun bertaraf sebagai Exco Agama Kelantan, tetapi diketahui umum gagal menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama/degree di Universiti Al Azhar, menyanggah fatwa di mana Dato Dr Johari Mat, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan adalah salah seorang daripada ahli J/Kuasa Fatwa yang telah mengeluarkan fatwa tersebut ? ~ Che Ibrahim Mohamed.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Laa mangkuk tu tak habis ngaji rupanya.. patut laa.

Anonymous said...

Patut laa.. stupid.. idiot

An Anonymous said...

Selama ni husam yg berdalih. Lagi satu fatwa perlis negeri wahabi mana sama dgn fatwa negeri ahli sunnah wal jamaah yg lain..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...