PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, March 22, 2017

DEWAN KULIAH UNDANGAN NEGERI KELANTAN......


  Paginya, saya dihalang berbahas. Semasa sidang penggulungan hari ini, saya tekun mendengar 'kuliah' Exco Agama.

 Itulah rutin Dewan 'Kuliah' Undangan Negeri Kelantan kebelakangan ini. Tidak ada enakmen baru berkaitan Islam yang dibentangkan. Tidak ada program baru, penyelesaian permasalahan ummat atau pembentangan prestasi portfolio beliau.

 Di negeri lain, tanpa slogan Membangun Bersama Islam, Enakmen Wasiat dan Enakmen Wakaf telah lama diluluskan. Enakmen berkaitan urusan mal atau kewangan ummat Islam, yang juga penting. Tidak di Kelantan.

 Mahkamah Syariah Jajahan masih berkongsi pejabat dengan Pendakwa Syariah. Enakmen Pentadbiran Syariah kali terakhir disemak ialah sejak 1998.

 Namun, syarahannya mengalahkan Mufti dan Profesor. Kuliahnya pagi ini mengenai gugur nya talak orang yang berbai'ah talak ta'lik.

 Tetapi apakah beliau layak memberi fatwa? Apa kelayakan beliau berfatwa sesenang hati? Pertanyaan seperti itu paling wajar ditanyakan kepada MB yang melantik beliau. 

Rupanya, harga soalan mengenai kelayakan Exco Agama Kelantan sangat mahal. Saya diiringi Bentara dengan cokmar diusung, keluar Dewan!

 Sensiitif kepada Speaker Dewan menanyakan kelayakan kawan beliau, Exco Agama Kelantan? Tanpa amaran. Saya 'digiring' keluar Dewan Undangan atas arahan Speaker DUN Kerajaan Islam Kelantan, dua tiga minit sebelum sidang ditamatkan.

 Sejarah tercipta oleh sebuah Kerajaan pimpinan Dato Ahmad Yaakob. InsyaAllah ia kekal menjadi rekod sama ada kerajaan ini demokratik atau menghayati semangat 'syura' atau ketiadaan kelayakan menjadikan pimpinannya takut dengan bayang bayang sendiri.

 YB Dato Husam Musa 
22 Mac 2017/ 23 Jamadilakhir 1438
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

saja nak Tanya.

sultang mana beri dato pd org2 mcm ni? org yg tiada kelayakan langsung utk memerintah. kucar kacir negeri dibuatnya. tugu boleh buat. beli kete mewah ada duit. mangsa banjir masih ada yg tak dpt bantuan.

atas dasar apa gelaran diberi? atas merit atau rm?

dlm ceramah ada disebut, exco agama tak lulus university, sbb tu ckp lebih hebat dr mufti.

mcm mana dato seri umor baru 36thn boleh merusuh dlm klab maksiat? sultang mana yg bagi gelaran?

Anonymous said...

Ostad2 bulan ni mana laa layak nak berbahas. Dari dulu lagi, perangai mereka cuma memberi kuliah dan ceramah. Itu je yang mereka pandai. Pasal berbahas....mr presideng mereka pun gagal.

Anonymous said...

Unta alwalauntee pondan mana berani bahas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...