GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, February 19, 2017

Himpunan Pas gagal menarik minat rakyat selain penyokong taksub sendiri


  Selepas menangguhkan pembentangkan pindaan terhadap RUU 355 pada sidang parlimen pada November 24, 2016, Hj Hadi menyatakan rancangannya mahu mengadakan perhimpunan raksasa bertujuan memberi masa kepada mereka untuk memulakan penerangan di seluruh negara bagi menjelaskan cara pelaksanaan cadangan pindaan itu serta menangani kebimbangan rakyat bukan Islam yang takut RUU itu menjejaskan mereka secara tidak langsung.

 “Kami akan berjumpa dengan semua pihak NGO Islam, termasuk dialog dengan bukan Islam akan diadakan," kata Hj Hadi.

 Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.

“Kita menjemput semua pihak ke himpunan besar-besaran ini. Ia melibatkan lebih 200 NGO dan menjangka lebih 300,000 peserta menyertainya,” katanya di sini.

 Nasruddin Hassan, Ketua Peneangan Pas juga  mewarwarkan akan menjemput semua parti-parti politik untuk menyertai himpunan Akta 355 termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

 Maka berlangsunglah perhimpunan raksasa tersebut  di Padang Merbuk kelmarin dengan gahnya.

  Namun nampaknya tidak ada walau seorang pun wakil DAP , Parti Amanah Negara atau mana-mana NGO yang tidak sependapat dengan Pas turut hadir.

  Sebabnya? Jika sekadar dijemput sebagai pendengar sahaja sudah tentu mereka akan merasakan diri mereka semacam diperbodohkan oleh Pas.

 Pas sepatutnya menjemput mereka yang tidak sependapat dalam isu RUU 355 ini sebagai peserta pidato atau forum dalam majlis tersebut.

 Maka dengan ini, sudah tentu, akan mendorong penyokong-penyokong mereka juga akan turut hadir untuk melihat dan mendengar hujjah kedua pihak yang bertelagah dalam isu pindaan RUU 355.

  Kenapa Pas tidak berani untuk mengambil langkah sedemikian? Bukankah langkah tersebut akan menjadikan perhimpunan sokong pindaan akta RUU 355 menjadi perhimpunan rakyat dan bukan semata-mata perhimpunan Pas seperti apa yang kita lihat kelmarin, kerana ianya hanya dihadiri oleh penyokong-penyokong Pas sahaja.

Pas gagal menarik minat umum selain penyokong taksubnya sendiri untuk turut hadir dalam himpunan tersebut.

 Disamping itu budak-budak yang masih belajar di pondok-pondok pengajian dan maad tahfiz dikerah untuk menyertainya. Begitu terdesak sekali Pas nak meramaikan kehadiran!

 Amat benar sekali bila ada seorang pemidato selebritu menamakan himpunan tersebut sebagai Konsert Deep Purple ... Aha! haha! I like it! Aha! ahaha! I like it!

Mana janji Hj Hadi yang kata nak memberi penerangan pindaan RUU 355? Mana janji kata nak adakan dialog dengan bukan Islam ?

 Walaupun perhimpunan tersebut telah dirancang begitu awal sejak November 2016 lagi, ianya gagal mencapai matlamatya yang sebenar iaitu untuk memberi penerangan atau penjelasan kepada rakyat mengenai pindaan RUU 355.

 Dari sebanyak 21 pidato di sepanjang majlis tersebut, tapi malangnya tidak ada satu pun yang menjelaskan cara pelaksanaan cadangan pindaan RUU 355 itu berlaku.

 Apakah yang boleh diharapkan terhadap mereka seperti Bro Sivan, En Bala Subramaniam, Dr Hassan Ali (sekadar beberapa nama pemidato) untuk memberi penjelasan mengenai RUU 355?

 Pas telah mengadakan 21 pidato sepanjang majlis tersebut. Ini adalah satu rekod terbaru! Adakah itu yang cuba Pas tonjolkan kepada kita? Tapi apa kejayaan sebenar yang diperolehi dengan pidato sebanyak itu yang di lambakkan kepada hadirin dalam masa sesingkat itu?

   Apa yang dapat kita semua lihat dari imbasan himpunan kelmarin itu, tujuan sebenar Pas mengadakan perhimpunan tersebut adalah untuk menyaingi himpunan Bersih 5 yang diboikot oleh Pas.

