Sunday, March 19, 2017

Hj Hadi ini memang tak boleh dipakai langsung kerana sering berubah-ubah.


 Begitu jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan hasrat Pas untuk menguasai 5 negeri iaitu Trengganu, Kelantan, Kedah,  Perak dan Selangor dan selebihnya kepada Umno pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Tetapi tiba-tiba dia menafikannya pula.

 Kata Abdul Hadi apa yang menjadi keutamaan partinya ialah memenangi 40 kerusi parlimen yang akan ditandingi nanti.

  “Saya tak pernah buat kenyataan macam tu. Kita tak nampak (tak boleh tahu) masa depan. Sepuluh negeri ke, tiga negeri ke, satu negeri ke, itu keputusan PRU," kataya di Cyberjaya hari ini. Baca lagi di sini

  Sila kalian amati sendiri kenyataan Hj Hadi melalui VDO berikut dan transkrip nya adalah seperti berikut:


 Kita mahu perubahan. Dalam perubahan ini Pas mahu jadi parti yg kuat, parti yang gagah. Pas mahu terus menang di Kelantan, ambil balik Trengganu, menang di Kedah, menang di Selangor. Pas saja yang menang! Dan perlu memimpin Perak. Ini sangat penting.

 Saya meletakan dlm kenyataan saya di Kedah, seboleh-bolehnya kita letak 40 kerusi parlimen. 40 kerusi parlimen Pas, kita boleh menentukan politik Malaysia, sehingga mana-mana parti tidak boleh tubuh kerajaan melainkan jemput Pas.

 Kita menyaksikan betapa kedudukan kita pada hari ini, semua orang mahukan kita. Umno mahukan kita, yang belah ni pun mahukan kita. Semua berebut kita.

 Dan kita kena sedar kedudukan kita. Jangan kita terikut-ikut dengan kemahuan orang.

 Tak usah sebutlah – Mampus Umno! Mati Umno! Jangan sebut perkataan itu. Hentikan. Hentikan ketegangan.

 Sekarang dia (Umno) nak balik kepada undang-undang 355. Nak kuat 355, kena Pas. Dengan sebab itu bagi Trengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak bagi Selangor biar Pas memimpin.

 Negeri lain Umno nak lagi, biarkan ke dia. Kalau boleh nak habis… nak telan habis, tapi mulut kita luas mana nak telan habis!

 Kita kena ukur dgn saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik kita. Ini sangat penting, kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini.
 Tidak tahu sebab apa Hj Hadi cuba menafikan cakap-cakap besarnya itu. Apakah dia cuba memperbodohkan kita semua atau dia sengaja mahu menonjolkan kebodohannya sendiri kepada kita?

 Namun apa yang jelas kepada kita semua bahawa Hj Hadi ini sebagai seorang figura politik yang sangat cuai. Dia tidak sepatutnya mendedahkannya secara terbuka kepada umum. Mungkin sebab Hj Hadi ini terlalu ghairah mahu menyakinkan pentaksubnya bahawa Pas ini sangat kuat!

 Apa yang jelas terbukti kepada kiata semua, bahawa cakap-cakap Hj Hadi ini memang tak boleh dipakai langsung kerana sering berubah-ubah.

 Hari ini dia kata puteh, esok pula dia akan kata hitam. Dia suruh pentaksubnya supaya istiqamah, tapi dia sendiri tidak istiqamah dengan kata-katanya.
Comments
12 Comments

12 comments :

ADUN Mereng said...

bab ruu pun dia kt umnu nk kembali ke ruu... seolah umnu yg mulakn ruu tp merayu pas utk sokong.... dh gila ke apa hadi ni

Smart Pomen said...

Arwah abah saye cam tu la dulu. Ari ni cakap ni, esok cam tu plak. Lepas tu pagi cakap ni. Ptg lain pulak. Last dia nyanyuk. 3 tahun jugak la dia sakit. Cuma alhamdulillah. Kami adik beradik bergilir jaga sampai dia meninggal.

Anonymous said...

Tak boleh pakai cakap lobai hadi ni...
Kaki pembohong...
Kalau banding dengan tg nik aziz...
Jauh langit dengan bumi...

Anonymous said...

Ada seorg kawan selalu bgtau kebannyakan ORG POLITIK ni langsung x boleh pakai. Depa ni pikir poket sendiri ja. Kita yg dibawah ni dok mcm tu jgk malah makin sengsara.

Anonymous said...

Yg terangnya kita dah tahu apa yg ada dlm pemikiran dan matlamat lobai Hadi.
Dia nak Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor. YG SELEBIHnya dia dh setuju utk diberi pada UMNO.


Itu yg PKR...BERSATU kena faham. Jgn buang masa. Kata putus dh ada pada lobai Hadi. Lebih baik kuatkan PH yg ada dan buat strategi utk PRU 14 ni. Buktikan kekuatan PH. Jgn nak merenget dgn PAS. Dah tahu itu mmg keputusan Lobai Hadi dan PAS.

lelaki dicermin said...

Tgk kat blog2 pro parti pas.. malu aku baca komen2 walaun2 tu... dah ada video ucapan tuang presiden.. masih..salahkan org lain..

antiug said...

Xtau nak komen apa lagi, yg pasti tercemar maruah islam jika pemimpin yg mngaku ulamak bersikap bgini.

Anonymous said...

Inilah contoh jenis manusia berhati anjing yg menjaja agama dgn penoh bongkak dan sombong dan tidak sedar diri.

Anonymous said...

Memang dah lama dia gila babi.

matakanan said...

Amat bersetuju dengan antiung
terengganu hilang kedah hilang dan kelantan bakal hilang setelah di tinggal kan oleh tgna.
sekarang kerajaan kelantan dibawah pimpinan ulamak lebih teruk dari kerajaan pimpinan BN
rakyat tidak di pedulikan pembangunan tiada hanya harap bantuan BN
berubah lah rakyat kelantan demi selamat kan maruah Islam
beri peluang kepada parti Amanah yang perinsip nya Rahmat untuk semua.

Anonymous said...

Puok2 Lebai atau Men of God ni pandai kuliah dan ceramah je. Hal hal dunia ni mana la mereka tau sangat kerana fokus mereka ruu355. Bekas MA dia dah cakap, Hudud tu nyawa mereka.
Yang kesian nya, ahli2 bawahan yg otak sengkek pun duk asyik sebut: Ruu355 tu Hudud, hudud , hudud!!!
Nk mentadbir negara? Jauh panggang dari api... Sejak peninggalan TGNA, Tadbir Kelantan pun dah gagal!!
Kesian aku tengok puok ostad2 ni, intelek tak tinggi mana jadi selaras la dgn cakapnya yg berdegar degar!!!

Anonymous said...

Haji Hadi punya kepimpinan yang lemah. PAS pasca Nik Aziz adalah PAS yang berfikiran sempit dan tak berlapang dada. Islam hanya label dan takrifan Islam oleh PAS memerlukan kajian untuk pengesahan boleh dirujuk ataupun tidak. Islam dibawak oleh Hadi adalah Islam yang hodoh dan jika dibiarkan akan menjadi fitnah terhadap Islam itu sendiri. Semoga PAS kan tamat riwayat nya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...