SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Sunday, February 12, 2017

Apakah Hj Hadi sudah tidak ada lagi harga diri dan rasa malu?


 Melalui status fesbuknya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat Datuk Husam Musa bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

 PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

  Kenyataan keras TITM itu turut disiarkan oleh akhbar rasmi Pas, Harakah di muka depannya.

  Ingatkan Husam Musa akan terkencing dan tercirit dalam seluarnya dengan ugutan saman TITIM itu! Tetapi... Oh tidak! Husam melalui status fesbunya menyatakan dia sedia pertahankan ucapannya itu!
Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan dalam ceramah saya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu.

 Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran isu berbangkit. 
Saya berpendapat, kenyataan Dato Timb Presiden Pas adalah tanpa penelitian. Kemungkinan beliau tidak tahu hujung pangkal isu berbangkit.

 Saya tidak pasti kenyataan beliau berkenaan tindakan mahkamah adalah kenyataan peribadi atau pendirian rasmi PAS.
 Cabaran Husam itu sebaliknya menjadikan Hj Hadi menggelabah tak tentu pasal. Hj Hadi tak tahu nak kata apa sekadar tuduh Husam sengaja membangkitkan isu berkenaan agar dia hilang kelayakan bertanding pada PRU14 jika kes itu kalah di mahkamah. Baca sepenuhnya di sini.

  Menjawab kenyataan Hj Hadi itu, Husam berkata: Kenyataan Hadi sangat melucukan. Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” katanya kepada Malaysiakini.

 Malah, kata Husam lagi, Hadi seolah-olah membuat kesimpulan beliau telah kalah dalam kes tersebut.

 “Oleh kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah atau belum dibawa ke mahkamah, kita tidak tahu siapa yang akan menang atau kalah, jadi macam mana dia boleh boleh buat kesimpulan saya yang akan kalah kes,” katanya di sini

Komen al-husseyn :

Pelik sunggoh jawapan Hj Hadi ini. Setelah Husam dituduh buat fitnah dan berniat jahat, Hj Hadi berlagak simpati dan kesian belas terhadap Husam!

  Itu hanyalah fantasia Hj Hadi semata-mata. Samada Husam akan bertanding pada PRU 14, itu Husam punya pasal. Kenapa Hj Hadi perlu sibuk samada Husam nak bertanding atau tidak?

 Tetapi persoalan yang rakyat mahu tahu ialah apa tindakan Pas selanjutnya terhadap tuduhan Husam itu. Rakyat mahu tahu tuduhan Husam itu benar atau fitnah.

 Hanya bila berdepan dengan penghakiman dimahkamah, kebenaran akan terserlah. Apakah Hj Hadi tidak berani berdepan dengan kebenaran melalui sidang di mahkamah?

  Apakah Hj Hadi sudah tidak ada lagi harga diri dan rasa malu hingga tidak mahu menuntut pampasan ganti rugi malu dari fitnah Husam itu?

Atau tuduhan Husam itu adalah benar adanya?
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Bg aku ustaz hadi x layak Jd politician, sbb kurang pandai membaca trend aliran politik kini

Lenin said...

Udah la Hadi woi. Ko ngan Najid pun dua kali lima je.. kah kah kah

pok amid littor said...

Lebai dh hilang kredibiliti...tp walaun tetap wala kpd mr presideng yg terlalu hebat ni!!!!

Anonymous said...

HARGA DIRI HADI???

sejak hari dia naik sepentas dengan najib dan berpakaian sedondon, aku dah dapat rasa lobai hadi memang dah takdak harga diri dan hari hari seterusnya hingga saat la ni, hadi cuma seekor beruk di padang pasir yg dok cari tempat bergayut untuk teruskan kehidupan atas dunia sehingga dijemput pulang ke rahmatullah. semoga Allah swt sedarkan dia sebelum mati.

An Anonymous said...

Husam akan dilihat lebih berkredibiliti jika dapat membuktikan dakwaannya.. selama ini dia asyik mendakwa tanpa membuktikan apa2 pun sbg contoh arwah tgna akan masuk pan jika masih hidup keh keh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...