GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 07, 2017

BILA ISLAM DIFAHAMI SECARA SEMPIT OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN


Bila Islam difahami secara sempit, banyak kekeliruan yang timbul. Kesannya , Islam tidak lagi dilihat sebagai agama yang indah. Saya rasa pelik bila ada pemimpin dari parti yang mendakwa ia parti Islam menyatakan bahawa mereka yang tidak menyertai perhimpunan menyokong RUU 355 adalah dikira penyokong Ahok.

 Teruknya pandangan itu, apatah lagi bila ia datang dari pemimpin parti Islam. Nampak betapa rendahnya nilai intelektualisme pemimpin tersebut. Sedarkah beliau yang kenyataan beliau itu juga hakikatnya kena pada ahli ahli dan pemimpin parti islam yang juga tidak hadir pada hari himpunan tersebut.

Sepatutnya, parti Islam yang ke depan membela mana mana individu yang dizalimi atau dianiayai meskipun orang itu bukan Islam. Itulah yang dilakukan oleh ramai ulama Islam suatu ketika dulu. Itulah juga yang Islam ajar dan itu juga yang Rasulullah s.a.w. telah lakukan. Bukankah Islam telah membela orang Yahudi yang dianiayai oleh orang Islam sendiri sehingga turunnya wahyu dalam surah Al Nisa' ayat 105. Bila Islam difahami secara sempit,ramai orang Islam mudah sangat tertipu oleh pemerintah yang sanggup guna nama Islam untuk lindungi kezaliman dan kebobrokan kuasanya.

Inilah yang berlaku dalam isu RUU 355.

Pertamanya, Kerajaan BN yang ada sejarah buruk dengan Islam tiba tiba dilihat bersikap lunak dengan perundangan Islam. Ia dilihat sanggup beri peluang kepada parti Islam kononnya untuk laksana hudud. Maka dengan tiba tiba segala kebobrokan kuasa Kerajaan BN boleh dilupakan. Itulah yang BN idamkan.

Tiba tiba , wang negara yang hilang dan tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam isu 1MDB tidak lagi jadi isu besar oleh parti Islam. Maka, para Ahli Parlimen dari parti Islam tidak rasa perlunya menyerang isu 1MDB di dalam Parlimen.

Begitu juga, proses pilihanraya yang amat kotor tidak lagi dipandang sebagai kebobrokan kusa BN. Meskipun semua tahu , demi untuk terus berkuasa , BN sanggup peralat SPR memindahkan para pengundi secara tidak sah. Walaupun tanpa suara dua pertiga di Parlimen untuk BN menambah kerusi, namun , mereka masih menyalah guna kuasa SPR dalam bentuk yang lain.

Sudah tentu , Islam tidak boleh menerima penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam piliihanraya.

Logiknya, jika ada mana mana pihak yang menentang kebobrokan pilihanraya yang kotor itu , seperti Bersih maka umat Islam tidak ada masalah menyokong inisiatif tersebut.Tetapi, parti Islam membuat keputusan tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih.

Lagi sekali, BN amat seronok dengan pendirian parti Islam.

Meskipun pemimpin Islam selalu menyebut peristiwa hilfu al fudul yang berlaku di zaman jahiliyyah yang Rasulullah s..a.w. juga menyokongnya dan berikrar akan terus menyokongnya jika perjanjian seperti itu wujud selepas fasa kenabiannya, namun pemimpin parti Islam tidak rasa penting menyokong himpunan Bersih.

Maka, amat amat relevan Amanah ditubuhkan.
Comments
4 Comments

4 comments :

Pomen Smart said...

Nak buat mcm mana. Cina DAP jahat, cina mca dan gerakan baik. Sokong dia org 10000.99%. Tu yg dia org rapat. Tapi bila pilihan raya nak berebut kerusi pulak. Couple nak, kawin malu malu. Tah ape pendirian manusia yg mcm ni tak tau la, Pening, yg mengikut pun tumpang pening.

Pomen Smart said...

Lagi satu sebelum tidor, selagi dia org terlalu banyak kona pasal isu 90, dan berdolak dalik pasal saman Dato Husam, selagi tu la ape yg keluar dari mulut diaorang saya tak percaya. Dia 2 je jawapan. Nak ngan taknak je. Selain dari 2 jawapan tu, maknanya ada la yg nak ditakutkan atau disorokkan.

Anonymous said...

Pas perak dah ketandusan pemimpin sgt ka? Pas nak ikut umno ka, semua ketua mesti kroni hj hadi

Anonymous said...

Sikit2 salahkan pas....jg parti sendiri dhla....dasar tak kenang budi....kerusi sepang pun pas yg pya....ngok pya YB...berapa kali tah dtg lawat kawasan...batang hidung pun x pernah nampak....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...