BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Thursday, March 02, 2017

Debat Pindaan Akta 355 : Khairuddin at-Takiri dan Hj Hadi sila jawab

Selepas seorang anggota parlimen mempertikaikan pendirian Mufti Perlis berhubung cadangan pindaan Akta 355, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau hanya akan berdebat mengenai hal itu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Itu pun, kata mufti berkenaan, jika Abdul Hadi mahu berbalas hujah dengannya.

 Bercakap kepada Malaysiakini, Asri berkata beliau tidaklah mencabar anggota parlimen yang bulan lalu berceramah dan mencadangkan supaya kepalanya disekeh kerana mempertikaikan cadangan pindaan akta berkenaan.

 "Saya tidak mencabar beliau (Datuk Dr Khairuddin Aman Razali).

 "Jika PAS teringin hendak saya berdialog, saya cadangkan presiden PAS berdialog dengan saya mengenai hal ini," katanya semalam.

 Asri berkata demikian mengulas kenyataan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff.

 Kata Kamarul Zaman, debat mengenai pindaan Akta 355 itu patut berlangsung antara Khairuddin - yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS - dan Asri.

Terdahulu, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle 'menyambut tawaran' Khairuddin untuk berdebat mengenai keperluan Akta 355 dipinda.

 "Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.

 "Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.

 "(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

 "Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?" katanya (gambar).9 Ceramah itu dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.

 Menurut Rozaimi beliau "dengan rendah hati" menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.

 "Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini," kata Rozaimi pada 25 Februari lalu.

 Jangan bagi alasan.

 Semalam Rozaimi yang juga pensyarah Jabatan Fikah dan Usul Fiqh UPSI menyatakan secara rasmi kesediaannya berhujah dengan Khairuddin.

 Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, bagi pihak Rozaimi, melalui sepucuk surat rasmi yang disampaikan melalui serahan tangan di pejabat dewan itu di Kuala Lumpur.

 Kamarul Zaman dalam satu kenyataan semalam berkata ahli-ahli akademik berbeza pandangan berkaitan cadangan debat Akta 355. 

 Oleh demikian debat itu patut berlangsung antara Khairuddin dan Asri.

 Kenyataan itu juga dikeluarkan sebagai reaksi kepada cadangan penganalisis politik Dr Maszlee Malik supaya Khairuddin menerima cabaran debat Rozaimi.

 Langkah itu, kata Maszlee, boleh mengalak Khairuddin dituduh sebagai jaguh kampung.

 Mengulas lanjut, Asri mempersoalkan siapa Kamarul Zaman yang mencadangkan supaya beliau berdebat dengan Khairuddin.

 "Saya tidak kenal siapa dia Kamarul berkenaan. Dia pensyarah universitikah atau wakil PAS? "Apa yang saya lihat MP Kuala Nerus mencabar sesiapa sahaja berdebat. Sudah ada yang menjawab iaitu Dr Rozaimi Ramle," kata Asri.

 Oleh demikian Asri mengingatkan Khairuddin agar tidak memberi alasan untuk melarikan diri.

 "Maka, (Khairuddin) kena setuju sebab dia yang sebut sesiapa sahaja. Dia jangan beri alasan hendak melarikan diri.

 "Kita kena faham, seseorang yang tidak menyokong sepenuhnya penjara 30 tahun denda RM100,000 bukan tidak menyokong syariah Islam. Banyak lagi isu lain disebalik 30 tahun dan RM100,000 denda itu," kata Asri. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

 Tiba-tiba walaun Dr Kamarul Zaman Yusoff mencadangkan supaya perbahasan mengenai pindaan Akta 355 itu patut berlangsung antara Khairuddin dan Asri.

 Walaun Dr Kamarul Zaman ni seolah-olah jadi jurucakap kepada Khairuddin. Adakah Khairuddin yang suruh Dr Kamarul Zaman buat kenyataan tersebut? Sehingga kini, Khairuddin hanya diam dan menikus.

Jawapan Dr Asri kepada cadangan walaun itu tegas dan mengingatkan Khairuddin agar tidak memberi alasan untuk melarikan diri.

 Khairuddin kena setuju sebab dia yang sebut sesiapa sahaja. Jangan beri alasan hendak melarikan diri.

 Kononnya walaun ini ingat nak gempak Dr Maza. Malaun tu ingat Dr Maza tentu akan takut kena sekeh di hadapan khalayak ramai nanti...

Rupa-rupanya... oh tidak! Sebaliknya Dr Maza lebih ranggi rupanya! Dia cabar Boss Khairuddin supaya berdebat dengannya! Kah! Kah! Kah! 

 Kita tunggu apa apa jawapan Khairuddin dan Bossnya... Ada berann?
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

keh keh keh, kurang pandai kodin tokiri ni.. padan muka.. nk bagi bola tanggung x kene cara..

tanya sama itu hud hud said...

Seperti biasa lebai pigs akan jadi bacul tambah2 lagi tuang mullah presideng..
Sembang mcm haramjadah depan walaun boleh laa

Anonymous said...

Menikus lobai2 ni.
Ape ke bende

Pomen Smart said...

A,kum. Biase la org melayu. Berani buat tak berani tanggung. Dia dua jawapan je. Nak atau taknak. Kalau dah banyak kona nya makna taknak atau takut. Tak kan nak ajak org mcm saya pulak nak debat. Dia keluar segala ayat ayat yg biasa dijual. Terang2 mati kutu aku. Nak ajak debat pasal lori boleh la. Lain kali nak menjual, cermin dulu diri tu. Tau benda yg nak dijual akan ada org yg beli. Cuma berani ngan tak je. Hmmm. Pas yg dulu bukan lah yg sekarang(pinjam lagu indon) .Dulu kapten 1 je, sekarang ni semua nak tunjuk belang. Nak tunjuk pandai. Yg mangsanya, pengikut yg memb##i buat. Kesian org melayu. Sentiasa dibodohkan.. harap saya tak tergolong diri kumpulan yg dibodohkan. Amin.

TIMNAJIB said...

Predict aku...ketua, penolong walaun
tak akan Berani!

Sebab apa Hadi, Khairuddin tidak akan sahut cabaran....kerana, mereka tahu mereka akan kalah berhujah.

politik yang dibawa oleh Hadi Awang and the geng...politik, jual agama dan memperbodohkan org2 kampung.

Anonymous said...

Kamarul Zaman ni kalut melalak kenapa? Oh! Ni mesti kes nak bodek naik pangkat. UUM ni kan tempat ternak pensyarah kangkung, biasa lah walaunta cari makan.

Anonymous said...

Sayang 1000 kali syg. Org ngaku mukmin diajar utk gaduh sesama sendiri. Org cina, india duduk diam perati. Patut la Nabi mengeluh kita ni ummatku2. Sbb Syaitan xsesatkan muslim ni dlm isu akhidah, tp kena waspada kita utk selamat dgn perkara kecik.

Anonymous said...

Kamarul Zaman ni dah mengalahkan walaun pas lg. Dia bengang pd dr maza krn tak kenal dia, kemudian dia buat mcm2 kenyataan bodoh not befitting a so-called pensyarah dan pengarah apa benda tah

Anonymous said...

Bro, sapa yg mulakan episode cabaran ni, attakanan atau attakiri?

Ini bukan kes gaduh, ini kes beri ilmu dan penerangan kpd ummat supaya taklah jadi bodoh macam walaun-walaun sebuah parti tu!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...