BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Sunday, March 26, 2017

DS Nizar bersarapan bersama penduduk Sungai Rokam


Pagi tadi DS Nizar telah bersama-sama dengan penduduk tempatan Sungai Rokam untuk bersarapan di Medan Selera Kampung itu.

 Nizar turut ditemani isterinya DS fatimah telah beramah mesra dengan para penduduk tempatan yang  bersarapan di situ.

Kelihatan para pengunjung bersama keluarga mereka begitu gembira dan mesra menerima kunjungan Nizar dan isterinya sambil berbual-bual bertanyakan khabar masing-masing.

 Sudah tentunya mereka sangat gembira dapat bermesra dengan mantan Menteri Besar mereka yang telah meninggalkan banyak jasa sewaktu menjawat sebagai MB Perak walaupun hanya dalam masa yang singkat, iaitu 11 bulan sahaja.

  Mereka mengambil peluang untuk bertanya dan mendapat jawapan dari Nizar sendiri kepada beberapa tuduhan yang pernah dilemparkan keatas Nizar.


 Nizar dalam penjelasannya telah menegaskan bahawa sehingga ke hari ini, tidak ada satu bukti pun yang membenarkan segala pembohongan dan fitnah yang sengaja dibuat oleh musuh-musuh politiknya itu.
 

  Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengabadikan sebagai kenangan dengan berselfie dengan mantan Menteri Besar mereka itu. Mereka menaruh harapan besar bahawa Nizar akan kembali sebagai Menteri Besar Perak semula selepas PRU 14 nanti.

 "Kalau tuan-tuan semua mahukan saya jadi Menteri Besar Perak semula, pastikan tuan-tuan dan puan-puan semua undi saya nanti , parti Amanah, bukan parti lama saya dulu!" Pesan Nizar kepada mereka.
  

  Selepas bersarapan disitu, Nizar bersama isterinya telah membuat kunjungan kebajikan ke rumah-rumah penduduk tempatan untuk menyampaikan sumbangan merupakan barangan keperluan dapur dari orang ramai. 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...