Friday, March 17, 2017

Gelombang Kebangkitan Rakyat Kelantan Bakal Mencetuskan Perubahan !


  Tahniah kepada Pakatan Harapan Kelantan kerana berjaya mencipta sejarah malam kelmarin, 15 Mac 2017.

Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan menyokong Pakatan Harapan semakin dirasai dan perkembangan ini bakal mencetuskan Kelantan menerajui perubahan sekali lagi.

Bertempat di belakang Wau Bulan Cabang 4 Cherang, di Padang Bola Kg Cherang, Kota Bharu Kelantan, empat pemimpin tersohor dari empar parti telah bergabung tenaga diatas satu pentas ceramah.

 Mereka terdiri dari Tun Mahathir dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato Husam Musa dan Dato Wan Abdul Rahim dari Parti Amanah Negara, Dato Saifuddin Nasution dari Parti Keadilan Rakyat dan Dato Zaid Ibrahim dari Parti Tindakan Demokratik.

 Dengan dua tujuan utama, iaitu Memperkukuh Pakatan Harapan dalam usaha untuk Menumbangkan rejim Umno Barisan Nasional.

 Melayu Kelantan semakin sedar dan percaya dgn perjuangan Pakatan Harapan untuk melaksanakan transformasi kerajaan.

  Tahniah kpd rakan-rakan yang telah turut menderma pada malam tersebut hingga berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM15k lebih.

 Sejarah telah tercipta. Di sini Pakatan Harapan bermula dan mara menuju matlamat dalam kesepaduan pihak pembangkang demi memastikan Malaysia sejahtera untuk rakyat tercinta.

Ceramah Sudin Copong di Kok Lanas pada malam yang sama
kelihatan hambar kerana tidak mendapat sokongan rakyat.
  Pas dilihat telah melencong jauh dpd prinsip perjuangan asalnya. Ceramah Sudin Copong yang diadakan di Kok Lanas pada malam yang sama khabarnya tidak mendapat sambutan rakyat Kelantan.

Ini adalah satu pertanda buruk yang amat jelas sebagaimana yang diramalkan oleh penganalisa politik tempatan, Profesor Agus Yussuf, bahawa Pas bakal kehilangan Kelantan pada PRU 14 nanti.

Menurut Agus, politik PAS seperti hilang arah. Ceramahnya semakin hilang tarikan, cuma semakin sarat dengan cercaan.

 Kerajaan Kelantan dibawah Pas hari ini sedang dilanda pelbagai isu yang gagal ditangani dengan baik menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan Kerajaan Pas Kelantan semakin terhakis.

 Antara isu terkini yang mendapat perhatian rakyat adalah saman RM230 juta oleh sebuah syarikat terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan anak syarikatnya, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. baru-baru ini berhubung projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

   Selain itu ada masih 9 lagi kes anak syarikat membabitkan kerajaan negeri Kelantan sedang menghadapi pertimbangan mahkamah.

Antaranya:

a. Saman ke atas Kijang Kuari.
b. Saman balas ke atas Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
c. Saman ke atas dua pimpinan Pas berkait sebidang tanah di Rantau Panjang.
d. Saman oleh Encik Ya’akob bin Awang ke atas Baldah dan pengurusnya.
e. Saman Orang Asli ke atas Kerajaan Negeri dan beberapa agensi.

 Kemelut perpindahan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang tidak memuaskan hati mereka akan diadili di Mahkamah Mahkamah Tinggi pada 26 March 2017 ini.

 Selain itu, masalah yang menimpa mangsa-mangsa banjir masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya. Ramai keluarga mangsa yang masih merempat tanpa mendapat bantuan perumahan untuk didiami.

Masalah dengan hak-hak komuniti Orang Asli yang dicabul oleh kerajaan negeri yang masih belum dapat diatasi.

Masalah pembalakan yang berleluasa di hutan-hutan simpan yang menyebabkan bencana buruk banjir kuning dan banjir selut baru-baru ini.

 Dengan pelbagai masalah diatas itu, sudah tentu rakyat Kelantan mahukan perubahan. Mereka akan mengundi menukar kerajaan kerana kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan kemampuan untuk memberi kesejahteraan kepada mereka.

 Maka amat benar sekali ungkapan DS Husam pada malam ceamah tersebut, "Amanah ini Pas TGNA, Pas loni TGHA!"

 Amat wajar bagi rakyat Kelantan memilih Pakatan Harapan jika benar-benar mahukan perubahan.
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Allahuakbar

Anonymous said...

Duk main kan lg nama org yg dh xdak. Mmg dasar PAN betui, perasan ja Amanah, tp khianati nya pd pengundi mcm di tmpt ambo Pokok Sena ni. Ngaku ja masih PAS, tp jiwa PAN.

Nobody said...

Kalau yang tinggal dalam pas walaun bodoh je siapa nak tinggal dalam parti orang2 bodoh???

Orang2 bodoh sahaja yang nak duduk parti orang2 yang bodoh!!!

Kalau ada yang halal kenapa nak duduk dalam pigs (pas+ikatan=gagasan sejahtera)???

Allah dah beri tanda pun tak sedar2 lagi???

Anonymous said...

PAN dah ambil tugas UMNO hari2 serang PAS...modalnya 90 juta & UG..tu je lah dijinjing merata2..

Anonymous said...

awat la hang dok marah sangat...tak dapat dedak ke..cuba hang dok pi tanya ulam_mak hang tu kot kot dapat seredak pun jadi la..

dedak oh dedak kerna kau walaun dah tersedak...

Hijau Putih said...

Ada org meroyan dah belum apa2 lg. Memuji atau mengangkat nama org yg dah xdak kan bagus. Bukannya menghina dimana Islam sendiri melarang kita menyebut keburukan org yg dah meninggal. Tu la manusia, x dapat nak bezakan baik buruk. MP pokok sena menjalankan tanggungjawab dengan menegur pemimpin dalam parti dah dikira melawan dan berniat jahat. Seorg Muslim, menegur Muslim yg lain menjauhkan keburukan atau kemaksiatan dah terlepas tanggungjawab dia di dunia malah diberi ganjaran dari ALLAH. Jd xpayah nak canang sana sini dia ni betul dia ni salah. Saling tegur menegur lg bagus dari dok meroyan maki hamun sana sini. Wallahuaa'lam...

Anonymous said...

Biasa ler bebb. Mahfuz harumanis. Hijau luar oren dalam. Bilo pas nk pecat? Ada berani? Pas ada telor ker? Kikiki

Anonymous said...

duk diam diam dah la hang barua amno.bangsa musibat hrmjdh 7 ktrunan.

Nobody said...

Apa pulak!!!

Yang kes kena saman tu bukan modal amanah ke???

Yang kerajaan pas rompak tanah adat orang asli tu bukan modal amanah ke???

Yang mangsa banjir sampai sekarang ada yang tak ada rumah tu bukan modal amanah ke???

Kes saman kat atas tu bukan modal amanah ke???

Korang ni tak boleh baca ke otak letak kat mana??? Kepala lutut???

Dah tau pemimpin bodoh, exco agama tak lulus periksa takkan nak jadi bodoh macam mereka kot???

Kalau kerajaan bodoh macam tu kau sokong juga, kau tak rasa ke kau tu bodoh???

Anonymous said...

Pas tu balaci umno...serang pas adalah sama dgn serang umno..pas tu bukan parti islam tapi parti yg suka jaja agama utk buncitkan perut
.org tu sama dgn parti parti kafir yg lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...