GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, March 01, 2017

Akibat tak dengar nasihan Dato Husam, anak syarikat kerajaan Islam Kelantan kalah saman

 Mengikut maklumat nettizen, keputusan kes saman Lebuhraya Rakyat Dae Hanguru vs Baldah Toyyibah hari ni berpihak kpd Dae Hanguru?

 Syarikat pembinaan itu menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Walau bagaimana pun, difahamkan, taksiran jumlah tuntutan yang kena dibayar akan dibuat semula.

 Bakpo kalah? Ini menunjukan kerajaan Kelantan yang ada ini diterajui oleh orang-orang yang lemah dan tidak mampu mentadbir dengan baik. bakpo nak simpan lagi kerajaan yang macam ini?

 Itulah sengaja cari pasal.Perabihkan duit sia-sia begitu sahaja sedangkan rakyat Kelantan tidak terbela. Mangsa banjir masih ramai lagi yang merempat!

  Mungkin kalau kerajaan Kelantan mendengar nasihat Dato Husam, perkara saman ini dapat dielakan dan tidaklah jadi macam ini. Tetapi sebab nak tunjuk ego dan lebih percayakan orang lain, pandangan Dato Husam tidak dipedulikan.

 Datuk Husam Musa setelah dipecat sebagai exco kerajaan negeri, pernah mencadangkan supaya perundingan diadakan di antara kerajaan negeri melalui anak syarikatnya dengan Dae Hanguru Infra Sdn Bhd bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara kedua pihak berhubung pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai. 

 Namun Kerajaan Kelantan dengan yakin menjelaskan tidak ada apa-apa kontrak ditandatangani dengan syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) bagi membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

 Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, syarikat terbabit hanya diberi surat tawaran sahaja sebelum ini.

 Siapalah konsultan yang kerajaan Kelantan ambil nasihatnya? Kalian dengarlah sendiri VDO berikut : 

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...