BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Friday, February 24, 2017

EXCO AGAMA KELANTAN TELAH MENCABUL ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH??


 Enakmen Keluarga Islam Kelantan Tahun 2002 telah diwartakan tarikh kuasanya pada 1 Oktober 2003. Adun Meranti, YB Dato Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud merangkap Exco Agama Kerajaan Kelantan sekarang adalah antara ADUN yang terlibat meluluskan Enakmen tersebut.

 Pada tahun 2004, iaitu kira kira beberapa bulan sahaja selepas Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 dikuatkuasakan, Exco Agama tersebut dilaporkan telah terlibat dalam satu upacara akad nikah tanpa kebenaran yang sah di Hotel Renaissance, kira kira 700 meter sahaja daripada Kompleks Mahkamah Syariah di Balai Islam Lundang. Upacara akad nikah ini turut melibatkan dua orang wakil rakyat Pas yang juga terlibat dalam meluluskan EKI 2002 dalam persidangan DUN Kelantan dan beberapa orang lagi pemimpin Pas.

 Perbuatan ini adalah bercanggah dengan Seksyen 19, Enakmen Keluarga Islam Kelantan Tahun 2002 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara salama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 40 Enakmen yang sama.

 Exco Agama ini juga dilaporkan telah memberi maklumat yang palsu seperti yang dikehendaki dalam Seksyen 23 EKI 2002 dengan memalsukan keterangan isteri pertama bagi tujuan mendapat kebenaran berpoligami, iaitu menulis dan menandatangani sendiri surat tulisan tangan Kebenaran Kahwin Poligami dari isteri pertama. Perbuatan ini dianggap satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM2000 atau penjara selama tidak melebihi satu tahun atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 38, Enakmen Keluarga Islam Kelantan Tahun 2002.

 Pencabulan undang undang dan enakmen yang diluluskan sendiri oleh Adun yang berkenaan adalah satu tindakan yang amat tidak wajar dan menghina Dewan Undangan Negeri yang mulia.

Exco Nikah Kawin ada sindikit?
Kesalahan ini adalah jauh lebih serius berbanding kesalahan Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Telah Bercerai seperti yang dicanangkan dalam isu langgar Bai'ah dan Sumpah Taklik Talak Tiga oleh Exco tersebut iaitu denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 132 Enakmen yang sama.

 Adakah watak watak seperti ini boleh diharapkan untuk mertabatkan undang undang syariah dan memperkasakan mahkamah syariah seperti yang war warkan melalui polimek RUU 355???? ~ Che Ibrahim Mohamed
Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Islam yg bertuhan kan hadi adalah satu satunya islam yg halal meruntuhkan masjid melelalui kesalahan politik

Anonymous said...

Menteri Nikah Kahwin ni suka mengaibkan orang. Sekarang terdedah keaiban sendiri. Seperti dalam filem Allahyarham P.Ramlee musang berjanggut. 2x5 jer dengan geng2 umnu.

Nazri Mohd Zahid said...

Hmmm..dh mcm cerita musang berjanggut arahan p ramlee

Albahri said...

Terbukalah segala keaiban kau lebai, konom nak malukan orang, tapi diri sendiri yang kemaluan

Anonymous said...

Biasa la, piawai lebai-lebai dan penyokong2 parti bulan, bukan la cerdik mana pun kecuali sikit sangat yg boleh dibuat contoh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...