BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Friday, February 10, 2017

Syafakallah , la ba’sa, thahuurun insya Allah.

“Semoga Allah segera menyembuhkanmu, tak mengapa, suci
dari dosa insya Allah.”
  Alhamdulillah, pagi tadi Amanah Gopeng bersama DS Nizar telah berkesempatan pergi berziarah ke rumah SS Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang kini sedang dalam keadaan uzur.

 Keadaan kesihatan beliau yang semakin merusut telah memaksanya keluar masuk hospital dan IJN sejak hampir 3 bulan lalu untuk menerima rawatan.

 Menurutnya, pagi Selasa depan nanti ada appointment dengan hospital di KL manakala di sabelah petangnya ada appointment dengan IJN.

 Dan semenjak itu jugalah beliau telah tidak masuk pejabat. Beliau yang kini mencecah umur 78 tahun terpaksa menggunakan tongkat dan dibantu untuk berjalan-jalan.

 Keadaan pisikalnya agak susut kerana menurut katanya, telah dua bulan tidak dapat menelan sebarang makanan. Beliau hanya minum susu khas yang di berikan oleh pihak hospital.

"Makan, dia keluar balik. Doktor pun tidak pasti apa puncanya," terang beliau kepada kami.
 

 Kedatangan kami dilayan baik oleh keluarga SS Mufti. Beliau kelihatan agak ceria sambil berbual-bual santai. Semoga Dato Mufti akan segera sembuh sedia kala.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Alhamdulillah...moga SS Datuk beroleh kesihatan yg lebih baik. Keampunan utk Datuk, keampunan utk kita semua. Perbezaan siasah politik bkn utk dijiratkan atau dinerakakan. Moga Amanah terus bergerak dlm wadah rahmatul al alamin. Jazakallah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...