Saturday, March 25, 2017

'Ibrah & Perjuangan

Oleh Ahmad Sayuti Bashiron 


  Apa itu 'IBRAH? 

Kata 'ibrah (عبرة) berasal dari kata kerja yg bermaksud seseorg itu melakukan tindakan "menyeberang" satu tepi ke satu tepi yg lain (contohnya sungai). Sebab itu juga kalimah sampan dlm bahasa 'arab disebut 'abbarah iaitu alat utk lakukan kerja menyeberang tersebut.

 Dalam Al-Quran pula Allah banyak gunakan perkataan 'iktibar yg bererti "kerja-kerja mengambil 'ibrah" dari setiap kejadian yg telah berlaku.9 Imam Al-Ghazali dlm Ihya 'Ulumiddin menyebut; 

مَعْنَى الاِعْتِبَارِ أَنْ يَعْبُرَ مَا ذُكِرَ إِلَى غَيْرِهِ فَلَا يَقْتَصِرُ عَلَيْهِ 

Makna 'iktibar adalah seseorang yg "menyeberang" dari apa yg diperingatkan kepadanya yg tidak disebutkan, kerana (keputusannya) tidak terhad kepada apa yang disebutkan sahaja. Lalu Imam Al-Ghazali membawakan contoh;

"Seseorang menyaksikan suatu musibah yg menimpa orang lainnya, maka jadilah musibah itu sbg 'ibrah buatnya. Maksudnya org itu “menyeberangkan” dirinya apa yg dilihat dan disaksikannya itu (walau tak diceritakan) padanya utk dia berkeyakinan sesuatu musibih yg sama itu boleh terjadi pada dirinya pula". Allah berfitman dlm Al-Hasr ayat 2;

فَاعْتَبِرُوا يَاأُولِي الْأَبْصَارِ
"Maka ambillah 'ibrah wahai kalian yg mempunyai 'aqal"

Ibnul Faris (329-395H / 941-1004), seorang pakar bahasa yg terkenal pernah merujuk pada ayat di atas dgn menyebut;

كَأَنَّهُ قَالَ: انْظُرُوا إِلَى مَنْ فَعَلَ مَا فَعَلَ فَعُوقِبَ بِمَا عُوقِبَ بِهِ، فَتَجَنَّبُوا مِثْلَ صَنِيعِهِمْ لِئَلَّا يَنْزِلَ بِكُمْ مِثْلُ مَا نَزَلَ بِأُولَئِكَ (معجم مقاييس اللغة 4 / 210).

Firman Allah dalam ayat 2 dlm Surah Al-Hasr yg memberikan definisi 'ibrah seakan berikut; "Kamu lihat dan saksikan apa yang Allah telah lakukan terhadap org yg telah berbuat kejahatan seperti itu (kejahatan kaum Yahudi Bani Nadhir), yg disebabkan kejahatannya itu mereka telah disiksa dgn siksaan sedemikian. Maka oleh itu, kamu jauhilah perbuatan serupa seperti perbuatan mereka itu, agar tiada siksaan yg serupa menimpa kamu sama seperti yg telah menimpa mereka itu.

Ringkasnya;

Maksud 'IBRAH ialah mengambil segala bentuk tindakan yg perlu demi mengelak sesuatu musibah, kecvelakaan atau kejadian buruk, atau pun helah jahat yg telah berlaku sebelum itu, utk kita pastikan tidak pula berlaku ke atas diri kita semula.

Selesai bab definisi.

MAKA apa pula signifikannya 'ibrah dlm kerja-kerja perjuangan politik-dakwah (siyasatud- dakwah) ini? 

Perjuangan dakwah adalah rentetan keluasan ijtihad yg dibuat secara syura utk terus memastikan setiap dakwah dan pengurusan hidup di muka bumi ini terus dipaksikan pada kebenaran dan keadilan yg Islam anjurkan. Tujuannya utk memberikan manfaat dan rahmah pada semua manusia dan makhluq.

