BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Monday, March 20, 2017

Hj Hadi : Kaldai Tua Tunggangan Umno

 Zahid Hamidi kelmarin mengesahkan bahawa kerajaan memutuskan akan membentangkan sendiri pindaan Akta 355 dalam sidang Parlimen kali ini (baca di sini)

 Sebelum ini Jamil Khir Baharom juga telah buat kenyataan yang sama jauh lebih awal lagi, iaitu hanya selang sehari sahaja selepas Hj Hadi minta tangguh pembentangan pindaan Akta RUU355 di sini.

 Tetapi yang peliknya, kenapa pula Hj Hadi macam terkejut bewak! bila Zahid Hamidi yang buat kenyataan yang sama?

 "PAS mahu melihat terlebih dahulu draf pindaan yang dicadangkan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355 yang akan dibentangkan oleh kerajaan dalam sidang Parlimen kali ini."


  Sepatutnya Hj Hadi kena sokong sahaja pindaan yang dicadangkan oleh Umno tanpa banyak soal. Tidak gerunkah nanti ditempelak Jamil Khir dan Asyraf Wajidi bahawa Hj Hadi telah keluar Islam dan mengancamnya akan ditanam dalam jirat Cina?

 Hj Hadi dan pewalak tegarnya sebelum ini berkempen suruh semua orang sokong Pindaan RUU355 yang belum lagi dibentangkan dan dibahas dan dijelaskan maksud usul berkenaan.

 Pas dengan sewenang-wenangnya telah menuduh mereka yang menentang pindaan Akta RUU 355 itu keluar Islam dan diancam akan ditanam dijirat Cina!

  Walaupun kenyataan Jamil Khir itu telah keluar pada 24 Nov 2016, adalah lebih menghairankan kerana Hj Hadi masih meneruskan kerja-kerja bodohnya dengan mengarahkan para pengikutnya yang taksub terus berkempen dengan mengadakan sembahyang hajat dan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 18 Februari 2017 lalu.

  Hj Hadi sepatutnya sudah maklum mengenainya deraf pindaan Akta355 itu kerana ianya telah dibuat melalui jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri Kelantan dan Pusat. Jadi tentunya nampak kelakar bila Hj Hadi kata nak tengok terlebih dahulu deraf tersebut!

  Apakah Hj Hadi sendiri sebenarnya, tidak tahu apa sebenarnya isi kandungan pindaan Akta 355 tersebut? Dua kali diberi peluang untuk membentangkannya, tetapi Hj Hadi sekadar mampu membacanya tanpa menghuraikannya di dewan untuk didengari dan dibahas.

 Betapa pada peringkat awalnya Hj Hadi dan gerombolan pewalaknya mendakwa private bill yg akan dibawa ini ialah hudud, lantas siapa yang menolak RUU355 dianggap menolak hukum Islam yang syumul dan tempatnya di neraka.

 Namun akhirnya baru didedahkan rupa-rupanya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah sekadar untuk menambah hukuman yang sedia ada di mahkamah syariah.

 Ianya dikemukakan bagi membolehkan hukuman dalam Kanun Jenayah Syariah 1985 boleh dinaikkan sehingga 30 thn penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebat.

 Mengikut rekod, Akta 355 pernah dipinda pada tahun 1994 tanpa ada sesiapa yang bising sebab Kerajaan sendiri yang bawa untuk dipinda dan ianya tidak dipolitikkan sebagaimana yang sedang berlaku sekarang.

 Bagi Umno, peranan Hj Hadi sudah cukup sampai di peringkat terkini. Melalui Hj Hadi, Umno BN telah berjaya memperdayakannya dengan menggunakan isu RUU355 ini sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat punah lingkup, Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar menubuhkan parti baru Amanah.


  Dulu Azalina yang cadang, Maznah yang sokong dan Hj Hadi yang tukang bentang dan tukang tangguh!

 Maka sekarang segala-galanya terpulanglah kepada Umno BN hal bagaimana yang mereka mahukan bentuk pindaan Akta 355 tersebut.

 Samada Hj Hadi setuju atau menentangnya, itu tidak akan menjadi hal kepada Umno BN kerana dalam sejarah parlimen negara kita, belum pernah usul kerajaan yang dibentangkan oleh menteri ditolak.

 Memang sejak mula lagi RUU persendirian itu adalah atas arahan PM Najib dan Timbalannya, Ahmad Zahidi sebagaimana diperakukan oleh Azalina Othman. Hj Hadi hanyalah ibarat kaldai tua yang mengendung RUU355 itu ke hulu ke hilir merata ceruk negeri tapi tak pernah bagi orang melihatnya apa sebenarnya RUU355 itu. Dan kini dia sendiri pula baru nak tengok?  
Comments
15 Comments

15 comments :

Anonymous said...

90 Juta tuh banyak , tuan hajji....

Anonymous said...

