BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, March 22, 2017

DEMOKRASI YANG MATI DI DALAM SIDANG DUN KELANTAN.

1. Sidang Dun Negeri Kelantan Sesi kali ini bagi Penggal ke-13 menyaksikan pertama kali seorang Adun iaitu YB Dato Paduka Haji Husam Musa dihalau keluar oleh Speaker YB Dato Abdullah Yakob dari Dewan Undangan Negeri Kelantan. Insiden ini belum lagi berlaku di dalam era Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (ATGNA) dan sehingga 27 tahun, inilah kali pertama Adun Kelantan dihalau keluar Dewan.

 2. Kami terpanggil untuk mempersoalkan kenapakah insiden ini berlaku yang secara terang-terangan telah menafikan hak seorang Adun untuk bertanya di dalam Sidang Dun Kelantan iaitu sebuah Dewan yang Mulia untuk membincangkan isu-isu terkini dan perihal urusan rakyat Kelantan amnya. 

3. Sejak bermula Sidang Dun 20 Mac 2017 yang lalu, YB Dato Haji Husam Musa selaku Adun tunggal Amanah itu juga telah dinafikan hak untuk bersuara mewakili rakyat Kelantan sekali gus mencerminkan sikap sebenar pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengelak untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jelas keterbukaan yang dilakukan era Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dahulu tiada lagi di penggal ke-13 ini. 

4. YB Dato Husam Musa Adun Salor dinafikan haknya untuk mengambil peluang membahas titah ucapan Pemangku Al Sultan Kelantan semalam dan pagi ini, dan sekali lagi cuba untuk mencelah ketika YAM Menteri Besar Dato Bentara Ahmad Yakob berucap tetapi tidak diendahkan. 

5. Demokrasi telah mati di sini. Segala kesulitan rakyat Kelantan tidak lagi sampai kepada pimpinan Kerajaan Kelantan. Mereka hanya tahu menutup segala ruang untuk bertanya dan menjawab sekaligus cuba berdalih untuk menyampaikan jawapan yang jitu, konkrit dan adil. 

6. Kami selaku Pemuda Amanah Negeri Kelantan mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Dato' Abdullah Yakob yang seolah tidak demokratik, telus dan adil bagi Adun yang ingin bertanya kelayakan exco bagi menjawat jawatan tersebut di Dun Negeri Kelantan. 

7. Kami melihat ianya bukan sahaja satu penafian hak bersuara seorang Adun di sini, tetapi ianya lebih dilihat sebagai menghalang isu rakyat Kelantan ke Dewan yang Mulia ini. 

8. Jika hak seorang Adun dihalang, apa lagi yang hendak diharapkan oleh rakyat kebanyakan. Tidak lain dan tidak bukan, ke medan rakyat jua kami akan sampaikan. Rakyat Kelantan merintih lagi. Tetapi, demokrasi telah mati di sini. 

MOHD RIDZUAN BIN MUHAMAD 
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Negara 
Negeri Kelantan 
Merangkap Timbalan Ketua Amanah 
Kawasan Rantau Panjang, Kelantan. 
22 Mac 2017
Comments
2 Comments

2 comments :

TIMNAJIB said...

Pemimpin PAS dan MB Kelantan Ahmad Yaakub PENGECUT! semasa zaman ATGNA ..tidak pernah berlaku dihalau keluar. dgn Husam sorang pun mereka takut.. Esok, tak payah pakai serban & jubah..ganti pakai gincu & maskara sahaja. memang pondan puak2 PAS ni..

Anonymous said...

Puok ostad2...atau golongan Men of God, mana kenal demokrasi!!!
Yang mereka tau dan kenal ialah, sapa-sapa yg tak bersama mereka seharus dinyahkan dari semua tempat keberadaan mereka. Kan mereka tu golongan suci...lebih-lebih lagi mr presideng mereka!!
Bila mr presideng mereka keluarkan gelaran2 terhadap lawan politik, semua oun ikut. Barua, pengkhianat, tolol dll perkataan tu, ada lah kata2 keramat yg pernah keluar dri mulut mr presideng kluk klek!!!
Mr presideng, anda dah tak layak lagi utk memimpin parti cap bulan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...