BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Saturday, February 11, 2017

Ceramah Bicara Rakyat mendapat sambutan hangat


  Ceramah Bicara Rakyat malam tadi anjuran PPBM yang di adakan di tapak bersebelahan RTM, Jalan Kuala Kedah Alor Star mendapat sambutan hangat dari rakyat Kedah.

 Dalam program Bicara Rakyat itu jelas aura Tun Dr Mahathir masih menjadi bayangan yang menakutkan buat musuhnya, Najib dan kuncu-kuncunya.


Pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun M dalam arena politik negara terbukti masih kental apabila dianggarkan 6 ribu orang ramai berpusu-pusu memenuhi ruang yang ada.

 Kehadiran Tun M memimpin Bersatu dan bersama Pakatan Rakyat kini menjadi satu ancaman buat Umno/BN.


 Aura suara Tun M yang mendedahkan pelbagai kepincangan dan penyelewengan PM Najib dan kerajaan Kleptokrasinya boleh mempengaruhi keputusan PRU14 yang akan datang.

 Selain Tun M, majlis tersebut menampilkan pemidato dari AMANAH Ust Hasanuddin Yunos , (PKR) YB Dr Azman Ismail dan wakil dr (DAP) Deana Yusof.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Rindu nak jumpa Deana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...