Pasai apa hang nak tengok pula draf tu bukankah hang yang tuleh dulu dan hang yang gheka untuk nak pecahkan pembangkang ha la nie hang terima la habuan baru hang tau langit tinggi rendah dimainkan UMNO nak tunjuk alim kunun tapi benda kecik macam nie pun hang kena kencin dengan UMNO.

TIMNAJIB said...

Dipenghujung usia Tun Mahathir..Allah bukakan rahmatnya supaya Tun Mahathir dapat memperbetulkan kesilapannya.

Dipenghujung usia Haji Hadi Awang pula..Allah terbalikkan rahmatnya utk Hadi Awang.

Kepada Najib Tun Razak...Allah sedang melihat kerosakan yang beliau beliau lakukan..

Dan kita sebagai Rakyat kebanyakkan..
WAJIB membuang pemimpin yang menyusahkan hidup RAKYAT.

lelaki dicermin said...

Aku rasa artikal di atas amat bagus penerangan utk rakyat malaysia yg nak tahu sikap pak lebai ini...artikal ni patut di tulis dlm bahasa mudah utk org2 kg..dan pakcik2 dan makcik2 felda baca. Tanpa rasa bersalah pimpinan pas dan walaun2 mengkafirkan org sbb ruu 355.. masa demo ruu 355 di pdg merbok.. malaysiakini byk tanya pengikut2 pas tentang ruu355.. byk bg jawapan tak memuaskan..skg baru faham.. tuang presiden ni pun tak faham juga RUU355 ni sebenarnya..walaun2 akan ckp tuang presiden ulamak besar.. apa yg di katakan.. kami percaya dan di berkhati.. skg terima lah.. nasib2 walaun2..

Anonymous said...

Assalamualaikum, Tuan Haji. Minta maaf sekiranya saya tegur sikit, tolong ubahkan tajuk yg digunakan agar lebih sopan & tak gelarkan pemimpin parti sejarah sebagai mana mereka gelarkan pemimpin Amanah dgn gelaran mengaibkan. T.kasih.

Anonymous said...

Kalau hadi tidak sokong pindaan RUU 355 yg dibawa kerajaan maka secara automatik dia menjadi kafir dan mayatnya boleh bokeh dibakar kalau ikut ajaran hindu.

Smart Pomen said...

Dari hudud ke 355. Nak laksana, bertukar tangan pulak. Bila org nak tolong, tak percaya pulak. Kenapa la ada org nak tolong jenis org mcm ni.

Anonymous said...

Baso menate lebai bengong..

Hijau Putih said...

Awat pemimpin Pas senyap sunyi pulak. Hari tu Marang kerapu belum bentang ruu dah siap label org tu org ni kapiaq/ahok kalau x sokong. Ni bila jd benda yg sama awat depa x suruh sokong. Benda yg sama jgk. Kita pun xtau apa yg nak dibentang tu. Jd walaun jgn marah la kalau ada org label kamu ahok jgk. Wallahua'alam...

Anonymous said...

Masa orang minta nak tengok draf RUU355 macam2 penghinaan dilemparkan....anjing menyalak bukit, babi dalam hutan, pengkhianat, barua dan macam2 lagi. Sekarang perkara itu dibalas sekejap sahaja, adakah layak UMNo gelarkan seperti dahulu PAS gelarkan?

Anonymous said...

90 juta woòo p laa rata ceruk manapun....janjiiiii masukkkk........

Anonymous said...

Lu sudah kena kencing ma....
Lu x layak jadi Taiko..
Gua kesian sama lu punya ank buah.. semua kena kencing hidup2 sama itu Umno... Lu ingat itu Lanun mau itu RUU... itu MP Tomboy yg mau bentang RUU pun kaki judi kt L.A... kalau Lu Pas telus.. tangkap dulu itu MP Tomboy & hukum dia Rm100k+100sebatan+30jel...

Anonymous said...

Ulamak keldai banyak dalam pas kali ni. Kencing merata rata

matakanan said...

guru saya pernah berkata jangan jadi macam kaldai hanya banyak barang diatas belakang tetapi tidak tahu apa yang dibawa hanya jadi hamba pada tuan nya.......
mungkin kerana 90juta

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ada yang minta saya tolong ubahkan tajuk yg digunakan agar lebih sopan & tak gelarkan pemimpin parti sejarah sebagai mana mereka gelarkan pemimpin Amanah dgn gelaran mengaibkan.

Dalam Al-Quran banyak teguran Allah. Allah menegur dan menceritakan perangai dan tabiat orang yang ingkar kepadanya. Allah ceritakan kebejatan Abu Lahab, Firaun, Haman, Qarun dan sebagainya. Allah sifatkan ulama dunia Bani Israil, Bal'am bin Ba'ura sebagai anjing yang menjelir lidahnya. Allah sifatkan ulama Bani Israil sebagai kaldai penanggung kitab. Macam-macam ada dalam Quran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...