GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, March 16, 2017

BEKAS KETUA PEMUDA UMNO PENANG MOHON MAAF KERANA FITNAH GUAN ENG

 Oleh: Zainulfaqar Yaacob


  GEORGE TOWN - Bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin hari ini memohon maaf serta menarik balik kenyataan berunsur fitnah dengan menuduh Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menerima suapan, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia kira-kira tiga tahun lepas.

Wakil defendan, Siti Nur Zulaikha Ibrahim yang juga Eksekutif Undangan-Undang Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang melafazkan permohonan maaf Shaik Hussein, melalui proses penghakiman persetujuan di depan Pesuruhjaya Kehakiman Y.A. Tuan Azmi Abdullah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

"Kami memohon maaf kepada Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng atas kesulitan yang dialami beliau ekoran daripada kekeliruan dan kesilapan fakta di pihak kami dalam penyiaran berita asal tersebut," lafaz saksi mewakili kedua-dua pihak berkenaan.

Selain itu, kenyataan bertulis dalam penghakiman persetujuan yang dilafazkan itu turut menyebut artikel berita 'Guan Eng tarik balik saman terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Negeri' yang disiarkan 20 Ogos 2015 patut dibaca dengan fakta bahawa:

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik balik saman yang difailkan tiga tahun lalu terhadap bekas Ketua Pemuda Umno Negeri, Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin setelah Shaik Hussein menarik balik tanpa sebarang syarat dan dengan penuh kerelaan hati dakwaan rasuah yang dibuat olehnya terhadap Lim Guan Eng pada 5 Oktober 2012."

Bercakap kepada pemberita, Guan Eng melahirkan rasa gembira atas keputusan penghakiman persetujuan tersebut.

"Keputusan ini membersihkan nama baik saya daripada tuduhan rasuah itu," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan. Manakala peguam plaintif, Simon Murali pula memberitahu pihak defendan akan menyiarkan keputusan penghakiman persetujuan yang dicapai kedua-dua belah pihak dalam akhbar Utusan secara wajar dalam tempoh tujuh hari.

Terdahulu, Shaik Hussein pada 5 Oktober 2012 dilaporkan menuduh Guan Eng sebagai korup, dengan melakukan penipuan serta menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC), yang dikaitkan dengan suatu projek pembangunan bercampur di atas sebidang tanah berhampiran Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin.

Selepas Guan Eng mengfailkan saman ke atas Shaik Hussein, penghakiman persetujuan pertama dicapai kedua-dua pihak.

Namun, Shaik Hussein dalam kenyataannya kepada pemberita ketika itu menafikan bahawa beliau ada memohon maaf atas kenyataan berunsur fitnah ke atas plaintif.

Malah, berita yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia ketika itu tidak mencerminkan maksud hakiki penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak.

Ekoran itu, Guan Eng sekali lagi merujuk tindak-tanduk Shaik dan Utusan Malaysia ke Mahkamah Tinggi, sehinggalah penghakiman persetujuan kali yang kedua dicapai pada tengah hari tadi.
Comments
5 Comments

5 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Kalau tak siru tak sah jadi mamak..

abrarmujahideen said...

Untungla..da jadi ketua bahagian. Ag penting dr jd ahli parlimen tanpa jawatan.

Anonymous said...

padukang piaw!

Anonymous said...

padukang piaw!

Faizal Zainal said...

mana melayu kat peneng nie.....
Oiiiii malu le bagi....... jadi ketua pemuda...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...