BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Sunday, February 12, 2017

Amanah Gopeng maju selangkah lagi


 Majlis Minum Petang bersama DS Nizar yang diadakan di rumah Ahmad Osman di Seri Maju Rapat 10, jam 5.00 petang tadi sangat meriah dengan kehadiran penduduk tempatan.

Mantan Menteri Besar Perak, DS Nizar beramah mesra bersama orang ramai yang hadir.

DS Nizar dalam ucapannya telah mendedahkan bagaimana perancangan Pas mahu berbaik-baik dengan Umno telah di halang sejak 2008 lagi oleh mereka yang kini telah di tendang keluar dari parti lama itu (melalui undi chai) dan menubuhkan Amanah.

 Menurut Nizar, selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008, mesyuarat tergempar telah diadakan di Pejabat Perhubungan Pas Negeri lalu membentuk kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP dan keAdilan.


 Nizar turut mendedahkan bagaimana pada keesokan paginya, baru sahaja 4 jam kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, pemimpin tertinggi parti lamanya itu telah menalipon dan mendesaknya supaya  membatalkan pakatan tersebut.

" Dia suruh PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak," terang Nizar.

  Ini adalah salah satu bukti bahawa pemimpin Pas yang ada hari ini memang telah lama merancang untuk bersama Umno. 
  
Dalam majlis tersebut, Nizar telah menerima borang kemasukan ahli baru dari bekas Bendahari Umno Perak, Cikgu Mohd Nazeri dan beberapa lagi dari penduduk tempatan.


 Sehubungan dengan itu, majlis dengan bangganya telah turut mengisytiharkan penubuhan cawanagan Amanah yang baru Sungai Rapat yang di ketuai oleh bekas Ketua Cawangan Pas di situ, Encik Ahmad Osman. 

  Melalui pengalaman beliau yang telah lama memimpin parti sejarahnya dulu, Amanah yakin parti itu akan terus berkembang maju di bawah kepimpinan En Ahmad Osman.

  Dengan penubuhan cawangan terbaru itu, Amanah Gopeng telah maju selangkah lagi. Dijangkakan beberapa cawangan lagi akan ditubuhkan dalam tempoh yang terdekat.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...