 Bagi menjayakan tujuan tersebut, Pas telah mengarahkan setiap negeri menghantar beribu-ribu peserta. Malah kerajaan Pas Kelantan telah memberikan pelepasan cuti peristiwa kepada rakyatnya semata-mata untuk perhimpunan tersebut!
 
 Menjelang hari perhimpunan tersebut, bukan main gairah lagi Pas berlagak dan mendabik dada akan melakar sejarah Malaya mengadakan perhimpunan paling besar. Senarai penyertaan ribuan peserta dan bas-bas dari setiap negeri diviaralkan di mass media.

  Kalau mengikut jadual tesebut, paling koman adalah 300,000 peserta akan turut serta.

  Ada pemimpin Pas Perak memuat di status Facebook beliau mengaitkan pihak yang dianggapnya menentang himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dengan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahja Purnama atau ‘Ahok’.

 "Kalau anda tidak turun ke Padang Merbok pd 18/2/17 Anda penyokong Ahok," ujarnya.

 Ternyata kenyataan tersebut terpalit pada Pas sendiri.

 Rupa-rupanya dalam Pas ada ramai 'Ahok'! kerana bila kehadiran peserta disahkan hanya sekitar 20,000 sahaja... Jumlah yang jauh lebih rendah dari yang diramalkan malah lebih rendah dari peserta dari Perak yang dikatakan akan hadir seramai 22,000 orang!

  Pas melalui Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan mendakwa kehadiran mencecah 300,000. Walaupun dari sumber-sumber lain yang dilihat berkecuali seperti pihak polis Dang Wangi menyatakan kehadiran hanya sekitar 20,000 sahaja. Malah TV3 yang pro perhimpunan tersebut juga menyatakan jumlah yang sama, 20,000 sahaja.

 Nasrudin sebelum ini menyatakan Padang Merbok hanya boleh menampung 45,000 orang. Jadi korang congak dan fikir-fikirlah sendiri... Walau apa pun jumlah kehadiran masih jauh terlalu jauh jika nak dicongak dengan bilangan ahli Pas yang katanya berjumlah 1.5 juta. Maka ramai sunggoh 'Ahok' yang berada dalam Pas!!

 Mengadakan perhimpunan sokong pindaan RUU 355 itu sebenarnya tidak perlu. Begitu juga dengan usul persendirian Hj Hadi mengenainya juga sebenarnya tidak perlu. Saya ingin kongsikan tulisan Aiman Athirah Al Jundi mengenainya seperti berikut :

Yang perlu adalah Usul Kerajaan. Malahan sepatutnya Menteri Agama, Jamil Khir bagi pihak Kerajaan sendiri boleh terus membentangkan pindaan kepada Akta 355 untuk Dibahas dan Diluluskan SEGERA di Parlimen.

 Kerajaan tidak perlukan pun undi daripada pihak pembangkang bagi meluluskan Pindaan RUU yang sudah ditangguhkan pembentangannya sebanyak dua kali ini.

Hakikatnya, IA BOLEH LULUS MUDAH SEKALIPUN DAP MENENTANGNYA. Atau sekalipun SEKIRANYA semua Ahli Parlimen Pembangkang membahaskannya untuk sebarang usaha penambahbaikan, memandangkan RUU 355 adalah Undang-undang manusia. Pindaan ini tetap masih boleh Lulus Mudah.

 Yang boleh meluluskan Pindaan Ruu 355 itu nanti tetap pihak Kerajaan yang merupakan majoriti serta Kerajaan Pelaksana. Sama sepertimana mereka MELULUSKAN AKTA GST di kala semua Pembangkang dan rakyat di luar sana menolak! Persoalannya, Mengapa ini tidak dibuat?
Hari ini Hj Hadi menyifatkan orang yang menentangnya sebagai nyamuk dan agas sahaja. Dia lupa yang dirinya dijadikan umpama kaldai tua oleh Umno untuk mengendung RUU 355 serlama ini...
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Kasihan bebudak tahfiz dah tak cukup tidor , makan pun tak kenyang kene pulak ikut rentak orang tua bahalol nya....


Aniaya budak kecik tuh amalan Islam ke ????

pok amid littor said...

KELDAI TUA? Hahahaha!!
Sampai hati kau kata kat ulama dunia no3 tu bagai KELDAI TUA!!

Rafi Hamid said...

Nak test market slps bekerjasama dgn umno

Anonymous said...

Hadi ni memang keldai tua munafik pulak...agak2 ke neraka peringkat mana sesuai untuknya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...