Bila kaedah yg dipilih itu adalah "percaturan politik dan kuasa", maka kita sebagai pelakunya yg menyambung perjuangan yg telah pun dimulakan oleh para Rasul, Nabi dan generasi salasussoleh yg lebih awal, maka tidaklah sesekakli boleh kita lakukannya secara semberono atau mengikut perkiraan teory aqal kita semata.

Oleh itu Allah suka menceritakan pelbagai kisah di dalam Al-Quran, dan meminta kita gunakan kecerdikan pengalaman (atau 'ibrah) yg dah berlaku itu utk sesuatu musibah, atau kecelakaan itu (yg disebut terperangkap dlm lubang yg sama dua kali) tidak terjadi pada kita pula. Ini kerana jika sesuatu itu telah pun berlaku tetapi kita dgn sengaja membiarkan keburukan itu berulang semula, maka natijahnya adalah segala 'amal kita dilihat sbg satu tindakan bathil lagi bodoh yg sengaja mengundang kerosakan.

Juga setiap ungkapan dan perkataan kita dilihat sombong, tatkala setiap gerak-langkah kita dlm perjuangan itu hanyalah dilihat berpaksikan atas kibaran 'asobiyyah atau semangat semata. Itu pengenalannya...

( Saya bakal kupas lebih panjang isu ini dlm tulisan akan datang "Menelusuri Genapnya 3 tahun Kejayaan Umno Memperdaya Pas dengan Perangkap Hudud', yg insya Allah akan dikeluarkan dlm 4 hari lagi...) Berbalik pada tajuk akhbar ini.

Takiyuddin yg juga Setiausaha Agung Pas berkata bahawa perjuangan mereka utk RUU355 akan lebih berjaya jika pembentangan dibuat oleh Kerajaan.

[1] Permulaan saya baca, perasan yg plg mula timbul adalah betapa rasa sedih bercampur menyampah dgn kenyataan sedemikian. Bukan kerana tidak benar, tetapi kenyataan itu dibuat oleh seseorg yg sepatutnya cerdik, tetapi keputusan itu dibuat tanpa mengambil 'ibrah dari apa yg telah berlaku.

[2] Terkilan kenyataan itu disebut pada minggu genapnya 3 tahun Umno mencabar Pas, jika benar mahu laksana hudud sila bentangkan di Parlimen! Kita cukup tahu masa itu yg Umno sedang berbohong dan sedang memasang perangkap dgn jaminan "Umno akan menyokong hudud Pas jika dibentangkan di Parlimen" sebagai syarat perlaksanaan hudud di Kelantan.

[3] Kita berkata, "ambillah 'iktibar" bahawa Umno adalah pembohong besar, dan Umno tidak pernah bersikap lunak dan baik dgn pembangkang melainkan ada perangkap utk memusnahkan Pas dan dgn hasrat memecahkan PR selepas PRU13 lepas.

[4] Kita dah sebut, belum pernah RUU pembangkang dilayan dan dilulus oleh Umno/BN, maka janganlah Pas terhegeh mahukan bentang hudud dgn keyakinan bahawa "segala usaha Pas untuk bawakan hudud di Malaysia telah diterima Umno".

[5] Para pengkaji, Ahli Parlimen, dan pakar perlembagaan menyebut, jika Umno bersetuju dgn hudud, maka merekalah yg mesti bawakan pembentangan di Parlimen, kerana Pas tak ada kuasa yg cukup untuk membuat dasar di Parlimen, dan tak ada kuasa executive utk menurunkan perlaksanaan pada jentera Kerajaan.

[6] Kita berkata dgn jelas, isu hudud yg Pas teruja nak bawakan itu hanyalah berlaku sebaik Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pas diserang tatkala Hj Hadi Awang dilihat mulai khianat PR dgn meletakkan calon ke-tiga di Kota Damansara (dan beberapa kerusi lain) yg akhirnya menjadikan KeAdilan hilang satu kerusi kepada Umno Selangor. Cabaran Umno pada Pas juga dilontarkan pada masa Pas sedang bercelaruan dlm isu Kajang Move dan juga keputusan PR utk menurunkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Menteri Besar Selangor.

