BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Tuesday, February 14, 2017

Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !


 Presiden Pas Hj Hadi dengan bongkaknya telah menolak kerjasama antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana PPBM ada hubungan dengan DAP serta AMANAH, meskipun wujud perbincangan sebelum ini.

“Kita sudah ada dasar, kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH,” tegas Hj Hadi.

 Begitu juga hubungan dan kedukan Pas dengan PKR di Selangor, kita tunggu dan lihat perkembangannya pada Muktamar Pas pada April nanti," kata Abdul Hadi.

 Pesuruhjaya Pas, Iskandar Samad pada kenyataan Hj Hadi kali ini, menyatakan kesediaannya untuk meletakan jawatan Exco dan juga jawatan di GLC selangor selaras dengan kehendak presidennya.

 Woit! Tunggu Muktamar? Buat apa Pas perlu tunggu Muktamar untuk buat keputusan mengenai hubungannya dengan PKR di Selangor?

 Hj Hadi dah isytiharkan Pas tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH. Bukankah PKR ada hubungan dengan DAP dan Amanah di Selangor?

  Tunggu apa tunggu? Pas patut keluar dari Selangor serta merta dengan segera kalau dasarnya tidak suka DAP kerana menentang Islam!

 Harap-harap Iskandar Samad dan kuncu-kuncu walaunnya semua sila letak jawatan dan berambus serta merta kalau ada maruah diri.

   Tentu kalian masih ingat bagaimana liatnya walaun Pas di Pulau Pinang nak letak jawatan bila LGE istiharkan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan dan tidak lagi sebagai mana sebelumnya iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.

  Hampir 500 pimpinan PAS di semua peringkat terlibat dengan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang ketika PR masih terbentuk.

  Di Selangor, bilangannya lebih ramai lagi. Bayangkanlah apa akan terjadi dengan walaun-walaun di Selangor kalau Pas benar-benar melaksanakan dasarnya sebagaimana yang Hj Hadi laungkan :
"Kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH!"
  Adalah bukan baru kali ini sahaja Pas berkata perkara yang sama. Sebelum ini, di akhir September 2015, Ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz Mohamed pernah mengancam mahu membawa PAS keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

 Tetapi cakap-cakap itu senyap begitu sahaja bila Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dilihat  perlekehkan kenyataan Dr Mahfodz itu.

 Itu hanyalah pandangan peribadi Dr Mahfodz Mohamed, bukan pandangan PAS Selangor, kata Iskandar. Baca di sini.

  Mungkin antara sebab itu juga, maka Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook pernah menyatakan bahawa "Ulama Pas Pusat kesal Pas Selangor sayangkan jawatan."

 Tetapi sehingga kini Pas tanpa berasa malu masih tetap mahu bersama DAP dan PKR di Selangor, bukan sebab soal aqidah sangat, tetapi disebabkan ‘Ganimah’ Pa$ Pi$ Pu$ ....

 Rakyat tidak lagi akan mudah terpedaya dengan cara politik Pas yang semata-mata bertopengkan agama. Rakyat akan hukum Pas pada PRU akan datang nanti.

 Amanah, DAP, PKR bersama BERSATU sudah jenuh mengajak Pas untuk bersama menentang Umno/BN, tetapi Pas menolak mentah-mentah begitu sahaja.

 Tetapi Pas kata dia akan menentang Umno/BN juga … itulah sandiwara Pas. Pas ingat semua orang mudah ditipu begitu sahaja.

 Banyak situasi yang menggambarkan kepada kita perkara yang sebenarnya bahawa Pas adalah bersama dengan Umno/BN.

 Maka Pakatan Harapan bersama BERSATU akan menentang Umno/BN dan juga Pas! 
Comments
7 Comments

7 comments :

Stalin said...

Woit! Bedebah, keparat kau! Nyah berambus dari Selangor. Hangkut semua tikar bantal ko pegi numpang rumah Najid. Souh, soouh! Tak berguna punya lebai.. nangis konon. Buat apa ko nangis kat sini? Kah kah kah..

Anonymous said...

Tak boleh lah

Kemana pulak bebudak tuh nak cari makan dengan otak benggap nya , tak ada tempat nak ambil bagi kerja lah

Bangla Nepal lagi bagus , murah pulak tuh

Anonymous said...

PAS terlalu sayang dengan Ghanimah dalam negeri selangor tu beb kalau diserah semua ghanimah tu dimanakah sumbar income PAS selangor dan pusat selama ni semua penjawat jawatan PAS selangor banyak menyumbang kepada belanjawan PAS pusat jadi apa nak dimalukankan walau pun kulit muka setebal kulit gajah pun PAS selangor terpaksa pakai bedak talkum setebal mungkin untuk menampakkan yang PAS selangor masih boleh bersama Amanah dan DAP walaupun peresiden PAS tidak pernah kering air ludah untuk dijilat.

Anonymous said...

Orang Pas patut sedar lama. Hadi Awang ni dah tak boleh pakai. Politik agama dah jadi politik cari makan. Sokongan melayu jitu kepada pas kalau presideng dan suku kerabatnya tak cuba menipu dan jual agama..

Anonymous said...

Jangan paksa pas keluar dari semua jawatan di Selangor. Dikhuatiri menantu tuang presideng iaitu din ayam akan hilang jawatan dalam GLC. Siapa nak bagi anak tuang presideng makang kalau din ayam dibuang dari GLC??? Hahahahahahahaaaaaaa....

Anonymous said...

Apa yg Azmin nak tunggu lagi.
Dah clear apa yg lebai Hadi kata.
Lihat LGE, tegas
Patut Azmin lebih tegas sbb mulut bacul lebai Hadi ni pernah perlekehkan DS Wan Azizah ie presiden PKR.
Forget it parti lobai PA$ PI$ PU$ ni

unknown said...

Gantikan hadi dgn tuan ibrahim.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...