BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Monday, February 06, 2017

PROF SHAMRAHAYU : HADI BAKAL GAGALKAN PERLAKSANAAN HUDUD SEBAB TAK IKUT ROAD MAP

 Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Syamrahayu, selaku salah seorang Jawatankuasa Teknikal draf pindaan Akta 355, mendedahkan, Jawatankuasa Teknikal itu memohon dan mencadangkan supaya akta itu diperkenalkan oleh kerajaan. Itu keputusan Jawatankuasa Teknikal.

Tetapi entah bagaimana draf  itu telah di hijack oleh Hadi dan Jamil Khir.

 Menurutnya, penggubalan dan pindaan Akta 355 sebelum ini berjalan lancar dan Ahli Parlimen bukan Islam tidak pernah mencelah dalam parlimen kerana menghormati hak orang Islam. Malangnya, apabila ia digambarkan sebagai Hudud, maka ia mengundang campur tangan pelbagai pihak termasuk pemimpin bukan Islam sekaligus menyukarnya ia diluluskan. 

 Lebih menyusahkan lagi, ia tidak akan dibentangkan oleh menteri sebaliknya oleh ahli parlimen pembangkang sedangkan dalam sejarah parlimen negara kita, belum pernah usul kerajaan yang dibentangkan oleh menteri ditolak dan belum pernah usul persendirian yang dibentangkan oleh ahli parlimen pembangkang diluluskan. 

Hadi bakal gagalkan sebab tak ikut Road Map: Prof Syam Rohayu 
Fellow Kanan & Pakar Perlembagaan & Syariah IKIM 

 10 Dalil bahawa PAS dan UMNO politikkan RUU355 

1. RUU355 diluluskn oleh parlimen pada tahun 1965.

2. RUU355 telah dipinda sebanyak 2 kali (1984 & 1989) melalui kerajaan memerintah (Umno BN) tanpa ada masalah. 

3. Mengapa pula RUU yg hendak dipinda sekarang diberi kepada Pas yang bukan kerajaan memerintah di peringkat pusat? 

4. Mengikut konvensyen negara komanwel, sesuatu rang undang-undang perlu dibawa dan dibentangkn oleh kerajaan memerintah, bukan parti pembangkang. 

5. Mengapa tiba-tiba TGHH sibuk dan diberi peluang oleh UMNO untuk membentang kemudian menangguhkan sebanyak 2 kali? 

6. Mengapa kerajaan UMNO BN tidak bentangkan sendiri seperti pada tahun 1984 dan 1989 tanpa ada masalah? 

7. RUU355 bukan hukum Islam yang mengikut 100% Al Quran dan Sunnah. Ia hanya nak memperluaskan kuasa hukuman. Ada dalam bab hukuman itu, bukan kesalahan syariah (contoh : mengajar tanpa tauliah, tidak mendaftar pernikahan di luar negara). Adakah masalah jika ada muslim yang tidak setuju? 

8. Mengapa PAS ingin berdemo pada 18 haribulan, kononnya jangan lawan hukum Islam? 

9. Bukankah UMNO bersetuju untuk mengambil alih dan membentangkan dalam parlimen pada bulan Mac ini? Bkn kah umno dh setuju utk ambilalih utk d bentangkan dlm parlimen Mac ini. 

10. TGNA sbg MP P.Chepa pd thn 1984 tlh menolak RUU355 yg d bntangkn oleh Menteri BN pd masa itu Dr Yusof Noor krn menurut TGNA rang2 undang2 yg d bentangkn bkn Islamik. 

  Bahawa Undang2 dan Akta 355 sudah sedia ada berpuluh tahun.. Ulama Jahat ni cuba menipu org Islam.. AJK PAS pusat sejak 2013 mencadangkan usul pindaan ini dibuat oleh kerajaan, bukan Hj Hadi..

 Jelas sekali Pas & umno mempolitikkan isu RUU355 iembaca dan yg x faham konvensyen negara2 komanwel serta jahil yg x dpt bezakan antara hukum islam sbnar dgn hukum yg terkandung dlm RUU355.

 Fakta yg perlu diingatkan kembali: Cermatnya DSAI dan Almarhum TS Prof Ahmad Ibrahim.

 1. Artikel 355 ini telahpun pernah dipinda oleh Kerajaan yg berkuasa pada tahun 1984 dan 1988, tanpa melalui kekecohan apa2. 

2. Pembentangan dibuat oleh PM di masa itu Dr Mahathir, di sokong oleh YB Dr Pairin Kitingan dan disokong pula oleh semua ahli2 Parlimen dari Kerajaan. 

3. Tokoh2 penggerak utama pindaan ini adalah DSAI dan Almarhum TS Prof Ahmad Ibrahim. 

4. Menariknya RUU ini ditentang oleh wakil tunggal PAS YB Nik Aziz bin Nik Mat (Pengkalan Chepa). 

5. Pindaan ini telah berjaya melonjakkan taraf Mahkamah Syariah setaraf dgn Mahkamah Sivil. 

6. Para pegawai telah diberi latihan profesional. Kursus Diploma Kehakiman Syarak di UIAM. 

7. Skim gaji baru dipinda dan bangunan mahkamah dinaik taraf menjadi lebih selesa. 

8.RUU boleh dipinda lagi dengan mudah, tanpa kecoh apa2. Apa perlunya dijadikan demo dan kecoh gimik politik bagaikan nak rak seluruh negara?
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Bila najib dan hadi amat terdesak itulah jadinya

Anonymous said...

Ulama cari makan itulah sebabnya pagi cakap lain petang cakap lain sepertimana Alah berfirman dalam surah An Nissa ayat 138 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman,kemudian mereka kafir,kemudian mereka beriman semula,kemudian mereka kafir sekali lagi,kemudiam kereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran,Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka kejalan yang benar.:inilah yang sedang diamalkan oleh pemimpin parti yang mengaku hendak perbetulkan islam pada hal diri dan akhlah sendiri langsung tidak mencerminkan islam bercakap berbelit-belit arahan diberi tidak dipatuhidan pelbagai lagi. Luupakanlah mereka daripada menyembah kerana hendakkan kemenangan apakah PHY dan bersatu tidak ada keyakinan diri untuk berjuang tanpa mereka.Fikirkan lah .

Anonymous said...

Kesian hadi...dipenghujung hayatnya dia dimaki-hamun kerana tersilap langkah politik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...