BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, February 22, 2017

PENJELASAN ISU BAI'AH DAN SUMPAH TAKLIK TALAK TIGA ADUN/ADR PAS - Siri II.

Oleh Che Ibrahim Mohamed


  Bila isu Bai'ah dan Sumpah Talak ini mula dipercakapkan secara umum tahun 2013, aTGNA, Mursyidul Am, TGHH, Presiden Pas dan Ust Hashim Jasin, Ahli MSU (skrg Mursyidul Am Pas) menafikan dan mengaku tidak tahu menahu berkaitannya.

 Pemimpin2 utama Pas waktu itu cukup sedar bahayanya isu ini jika dibincang secara terbuka kerana ianya melibatkan hukum syarak yang sudah pasti tidak ramai yang menguasai dan memahami perselisihan pendapat tentangnya.

 Jika ulama yang muktabar boleh berselisih pendapat tentang hukum taklik cerai dan sumpah, maka sudah tentu isu ini, jika dibiarkan dibahas atau dibincang oleh mereka yang tidak berilmu walaupun berjawatan exco agama atau ketua dewan ulama dan seumpamanya, sudah tentu perbincangannya lebih dipengaruhi oleh dendam dan perbalahan peribadi berbanding hukum syarak.]

 Imam2 mazhab pun tidak sepakat mengatakan cerai talak tiga sekali gus dikira jatuh talak tiga, maka siapakah Exco Agama Kelantan dengan yakinnya mengeluarkan hukum seorang yang bertaklik talak tiga, dikira jatuh tiga talak jika telah melanggar apa yang ditaklikkan.

 Ulama ulama mazhab Al Shafie juga menyebut (memberi fatwa) bahawa seorang suami yang telah bertaklik dengan talak tiga, boleh membebaskan dirinya dari taklik tersebut secara cerai tebus talak. Siapakah kita untuk menghalang mana mana pasangan YB Pas untuk memilih kaedah ini bagi membebaskan diri mereka drp sumpah taklik talak tiga tersebut. Hampir semua kitab kitab feqah yang muktabar membincangkan kaedah ini dalam bah talak khul'ei atau perceraian secara tebus talak.

 Ulama juga sepakat mengatakan mana mana sumpah yang memudharatkan atau sesaorang yang berhalangan untuk melaksanakan sumpahnya, boleh membatalkan sumpah tersebut dengan membayar kifarat sumpah.

 Adakah semata mata seorang itu ada sijil keahlian Pas, maka mereka berhak menolak semua pendapat ulama lain dan memaksa musuh politiknya hanya menerima dan mematuhi hukum yang diputuskan oleh pihak parti mereka sahaja?

 Semua undang undang keluarga Islam di Mesir, Jordan, Syria, Maghribi dll memperuntukkan dalam kanun masing masing bahawa tidak jatuh talak jika suatu taklik talak itu dilafazkan bukan bertujuan untuk menceraikan isterinya di ketika itu juga.

 Ajaran Islam apakah ini?
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Sheikh Qardawi pun malaun pas sedia nak tolak (demi pertahankan ketua mrk yg dianggap ulama hebat tp tak pernah hasilkan kitab rujukan), apa yg nak diharapkan sgt?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...