GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, March 14, 2017

Hj Hadi dengan angan-angan Mat Tenginnya


 Pas berasa ego bila Umno dan Pakatan Harapan mahukan Pas bersama mereka. Seperti bapuk tua yang gersang, Pas berasa bangga sangat kerana kononnya menjadi rebutan kiri dan kanan.

 Menurut Hj Hadi, Pas akan meletakan 40 calon di kerusi parlimen dan dengan kemenangan 40 kerusi itu, Pas mampu kemut keliling! Itulah teori Pas dengan konsep politik matang dan sejahteranya.

Waima, tujuan Pakatan Harapan mahukan Pas bersama mereka kerana mahu menyatukan segala kekuatan yang ada pada pembangkang untuk menumbangkan Umno BN.

Sikap sombong dan bongkak mendorong Pas  mahu menguasai senario politik negara  walaupun untuk bersama dengan tokoh kleptokrasi yang satu-satunya ada dalam dunia hari ini.

 Umno mahukan Pas bersama mereka supaya Umno BN dapat meneruskan kelangsungan mereka menguasai Putrajaya setelah tongkat mereka (MIC, MCA dan GERAKAN) semakin lemah dan hilang pengaruh.

Berikut kenyataan Hj Hadi :
Kita mahu perubahan. Dalam perubahan ini Pas mahu jadi parti yg kuat, parti yang gagah. Pas mahu terus menang di Kelantan, ambil balik Trengganu, menang di Kedah, menang di Selangor. Pas saja yang menang! Dan perlu memimpin Perak. Ini sangat penting.

 Saya meletakan dlm kenyataan saya di Kedah, seboleh-bolehnya kita letak 40 kerusi parlimen. 40 kerusi parlimen Pas, kita boleh menentukan politik Malaysia, sehingga mana-mana parti tidak boleh tubuh kerajaan melainkan jemput Pas.

Kita menyaksikan betapa kedudukan kita pada hari ini, semua orang mahukan kita. Umno mahukan kita, yang belah ni pun mahukan kita. Semua berebut kita.

 Dan kita kena sedar kedudukan kita. Jangan kita terikut-ikut dengan kemahuan orang.
 RUU 355 – Pas telan Umpan Umno.

 Apabila Umno memberikan janji untuk menyokong pindaan akta 355, Pas telah mengambil sikap berlembut dan menghentikan serangannya terhadap Umno.

 Rupa-rupanya ada pakatan rahsia disebalik sokongan Umno tersebut. Patutlah Hj Hadi melarang orang-orangnya supaya jangan lagi memaki hamun Umno seperti lazimnya -  Jangan sebut "Mampus Umno! Mati Umno!" pesan Hj Hadi!
( Maki hamun AMANAH atau DAP wajib, bagi Hj Hadi dan pentaksubnya!)

 Pas mohon restu dan sokongan Umno BN untuk perintah negeri-negeri yang dia rasa kuat seperti Trengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan juga Selangor.

Di Negeri-negeri lain yang Pas tidak kuat seperti Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Penang; Pas mahu Umno BN perintah! Maknanya Pas akan bantu Umno BN menang di negeri-negeri tersebut.

Pas tidak perlu masuk menganggotai BN. Cukup dengan mewujudkan undian tiga penjuru untuk jadi pengacau daun dan memberikan kemenangan kepada calon Umno BN.

Ikuti transkrip kenyataan Hj Hadi seterusnya yang mendedahkan agenda kerjasama Pas-Umno seperti berikut:
Tak usah sebutlah – Mampus Umno! Mati Umno! Jangan sebut perkataan itu. Hentikan. Hentikan ketegangan.
Sekarang dia (Umno) nak balik kepada undang-undang 355. Nak kuat 355, kena Pas. Dengan sebab itu bagi Trengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak bagi Selangor biar Pas memimpin.

Negeri lain Umno nak lagi, biarkan ke dia. Kalau boleh nak habis… nak telan habis, tapi mulut kita luas mana nak telan habis!

Kita kena ukur dgn saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik kita. Ini sangat penting, kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini.
Apakah Hj Hadi ingat Umno BN tu bodoh sangat nak bagi ke dia Selangor, Trengganu dan Perak ? Ini bukan angan-angan Mat Jenin lagi tapi angan-angan Mat Tengin namanya!
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Ha haa...angin betul Lebai , dia lupa jasa Anwar Ibrahim boleh merasa jadi MB. Dulu ambo tak kenai PAS...sebab Anwar aku mengundi PAS...aku dok Ganu 34 tahun doh...dok beranganlah Lebaii , takut Lebai jadi Lebai Malang...tadak tokoh langsung aihhh...
Nak tawan Selangor...Kedah...Kelantan...Terengganu....Marang pun dok tahu lagiii...Hadoi...berpijaklah pada bumi yang nyata...

Berok pung nok minum 7up doh looo ninggg

Anonymous said...

Dey Tuan Hj.itu Kelantan masalah banyak tarak settle lagi.kes Banjir la kes Balak la .lagi Cerita mau kontrol 5 negeri.dey pppooorrraahhh la Haji.

Smart Pomen said...

Baru saya komen dlm blog shahbudin. Jgn mimpi la pas nak dpt selangor. Umno pun pasal kalah. Kalau dia boleh menang ingat nak dia serah selangor. Jgn nak samakan kelantan dgn selangor. ( Sori org kelantan, bukan utk semua). Pas menang kat selangor pun pasal dia lawan umno dan dpt undi cina. La ni kalau dia rapat dgn umno dia nak minta undi mcm dulu. Tak pe la tuan Haji. Tak salah kalau nak mimpi pun. Teruskan lah mimpi tuan haji.

Anonymous said...

Nate lebai gilo

Anonymous said...

Kehh kehhh kehhh kehhh kehhh..... seronok benor aku mendengornyer... lawak siuttt...

Anonymous said...

Tepat sekali, niat Hadi itu memang amat sesuai dikategorikan sebagai angan-angan Mat Tengin. Keras perut aku ketawa dibuat oleh badut Pas ni.

tanya sama itu hud hud said...

Kesimpulan penulis:
Pas adalah parti bapuk tua yg gersang yg kemut keliling,yg berangan lebih teruk dari mat jenin..
Oo paham..

Anonymous said...

Umno nak lepaskan Selangor pada PAS?? Hadi ni mmg jenis buta politik. Negeri kaya tu umno nak lepaskan mcm tu jerrr? Hahaha ini mmg lawak!!

Anonymous said...

Parti Audi Sedunia atau Porche Auta Se Malaysia.

Faizal Zainal said...

Kah..kah..kah
Meroyan lah walaun baca artikel nie...... bapok tua berjanggut putih seperti simbol KCF

Che Osman said...

Kalu buleh nok telan habis tapi mulut kita luas mana nk telan habis. Maksud dia kalu boleh nk semua negeri tapi cukup la setakat negeri2 yg disebutkan tadi, sedar kemampuan diri.. wau!!! Hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...