JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, February 01, 2017

Guan Eng tempelak Hj Hadi kerana nak tutup 'kelemahan' Kelantan


  Inilah kerja anjing yang suka menyalak babi dalam bukit! Dia hanya boleh nampak babi dalam bukit, tapi balak tumbang depan mata haram dia tak nampak!

 Itulah diibaratkan si Lebai Marang bila dia tuduh kerajaan Pulau Pinang mengabaikan agama Islam di negeri itu; tapi negeri yang di tadbir oleh kerajaan islam ala Pas di Kelantan dia langsung tidak nampak apa-apa kepincangan yang sedang berlaku....
Abdul Hadi mungkin nak tutup 'kelemahan' Kelantan, respons Guan Eng 
GEORGE TOWN - Tuduhan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya agama Islam diabaikan di bawah Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang mungkin bertujuan untuk menutup kelemahan tadbir urus Kerajaan Negeri Kelantan belakangan ini.

 Justeru, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sekali lagi menasihatkan Abdul Hadi dan PAS supaya bekerja keras meningkatkan mutu pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Kelantan, supaya tak hilang dirampas Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

 “Sehingga hari ini tidak dapat bina rumah untuk mangsa banjir tiga tahun lepas.

 "Bila berlaku banjir, ianya lebih teruk kerana hutan ditebang, balak ditebang semua untuk siapa? Kerana gagal menjalankan ekonomi dengan lebih baik, itulah akibatnya.

 "Dia (Abdul Hadi) cuma hendak sokong UMNO sahaja, rela Barisan Nasional (BN) hidup daripada PH (Pakatan Harapan) menggantikan BN di Putrajaya.

 “Dan, kami (PH) rasa ini tidak masuk akal, maka akhirnya dia akan hilang Kelantan,” respons Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan ketika diminta mengulas mengenai tuduhan terbaru Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang.

 Guan Eng memberi respons itu selepas Majlis Penyerahan Cek Replika Sumbangan Kepada 22 Sekolah Mubaligh Peringkat Negeri 2017 di Auditorium A, Komtar di sini pada tengah hari tadi.9 Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu, sebelum ini pun ada seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyatakan pendekatan mesra Umno BN belakangan ini akan mengakibatkan PAS kehilangan Kelantan kelak.

 Sementara itu, Guan Eng memberitahu pentadbirannya sejak Mac 2008 bukan sahaja memberi tanah, malah memberi peruntukan dalam bentuk wang kira-kira RM65 juta, demi memartabatkan Islam dan umat di Pulau Pinang.

 “Beliau (Abdul Hadi) harus faham, peruntukan Kerajaan Pakatan Harapan kepada agama Islam naik 300 peratus berbanding kerajaan terdahulu.

 “Tak kan beliau ada mata tidak nampak, telinga tidak dengar, hati tak rasa...saya rasa saya nak biarkan fakta-fakta membuktikan siapa yang betul, siapa yang batil.

 Dalam perkembangan lain, Guan Eng ketika membentangkan Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2017 pada bulan November lalu mengumumkan sejumlah RM49.4 juta.

 Mengikut perincian, peruntukan Kerajaan Negeri sejumlah RM49,375,900 untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam bagi tahun 2017 adalah berikut:

● RM1,750,000 untuk program bantuan pendidikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR);
● RM930 000 untuk sumbangan Ex-Gracia guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);
● RM9,050,020 untuk projek-projek pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama dan Masjid Negeri;
● RM21,469,280 untuk peruntukan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam;
● RM2,964,270 untuk peruntukan mengurus Jabatan Mufti;
● RM7,642,330 untuk peruntukan mengurus Jabatan Kehakiman Syariah;
● RM3,000,000 untuk bayaran saguhati pegawai-pegawai masjid; dan
● RM2,570,000 untuk bantuan khas wang/bonus kepada guru KAFA, guru agama, guru pondok, guru tahfiz, guru Tadika Islam (TADIS), sumbangan kepada Ijtimak Huffaz, sumbangan kepada masjid sempena bukan Ramadan, sambutan Maal Hijrah, Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Ujian Menghafaz Al-Quran, Pertandingan Nasyid, Sambutan Maulidur Rasul, peruntukan MMK Agama dan Tabung Perumahan Agama Islam.

 "Tuduhan media massa BN (Barisan Nasional) bahawa kita (Kerajaan Negeri) hanya peruntukan RM8 juta sahaja, ini satu lagi dusta dan fitnah.

 "Pecahan peruntukan Kerajaan Negeri 2017 untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam, jumlah peruntukan terkumpul sebenarnya hampir RM50 juta (RM49,375,900)," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam, ketika itu. ~ sumber
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Dapat peluang tadbir t:ganu dan kedah, apa Pas pimpinan hj hadi buat? Sia2kan sj. Nak brp kali peluang lg. Kelantan bertahan krn aura arwah TGNA, jk hj hadi yg perintah gerenti dah lingkup

Anonymous said...

