GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, February 03, 2017

Mahathir tunduk dengan kehendak Hj Hadi yang perguna agama untuk kepentingan politik sempit?


  Pengerusi BERSATU, Tun Mahathir pernah menyatakan : Bahawa parti Pas itu tiada pendirian, PR berpecah disebabkan depa... Malah bagi beliau, Pas sebuah parti sampah yang guna agama utk kepentingan politik sempit bagi mendapat habuan dunia.

 Ketika berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam pada 13 November 2016, Mahthir telah memberi akuan Bersatu akan menyertai PH.

"Saya sangat gembira dapat hadir dalam perjumpaan ini. Tidak lama lagi Bersatu akan jadi sebahagian daripada PH," kata Tun Mahathir.

Beliau berjanji akan menyelesaikan isu berkaitan menandatangani dokumen Pakatan Harapan sebagaimana yang sepatutnya berlangsung hari ini, tetapi rancangan itu dibatalkan selepas Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berkata untuk menimbangkan perkara itu dahulu.

Begitu burok sekali tohmahan Mahathir terhadap Pas, dan begitu tinggi harapan PH terhadap janji Mahathir untuk menyertai PH.

Mahathir dilihat begitu marah terhadap Pas sambil menimang-nimang PH. Apakah Mahathir hanya berlakon bila memaki hamun Pas dan berlunak dengan PH?

Sehingga kini, masih belum dipastikan apakah reaksi Mahathir terhadap rundingan tertutup antara BERSATU dan Pas yang  diwakili oleh Timbalan presiden parti masing-masing semalam.

Pas tetap dengan sikapnya enggan ada sebarang ikatan dengan DAP dan AMANAH. Pas hanya mahu bersama dengan Bersatu dan PKR saja.

Pas tidak hadir majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu 14 Januari lalu, ialah kerana kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

 Sikap keras Pas ditegaskan lagi oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed dengan berkata:

 Pas hanya akan bekerjasama dengan PPBM sekiranya parti itu sanggup melupakaan hubungan dengan DAP dan AMANAH.

 Pas tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan AMANAH, tegasnya.

 "Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. Baca lagi di sini.


Pas pastinya tidak akan bergabung dengan PH yang didukungi bersama oleh AMANAH dan DAP.

Tidak mungkin Pas akan mengadakan kerjasama politik dengan BERSATU selagi parti itu ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.

Jangan lupa, PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Hj Hadi. Apakah Mahathir akan tunduk dengan kehendak Hj Hadi yang di tuduh perguna agama untuk kepentingan politik sempit?

Sama-sama kita lihat, apakah BERSATU akan mengikut syarat PAS supaya memutuskan hubungan nya dengan PH. 
Comments
5 Comments

5 comments :

zulmz said...

beginikah sikap seorang manusia yg di gelar ulama...bila berjanji ia khianat...tidak langsung mencerminkan sikap serta nilai muslimin yg sebenar...

Anonymous said...

Tidak mungkin Tun Mahathir sebodoh itu untuk mengikut telunjuk ularmak kaki kelentong angkuh sombong pula tu. Adalah lebih baik lupakan terus hasrat untuk mengajak PAS bergabung dalam PH dan sewajarnya PPBM segera menyertai PH. Jangan dok kebuloq dengan PAS itu lagi!

Anonymous said...

Pas kerjasama dgn bersatu pun pas tak boleh menang.

Bersatu kerjasama dgn pas pun bersatu tak boleh menang.

Anonymous said...

Pegi mampuslah pigs..

Anonymous said...

Bersatu nk bekerjasama dgn pas. Pas plk nk bekerjasama dgn umbo. Apa plk hubungan umno dan bersatu? Bengong doh jadinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...