SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

RAYA PAKATAN

RAYA PAKATAN
JOM BERSAMA RAYA

Wednesday, March 01, 2017

Kelantan ditimpa bala silih berganti : Dimana silapnya?


 Apalah malangnya nasib Kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh Pas dengan membawa slogan "Membangun Bersama Islam", tapi ditimpa bencana buruk silih berganti sejak kebelakangan ini.

 Kes saman Lebuhraya Rakyat Dae Hanguru vs Baldah Toyyibah yang keputusannya berpihak kpd Dae Hanguru adalah salah satu daripada 10 kes-kes saman sedang menunggu dibicarakan di Mahkamah.

  Menurut blog SMO ada 9 lagi kes anak syarikat membabitkan kerajaan negeri Kelantan sedang menghadapi pertimbangan mahkamah. 

  Kesemua kes-kes saman itu membabitkan ketidaktelusan atau pun engkar janji oleh anak syarikat kerajaan negeri dengan beberapa pihak yang mana setengah diberikan tender atau kontrak tetapi ditarik balik tanpa jalan penyelesaian sewajarnya.

  Ketidaktelusan atau pun engkar janji oleh anak syarikat kerajaan negeri tentu terasa sangat pelik bunyinya kerana tidak berlawanan sekali dengan slogan "Membangun Bersama Islam"!

 Masalah yang menimpa mangsa-mangsa banjir masih belum dapat ditangani dengan sewajarnya. Ramai keluarga mangsa yang masih merempat tanpa mendapat bantuan perumahan untuk didiami.

 Masalah dengan hak-hak komuniti Orang Asli yang dicabul oleh kerajaan negeri yang masih belum dapat diatasi.

 Masalah pembalakan yang berleluasa di hutan-hutan simpan yang menyebabkan bencana buruk banjir kuning dan banjir selut baru-baru ini.

 Semuanya ini sudah tentu mengingatkan kita kepada ayat Allah dalam sura Al A’Raf ayat 96 :

 Yang artinya: “Jika sekiranya penduduk suatu negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami melimpahkan pada mereka berkah dari langit dan dari bumi. Tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

 Dalam ayat tersebut Allah SWT berjanji kepada mahlukNya, akan melimpahkan berkah dari langit 

 Hujan yang menyuburkan tanaman-tanaman termasuk balak telah diperkosa oleh penguasa dengan sewenang-wenangnya hingga menjadi asbab banjir.

 Hujan yang sepatutnya merupakan rahmat, tetapi bertukar sebaliknya seolah-olah suatu bencana yang Allah turunkan kepada Kelantan.

 Kemudian dari dalam bumi Allah memberikan Kelantan minyak... Tetapi walaupun pemimpin-pemimpin Kelantan berbaik-baik dengan Umno Hak Royalti minyak masih dinafikan oleh Umno!

 Ayat tersebut menegaskan pada kita tentang kekuasaan Allah menentukan hukuman terhadap manusia. Bila manusia beriman dan bertakwa, mengikuti peraturan yang ditentukanNya, dan berbuat baik, niscaya diturunkan rahmat dari langit dan dari bumi.

 Tetapi bagaimana semua gejala buruk sebegini boleh berlaku waima Kelantan ditadbir oleh orang beriman dan takwa? 

 Dimana silapnya? Janganlah salahkan DAP pula...
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Akan berkata lah Malaun Malaun berserban 5 kilo.itu adalah takdir Allah.selagi DAP masih bersekutu dgn Pakatan sebab tulah Bala menimpa Kelantan.puuutuuiiihhhh

Anonymous said...

kata walaun yg cerdik sikit (betul ke cerdik????) "betul tu, bukan salah dap tapi salah pan dan husam"

tersengih aku dan hanya mampu berkata "ini la padahnya bila ketaksuban mengatasi kewarasan"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...