BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Thursday, March 02, 2017

Ini bukti Pas tidak layak perintah Kelantan


Kerajaan Kelantan Masih Goyang Kaki Dengan Kekalahan Dua Kes Di Mahkamah? 

Samada kepimpinan Kerajaan Kelantan kini mampu mentadbir Kelantan dengan sempurna, boleh dinilai melalui kes-kes Mahkamah yang sedang berjalan kini.

 1. Kontrak Lebuhraya Rakyat: Dae Hang Guru lawan Baldah

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan menyebelahi Dae Hang Guru dalam samannya ke atas anak syarikat Kerajaan Negeri - Baldah.

 Penamatan kontrak sepihak yang dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui Baldah diputuskan oleh Mahkamah sebagai melanggar kontrak atas ikatan yang sah dan telah termetrai.

 Jumlah bayaran pampasan akan ditaksirkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi KB kemudian. (Sila rujuk ringkasan penghakiman)

 2. Perpindahan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh Dapat Penghalangan Sementara Mahkamah Mahkamah Tinggi yang sama - hari ini membenarkan permohonan peniaga-peniaga Pasar Besar Pasir Puteh menghalang arahan berpindah ke Pasar Baru yang tidak memuaskan hati mereka. Pendengaran penuh akan berlaku pada 26 March 2017 ini. 

3. Permohonan 348 Orang Peneroka Felcra Bukit Tandak Kekalkan Enam Ekar Keluasan Setiap Peneroka Pada 26 Februari lalu, saya dipanggil memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi yang sama - terhadap satu minit arahan YAB MB pada tahun 2013 - supaya setiap peneroka dikekalkan dengan keluasan enam ekar. Mahkamah belum membuat keputusan. 

4. Kes-Kes Lain

 Difahamkan, terdapat kes-kes lain sedang dalam perbicaraan di Mahkamah-Mahkamah KB, termasuk Mahkamah Tinggi melibatkan Kerajaan Negeri atau pimpinan PAS.

 Antaranya: 

a. Saman ke atas Kijang Kuari
b. Saman balas ke atas Kompleks Perkayuan  Kelantan (KPK) 
c. Saman ke atas dua pimpinan Pas berkait sebidang tanah di Rantau Panjang 
d. Saman oleh Encik Ya’akob bin Awang ke atas Baldah dan pengurusnya 
e. Saman Orang Asli ke atas Kerajaan Negeri dan beberapa agensi

 Dan tiga kes yang lain.

 Sepanjang saya di Mahkamah, saya tidak melihat adanya mana-mana pimpinan Kerajaan Negeri memantau perbicaran kes-kes terbabit.

 Ia agak berbeza dari zaman ATGNA. Apa punca banyaknya kes-kes di bawa ke mahkamah? Kecekapan Kerajaan Negeri atau kelemahannya?

 YB Dato Husam Musa
 1 Mac 2017/2 Jamadilakhir 1438 

Lampiran

Ringkasan Penghakiman Summary of Decision by Dato Ahmad bin Bache in Civil Suit NO: MT(1) 22-NCvC-5-01/2014 involving Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) (Plaintiff) And Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (1st Defendant) And Perbadanan Menteri Besar Kelantan (2nd Defendant)

 On 28.2.2017, after approximately a 40 day trial and after hearing 16 witnesses and considering voluminous documents submitted by DHI (the successor company of Consortium Daelim JV - CDJV), the High Court in Kota Bharu made the following decision in respect of DHI’s claim for substantial loss of profits arising out of the KBKK (Kota Bharu - Kuala Krai Expressway Construction Project) project:-

 (i) DHI’s claim against D1 for general damages / ganti rugi am (compensation) for breach of contract was allowed by the Court with costs of RM 25,000.00. The Court found that there was a valid and enforceable contract between DHI and D1 and that D1 had committed a breach of this contract which entitled DHI to damages.

 (ii) The High Court ordered that the assessment of the compensation due to DHI is to be carried out by the Timbalan Pendaftar of the High Court on a date to be fixed.

 (iii) However, DHI’s claim against D2 was dismissed with costs of RM 20,000.00.9 In allowing DHI’s claim against D1, the Court also referred extensively to the documentary evidence, amongst others, the Letter of Intent dated 8.10.2012, Letter of Acceptance dated 31.10.2012, the conduct of the parties and the surrounding circumstances of the KBKK project and the oral evidence of DHI’s witnesses and held that these evidence were credible and satisfactory. Amongst DHI’s witnesses, the Court found Dato Husam bin Musa (the Chairman of D1 at the material time) and En Mohamad Zaki bin Mat (the Project Management Consultant) to be crucial witnesses whose evidence the Court totally accepted with a remark that the Court found no reason to disbelieve them.

 On the whole, the Court found that there was sufficient evidence in support of DHI’s claim against the 1st Defendant. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Itulah sombong sangat bila bercakap. Dia ingat duit kerajaan negeri Kelantan tu macam mak pak dia punya?? Baca beritanya  di sini

  Pas sebenarnya tidak layak perintah Kelantan memandangkan kemelut yang kerajaan Kelantan sedang hadapi sekarang. Ini macam pun ada hati nak perintah Putrajaya??

 Bukan calang-calang nak bayar saman tu... yang sepatutnya wang yang berjuta-juta tu digunakan untuk membantu kehidupan rakyat Kelantan yang miskin dan yang ramai masih terbiar dan terabai.

  Rakyat Kelantan toksahlah bagi undi lagi kepada orang yang macam ini. Orang gini bersepah-sepah ramai dalam Pas. Mereka lebih mementingkan diri dan puak masing-masing dengan bertopengkan agama semata-mata.

Tohoklah Pas ke laut biar tenggelam selama-lamanya! 
Comments
1 Comments

1 comment :

TIMNAJIB said...

Semasa zaman ATGNA, ramai rakyat Kelantan, org luar berminat lekat striker KEKAL. Lanie...PRU 14, akan ramai rakyat Kelantan dan org luar akan tepek striker TUKAR!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...