BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Tuesday, March 07, 2017

Dua individu ke SPRM adu kes seleweng kuasa babit 'Menteri'

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 


BAGAN DALAM - Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees tengahari tadi ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Seberang Perai, bagi membuat aduan berhubung kes penyelewengan kuasa yang dipercayai membabitkan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Satees memberitahu Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dahulu dipercayai menyeleweng kuasa dengan memberi surat arahan pelanjutan tempoh menyiapkan suatu projek perumahan kepada seorang individu yang salah.

 "Dalam surat berkenaan, Abdul Rahman Dahlan telah melanjutkan tempoh persiapan projek daripada 36 bulan kepada 48 bulan.

 "Abdul Rahman menulis surat itu selepas menerima satu surat permohonan daripada seorang individu bernama Faridah Begum binti K.A. Abdul Kader yang mengaku dirinya sebagai Pengarah Syarikat, walhal Faridah Begum bukan lah pengarah syarikat (pemaju) BHL Construction Sdn. Bhd..

 "Abdul Rahman sengaja menulis surat arahan pelanjutan tempoh....itu adalah suatu tindakan menyeleweng dan penyalahgunaan kuasa sebagai menteri.

 "Saya membuat laporan ini kepada SPRM supaya suatu kertas siasatan dibuka terhadap Datuk Abdul Rahman Dahlan yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)," tegas M. Satees dalam sidang media di luar perkarangan Mahkamah Majistret (Munisipal) Butterworth dekat Jalan Kampung Jawa.

 Beliau bersama-sama seorang lagi Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel turut mendedahkan salinan dokumen berwajib mengenai syarikat pemaju itu.

 Malah, mereka berdua turut percaya bahawa Abdul Rahman sengaja mengeluarkan surat arahan pelanjutan tempoh menyiapkan projek perumahan tersebut kepada Faridah Begum.

 Surat kontroversi Abdul Rahman kepada Faridah Begum itu bertarikh 17 November 2015, berhubung projek pembinaan 'Sri Istana Condominiums' dekat Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Comments
1 Comments

1 comment :

Pomen Smart said...

Tengok ye. Mlm ni ada keluar kat berita.Tak, jika TV3 keluarkan berita tersebut memang keajaiban dunia ke-8.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...