JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, March 17, 2017

13 TANDA-TANDA HAMPIRNYA SAAT KEJATUHAN KERAJAAN PAS KELANTAN PRU14


1. Jualan harakah tidak laku dan jatuh merudum.Sebelum perpecahan Pas tahun 2015,penerbitan Harakah mencecah 300,000 naskhah tetapi hari ini hanya mampu menerbit 15,000 naskhah setiap keluaran. 

2. Ceramah Pas tiada sambutan. Kakitangan kerajaan negeri dipaksa mendengar ceramah pimpinan Pas. Tandatangan kehadiran mereka diambil terutama jawatan lantikan politik dan kontrak seperti Ahli Majlis Daerah, Penghulu, Halaqat, Peserta Ladang Rakyat, Penerima Beras Al It'am,Guru Yik,Pelajar Yik,Ubes,Upwk dan Upnk.

3. Saling tidak percaya mempercayai antara sesama pimpinan dan sesama ahli. Walaupun bermesyuarat dan berusrah bersama tetapi ada usrah dalam usrah dan ada mesyuarat dalam mesyuarat lain secara sulit. Perpuakan dalam PAS tidak dapat dibendung lagi.

4. Pemimpin PAS hidup dalam kemewahan dan berlebihan. Dulu PAS terkenal dengan pemimpinnya yang zuhud dan sederhana kini sudah berubah.Gaya hidup mewah yang menjadi amalan pemimpin Umno kini sudah menjangkiti pemimpin PAS.

5. Menggunakan kuasa untuk membalas dendam politik. Kesilapan Umno ketika memerintah Kelantan tahun 80an diulangi oleh pemimpin Pas pasca Tok Guru Nik Aziz. Kerajaan Pas Kelantan telah menukar dan menurunkan pangkat guru Yik dan menamatkan kontrak kakitangan di Ubes dan pejabat MB yang tidak sependapat dengan mereka.

6. Kekayaan negeri berlegar dikalangan keluarga dan kroni. Orang yang rapat dengan pemimpin akan dapat tender. Contohnya; isteri exco hanya mengajar 8 tahun di sekolah Yik mendapat jawatan berpencen dan rakyat biasa mengajar 35 tahun tidak dapat.

7. Menggunakan kemudahan kerajaan untuk kuatkan parti. Jabatan kerajaan seperti Halaqat, Upkn, Upwk, Ubes, Yatok dan peruntukan adun diguna untuk menggerakkan program parti.

8. Tidak menerima teguran rakyat. Rakyat tidak boleh mengkritik kerajaan. Memberi pandangan yang berbeza dengan pemimpin dituduh lawan kepimpinan ulamak dan ingin menjatuhkan kerajaan islam. rakyat diwajib patuh dan taat kepada pemimpin secara membabi buta.

9. Medan ilmu menjadi tempat memaki hamun dan mencerca. Kuliah pemimpin Pas diguna untuk memburuk dan memunafikkan golongan yang tidak sependapat dengannya sehingga wujudnya perpecahan dan kebencian dikalangan masyarakat.

10. Menzalimi rakyat sendiri. Hutan simpan dan perkampungan orang asli digondolkan demi untuk kayakan cina balak. Air untuk minum dan mandi menjadi keruh pekat dan hidupan liar terancam. Kerajaan tidak menjaga kepentingan rakyat.

11. Mewajibkan solat hajat kemenangan di seluruh negeri. Kebiasaannya solat hajat kekal kemenangan ini dibuat selepas bubar Parlimen dan hampir pilihanraya. Kali ini arahan sudah dibuat di semua kawasan, dun dan upu diwajibkan solat hajat berterusan.

12. Menanam psikologi supaya bersedia untuk menerima kekalahan. Antara ucapan pemimpin Pas sejak akhir-akhir ini ialah "Sekiranya Pas kalah,orang yang bertanggungjawab dihadapan Allah ialah puak-puak Pan", satu lagi ucapan mereka "kita berjuang bukan untuk menang tetapi untuk mencari redha Allah".

13. Percaya kepada musuh politiknya sendiri. Pas termakan tipu daya Umno yang menggunakan hudud sebagai umpan. Walaupun sedar hudud satu penipuan Umno namun Passudah tersepit. pemimpin Pas terpaksa menjilat ludahnya semula. Demi mengekalkan kuasa,Pas terpaksa bekerjasama dengan umno.

Ikhlas daripada
PENGUNDI KUBANG KERIAN 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Memang patut Pas bertukar jadi Pertubuhan Tablig.kalau setakat berpolitik tapi tanpa tujuan hanye mengharapkan keredahan Allah swt semata mata jangan lah berpolitik atau memang pemimpin2 Pas dah hilang akal dan hanye berselera dapat Dedak dari Melayu Umngok kot

Unknown said...

Biarlah mendapat redha Allah dari redha DAP dan Pan tu....

Nobody said...

Kalau dah anak perempuan muslim kena rogol dan bunuh dengan syiah kau redha siap berpeluk lagi itu bukan redha Allah. Itu redha syaitan!!!

Kau tak boleh beza ke redha Allah dengan redha syaitan???

Kalau wang rakyat kena rompak kau redha kau tak ingat ke hadis rasulullah, barangsiapa melihat kemungkaran hendaklah cegah dengan tangan, sekiranya tak mampu dengan lisan, kalau tak mampu dengan hati. Itulah selemah2 iman.

Sekarang kau ingat2 tindakan pas sokong pemimpin maksiat tu Allah redha ke syaitan redha???

An Anonymous said...

Setuju tu Unknown..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...