[7] Tanpa disangka, sebaik perangkap itu dipasang, Pas yg sebelum itu bertegas "hudud bukan keutamaan Pas/PR", dan Haji Hadi Awang sendiri memberikan jaminan "hudud tidak akan dilaksanakan selagi gaji minima belum berjaya dilaksanakan di Malaysia", tiba-tiba membuat pusingan u-turn dgn Pas menyebut "hudud darah daging kami", "hudup pejuangan Pas", "jika gagal laksanakan hudud pada 2015 saya akan letak jawatan MB", "siapa tak sokong hudud kafir", masuk jirat etc etc.

[8] Perangkap Umno itu ditebar melalui budak-budak Pemuda uyg sgt naif politik, baru pulang dari Mesir kebanyaknnya, tetapi memegang jawatan besar di dalam Pas. Dan juga melalui kepimpinan Kelantan dan Terengganu yg tidak pernah merasai ruh sebenar "tahaaluf siyasi" seperti di Selangor dan Pantai Barat. Seraya anak-anak muda dan ustaz-ustaz yg sudah menabalkan diri sbg ulamak itu menyebut "...dah Umno pun insaf dan mahu sokong hudud, inilah buktinya segala perjuangan Pas telah berjaya dan Pas jangan lepaskan peluang berharga ini".

[9] Bertebaranlah pergaduhan, cercaan, makian, pada sesiapa sahaja yg menegur dan memberikan pandangan berbeza demi mengingatkan semula Pas akan segala janji dan tujuan utama kerjasama Pakatan Rakyat tersebut diasaskan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak sekian lama. Pada masa itulah pelbagai laqab buruk atas nama bintang dan cercaan dilontarkan pada semua yg menegur itu oleh Haji Hadi Awang sendiri, yg dijadikan lesen utk ahli bawahan meneruskan cercaan itu sesama ahli.

[10] Hingga akhirnya PR sudah dilihat tidak lagi relevan oleh Pas utk melaksanakan hudud, maka Haji Hadi Awang sendiri mengambil keputusan veto berpisah dgn PR demi meneruskan perlaksanakan hudud beliau bersama "sokongan Umno" itu.

[11] Dan pada masa perpecahan itu berlaku, datanglah pula Nik Abduh yg baru naik sbg Ketua Pemuda meng"indoktrinsikan" ahli dgn ucapan - tak kisahlah Umno bohong berapa kalipun, asal Pas meneruskan hasrat laksanakan hudud, sebab baginya sekalipun jika Umno itu berbohong, keuntungan tetap datang pada Pas kerana rakyat akan berkata yg bohong (yg jahat) itu adalah Umno, sedang Pas tak rugi apa kerana Pas dilihat sbg kumpulan yg sentiasa dibohongi sahaja. Bayangkan, sampai tara itu kesesatan fikrah oleh anak-ank muda Pas masa ini!

[12] Kita berhujjah pada Pas bahawa hukumnya "adalah haram" utk Pas walau sudah diperingatkan berkaitan kejahatan Umno, tapi memilih utk meneruskan tindakan yg jelas mengundang musibah buat rakyat tersebut berdasarkan hadith Rasulullah "seseorg mukmin tidak akan melakukan tindakan memasuki perangkap yg sama untuk kali kedua...". Namun ia tidak pernah diendahkan. Ikhwah yg dirahmati!

3 tahun masa dah berlalu...

- Iltizam islah & tajdid bersama Pakatan Rakyat yg dibentuk oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan DS Anwar Ibrahim untuk Perdana Menteri itu hancur musnah oleh kesombongan dan ego.

- 3 draf hudud berbeza dan berkali dipinda dihantar ke Parlimen oleh Presiden Pas.

- Berpuluh kali sudah Pas berhimpun dgn pelbagai tanda baju dan warna bersama Umno mahu laksanakan hudud, termasuk perhimpunan raksaksa yg sia-sia di Padang Merbuk baru ini.

- Dan yg lebih parahnya. Pas yg pernah marah bila tak diberikan laluan di Parlimen, tapi sebaik 2 kali diberi laluan oleh Speaker utk bentang, tanpa disangka Haji Hadi Awang hanya mampu berucap memohon ditangguhkan 2 kali pembahasan tanpa langsung undian atau hujjah balas dilakukan.

