GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, March 12, 2017

ISU BAIAH DAN DEDAK RM90 JUTA : HUSAM SEDIA DISAMAN


   DS Husam Musa menyokong seratus peratus usul Pas Tanah Merah dalam mesyuarat agungnya supaya membawa individu yang melanggar sumpah taklik dan baiah ke Mahkamah Syariah.

 Menurut Husam, beliau sendiri telah menyarankan perkara yang sama sewaktu berucap di Meranti disebelah pagi sebelum Pas Tanah Merah mengusulkan perkara tersebut.

 Husam cabar kerajaan Kelantan supaya mengheret ke mahkamah syariah setiap orang yang dianggap telah melanggar baiah, termasuk sekali Dato Ibrahim Ali, orang pertama sekali yang melanggar baiah.

 Menurut Husam, Ibrahim Ali walaupun bukan ahli Pas, tetapi dia bertanding atas tiket Pas dan telah mengangkat baiah sama sekali dengannya pada 2008. Tetapi setelah menang, Ibrahim Ali telah keluar menjadi MP Bebas.

  "Kalau Pas tak berani bawa sama Ibrahim Ali ke mahkamah, adik kakak tak usah pakailah Pas ini!" kata Husam.

 Husam seterusnya mencabar exco agama Dato Nasarudin, Ust Ahmad Yaakub, Menteri Besar supaya usul Pas Tanah Merah itu diterima dan membawanya ke Mahkamah Syariah

 “Biar mahkamah syariah tentukan, samada baiah Pas ni sah atau tidak sah!” tegas Husam.

 Husam juga mahukan Pas menentukan pendiriannya mengenai pendirian Timbalan Ketua Dewan Ulama Kelantan, Dr Johari Mat yang merupakan ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis kerana tidak pernah membantah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis bahawa talak ta’liq tidah jatuh ;

 Fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Negeri Perlis baru-baru ini adalah bertentangan dengan pendirian exco agama negeri Kelantan, Nasarudin yang mengatakan talak ta'lik Pas itu adalah sah.

 Ternyata ada pertelagahan pandangan antara Dr Johari Mat dan Nasarudin dalam isu talak ta’liq ini. Husam cabar Pas Kelantan supaya membuat pendirian samada menyebelahi pandangan Timbalan Ketua Dewan Ulama Kelantan, Dr Johari atau Exco Agamanya, Nasarudin

 Mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengenai tuduhan Pas terima RM90 juta dari Umno, bahawa Pas sedang semak dan telah serah kepada lujnah undang-undang Pas untuk saman Dato Husam tapi makan masa sikit… Husam dengan sinis berkata, makan masa semacam… Hok Sarawak Report dah 3 bulan belum lepas….

"In Shaa Allah ambo tidok sekali-kali akan berkecek atas ggapo-ggapo isu selagi ambo tidok ado bukti kukuh. Ambo sedia disaman dan dibowok ke Mahkamah pado bilo2 maso dan ambo sudoh bersedia untuk menampilkan beberapa individu yang boleh disapina di Mahkamah yang buleh membantu menyokong pembuktian dalam perbicaraan di Mahkamah kelak" tegas Husam.

  Husam dengan berani menuduh Pas terima dedak RM90 juta dari Umno dan cabar Pas mengheretnya ke mahkamah syariah kerana kononnya telah melanggar baiah Pas. Pas jangan tunggu lagi. Jangan pongpang pongpang sahaja yang lebih. Kalau Pas yakin berada di pihak yang benar, segeralah sambut cabaran Husam diatas.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Semua org nak tahu knp tuang presideng bermati2 nak cover utk najib, sedangkan najib berselaput dgn mcm2 skandal termasuk 1mdb. Ini mesti ada udang disebalik mee.

Anonymous said...

berani kerana benar.

Anonymous said...

bila dengar cakap berani mati husam, ulamak pas dah tersedak sebab mulut dah penuh dgn dedak

Anonymous said...

Pas parti fanatik, takbur dan bongkak. Klu dh xmampu nk mentadbir, bagilah peluang pada parti lain. Jangan syok sndiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...