Kesian tengok muka Hadi.. tapi kalau kita renung betul-betul memang teserlah kedegilan dan keangkuhan pada wajah ini. Tidak hairanlah banyak penyokong PAS dah mula kurang yakin dengan bekas menteri besar Trengganu ini. Kadang-kadang dia juga terpengaruh dengan nasihat-nasihat bodoh daripada orang disekelilingnya. Sikapnya suka berdalih dan tidak menentu dalam membuat keputusan menjadikan keyakinan terhadap pemimpin ini semakin luntur.
Percaturan politik agak lembab dan mudah dibaca tidak mencerminkan Hj Hadi seorang yang cerdik. Cara pemikiran yang tidak analitik menyebabkan Hj Hadi mengeluarkan kenyataan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan.
Harap komen ini dapat menjadi cermin kepada Hadi Awang agar dapat menilai semula dan seterusnya membaiki parti Pan Malaysian Islamic Party ini daripada terus jadi melukut ditepi gantang. - TQ Ancient Mariner

Anonymous said...

Pelik sungguh pemikiran manusia Ni..Benda yg besar yg penting hendak lah dilihat dulu..Peruntukan banyak Tapi acuannya ikut sapa..Ikut kehendak Allah Dan Rasul ke atau kehendak LGE Dan sekutunya..Hendak buat Kerja Islam pun ke mintak kebenaran DAP..Boleh separuh2 pulak..Sya tak faham le..Ikut sirah tak pernah le pulak org kafir yg memberi penerangann mengenai Islam supaya boleh diikuti Oleh org Islam..Org yg faham dgn org beriman lain..Yg menentukan Hal Islam ialah org Islam sendiri bukan org kafir..Ini Hal agama Kita sendiri...Ingat buruk2 org Islam yg Kamu hina tu..Masih lagi ada syafaat nabi yg menantu..Org kafir langsung tiada..Tolong kekuatan komen saya Kalau miker ikhlas Dan benar

Anonymous said...

Bila gagal asyik berselindung belakang agama. Apa yg lebai dah buat utk majukan agama dan sejahterakan rakyat?

Anonymous said...

-Pantun luahan hati oleh ahli2 dan penyokong PAS Kedah...hangpa baca sampai habih na.....

PANTUN LA NI..

Riza Aziz dah buat tak btoi,
Bikin filem blue guna duit rakyat,
Najib pun dah terkantoi,
Hadi pulak jadi penyelamat.

Harga padi sgt rendah,
Mcm tu jugak harga getah,
Dulu Hadi Istiqomah,
La ni Hadi ikut Rosmah.

Banyak benda dah rakyat luah,
harga barang tetap naik mendadak,
Hadi pertahan Najib Rasuah,
Mgkin mulut dah penuh dedak.

Dulu Hadi DAP dok jaga,
Tubuh Amanah Hadi pun sengkek,
tengah lapaq juga dahaga,
Najib taboq Hadi pun ambek.

Amal Makruf Nahi Mungkar,
Ini semua Hadi dah tak ingat,
Perjuangan kini sdh bertukar,
Dedak ditabur perlu di rembat.

Ahli PAS tepekik telolong,
Hadi baguihhh punya Najib mengasuh,
Hak kok bawah dok kena bohong,
Duit Hadi dah byk apa nk gaduh.

RUU dicadang hanya gimik,
Najib tak mau ahli PAS tggai Hadi,
Tapi org kampung pun dah cerdik,
Tggu saja hari mengundi.

Dulu UMNO Hadi tentang,
La ni UMNO Hadi tatang,
Tinggai la ahli PAS kok bwh dok bejuang,
Islam dah dibeli dgn Wang.

Kononnya Taa'wun demi Islam,
Najib dibela siang dan malam,
Hala tuju PAS kini dah kelam,
Pemimpin dijaga ahli direjam.

Rosmah tersenyum tgk Hadi,
Ulama PAS sdh dibeli,
Katanya Najib nk lantik Menteri,
Setialah Hadi membuta tuli.

Hadi bagi alasan tak suka DAP,
Konon tak mau pakat dgn Nasrani,
Tapi wang rakyat yg Najib wak pelari,
Hadi Awang pejam mata buat tak reti.

Ingatlah Hadi disuatu hari,
Padang mahsyar Malaikat menanti,
Segala soalan akan d beri,
Fikirlah sebaiknya berkali kali.

Lagak kamu Persis Ulama
Pakaian kamu berseban berjubah,
Tapi sayang ketepikan Agama,
Kerana dedak kau ikut Rosmah.

Kami ahli PAS di akar umbi,
Istiqamah dan setia dari dahulu,
Tapi kalau presiden dah dijual beli,
Terpaksalah kami mencari haluan baru...

Bajet luar bandar dipotong2
Sbb nk tambah projek PERMATA,
Kami akan keluar berbondong2
Ditemani linangan si air mata..

"Selamat Tinggal PAS, maafkan kami Tuan Guru Nik Aziz"

- Padang Lumat dalam Kenangan. Takbir!!

Anonymous said...

Peruntukan banyak pun tapi tanah melayu dipulau lagi berkurangan buat APA..Ini kudapan aje..Last sekali abis langsung melayu punya tanah dipulau..Wartakan lah ini tNah melayu yg Mana Masih tinggal..Bagi maju utk ouak dap aje buat APA..Buat kurang membangun daripada maju lepas ke bangsa lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...