Itulah ikhwah kehinaan yg sedang Allah tunjukkan melalui kaffarahNya apabila dasar perjuangan dibuat secara bathil dgn mengenepikan setiap 'ibrah yg berlaku.

[15] Dan kehinaan ini berterusan baru-baru ini;

(a) Pertama. Pada penangguhan RUU355 kali kedua hujung 2016 baru ini, tiba-tiba Pas mengumumkan bahawa usul Haji Hadi Awang itu bukanlah untuk hudud dilaksanakan di Kelantan! Ia hanyalah utk perkasakan Mahkamah Syariah sahaja yg selama ini dah berkali disebut sbg bidang kuasa Kerajaan yg berkuasa. Bukannya Pembangkang!

(b) Kedua, pada 18/3/2017 minggu sudah sebaik ditanya Haji Hadi Awang berkaitan hasrat Kerajaan mahu usulkan sendiri usul pemerkasaan Mahkamah Syariah ke Parlimen (bukan dlm bentuk RUU oleh Pas), terus Haji Hadi Awang berkata beliau tidak boleh menyatakan sokong atau tidak selagi belum mendengar apa yg bakal dibentangkan. Walhal selama ini dah terlalu ramai dikafir atau ditanam dlm jirat Cina, dilaknat dan dimaki-hamun hanya kerana mengungkapkan "..kita nak dengar dahulu usul hudud yg Haji Hadi Awang mahu bentangkan sebelum menyokong atau menolak".

(c) Dan kenyataan terakhir Pas di Kota Bharu semalam adalah kemuncak kecelaruan dan ciri ta'asub Pas selama ini. Gesaan kita utk Pas jangan sesekali masuk perangkap, dan biarkan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah dibawa sendiri oleh Kerajaan yg ditolak mentah-mentah sejak 3 tahun lepas, rupanya semalam Setiausaha Agung Pas pula mengiyakan apa yg kerap diberikan teguran olrh rakan PR sejak sekian lama. Inilah contohnya ikhwah,

Perjuangan yg berpaksikan semangat semata, bersandarkan kibaran 'asobiyyah (maksud hadith Rasulullah) dgn membuang segala 'ibrah dlm penyusunan strategi adalah berbuatan bathil, sia-sia, yg sebenarnya menatijahkan kemusnahan dan kecelakaan pada pelaku, masyarakat dan negara. Dan khususnya untuk Islam itu sendiri!

Bagi Pas, mereka berbangga dgn sikap itu "...biarlah kena tipu banyak mana sekalipun, asal Pas tak menipu". Mereka lupa bahawa tindakan mereka menolak 'ibrah kejahatan Umno/BN itulah sebagai sebesar-besar penipuan dan mafsadah buat semua ahli dan penyokong mereka. Dan bagi Umno itulah bentang kekuatan terakhir mereka utk terus berkuasa menjelang PRU14 kelak. Dan kita tak perlu terkejut selepas itu tatkala Pas akan terus berkata "kalah menang bukanlah matlamat Pas, kerana matlamat Pas hanyalah mahukan redha Allah sahaja...!".

Ikhwah;

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita semua yg sedar atau tidak. Dan mari, irkam ma'ana. Kerja islah dan tajdid kita sgt banyak menunggu di hadapan, dan antum adalah penentunya.

W'alam
assayuti | shah alam 24 Mac 2017
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Kena sekeh kepala ustaz2 muda pas yg tak ada kebijaksanaan dan pengalaman, cuma semangat dan nafsu serakah yg menyebabkan pas sebelum ini kuat jadi berantakan. Mungkin mrk ini sebenarnya agen2 DAP!

Hijau Putih said...

Maaf bro, awat tiba2 DAP dikaitkan sedangkan yg dicerita tentang pembohongan ameno. Jgn jadi duri dalam daging. Kalau x paham tanya, jgn buat tuduhan. Kalau buat tuduhan sekalipun, sekalikan lah dengan buktinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...