GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 14, 2017

Kerjasama Pas-Umno yang Mohd Amar cuba nafikan

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Pas menolak kerjasama politik dengan Umno, tetapi bekerjasama dengan Umno BN dalam isu melibatkan kepentingan agama, negara dan masyarakat.

Molek berterus terang macam nih, tak
payah nak berselindung....
Inilah kenyataan yang mahu memperbodohkan dirinya sendiri dan para pengikutnya yang taksub. Umpama seorang badut, Mohd Amar cuba berselindung disebalik lalang sehelai, tidak mahu dilihat Pas dan dirinya  yang sedang berpeluk mesra dengan Umno.

Pas mahu dilihat dirinya sebagai parti pembangkang, konon-kononnya Pas tetap lawan Umno. Konon-kononnya Pas tidak ber'UG' dengan Umno.

Tetapi hakikatnya, Pas tidak pernah sehaluan bersama pembangkang dalam tindakannya.

 Pas mengaku mengamalkan politik matang dan sejahtera tetapi sebenarnya ia adalah sebuah parti yang bercelaru.

Buktinya dapat dilihat bagaimana Pas lebih galak menyerang Pakatan Harapan terutamanya DAP dan Amanah tetapi berlunak dan bermesra dengan Umno.

Pas bukan berdepan dengan DAP dalam mana-mana pilihanraya. DAP bukan ancaman kepada PAS di negeri-negeri seperti Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis. Tetapi mengapa Pas siang malam asyik menyerang DAP?

Pas secara tradisinya berlawan dengan Umno di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Tetapi peliknya Pas tidak serang Umno walaupun ramai pemimpin-pemimpin Umno terjebak dengan beberapa salah laku dan skendal rasuah.

Sikap Berkecuali Pas mengembirakan Umno BN

Selain Mat Maslan, Hj Hadi juga
menyokong GST!
Pas mengambil sikap berkecuali da­lam usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rah­man seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu 8 Mac lalu.

 Dalam Bajet 2017, sebelas Ahli Parlimen Pas tidak mengundi atau berkecuali pada undian belah bahagian di Dewan Rakyat.

 Pada sidang DUN Perak, PAS berkecuali dan tidak mengundi bagi memilih speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru.

 Dan setelah 5 hari berdebat, ketika proses undi bajet negeri untuk 2017, 3 orang ADUN PAS iaitu ADUN Gunung Semanggol, Titi Serong & Selinsing tidak mengundi.

 PAS berkecuali terhadap Deklarasi Rakyat ditaja oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

 Pas bukan sahaja berkecuali dengan kebangkitan arus perdana rakyat yang menuntut pilihan raya bersih melalui himpunan BERSIH 5, malah mencerca dan menghina kebangkitan rakyat yang mahukan pembaharuan.

 Tingkahlaku parti PAS yang memilih untuk berkecuali dalam beberapa hal diatas itu memberi mesej yang cukup jelas bahawa mereka tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 Pas lebih suka dilihat berkecuali dalam banyak pekara bila melibatkan kepentingan Umno BN. Sudah tentu tindakan Pas ini sangat mengembirakan Umno BN.

PAS memisahkan Islam dan Politik
Inilah yang Mohd Amar cuba nafikan
Bukankah tujuan berpolitik sepatutnya untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik sebagaimana tuntutan agama - Waltakum minkum ummatuy yad'una ilal khoir, wa ya'muruna bil ma'ruf, wa yanhauna 'anil munkar. Wa ulaaika humul muflihun. 

 Artinya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung. (QS 3 Ali 'Imron ayat 104)

Jadi bagaimana bekerjasama dengan Umno BN dalam isu melibatkan kepentingan agama, negara dan masyarakat tanpa melibatkan kerjasama politik?

Tanpa kerjasama politik mana mungkin nak dapatkan kuasa untuk melaksanakan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan agama, negara dan masyarakat. Pening memikirkan.

Saya teringat akan kata-kata almarhum TGNA dahulu ketika baru dapat jadi MB Kelantan. Lebih kurang maksudnya begini : Selama ini kita hanya mampu bercakap di masjid-masjid dan surau sambil bersandar ditiang-tiang... tapi bila kita dah ada kuasa, dapatlah kita lakukan apa yang kita selalu cakapkan itu dengan kuasa yang ada...

Tidak mungkin Datuk Mohd Amar mahu memisahkan politik dengan agama, negara dan masyarakat.

Politik Matang Pas

Lagi pengakuan kerjasama dengan Umno...
Pas sememangnya memerlukan kerjasama politik dengan Umno untuk mendapatkan sedikit kuasa.

Apa yang digembar-gemburkan sebagai 'Politik matang Pas' sebenarnya ialah mengadakan lawan tiga penjuru supaya undi pembangkang terutamanya undi Melayu Islam berpecah dan Umno menang akhirnya.

 Pas hanya bertujuan untuk menguasai Kelantan, Trengganu, Kedah dan Selangor saja, manakala lain-lain negeri biarlah Umno/BN perintah. Itulah harapan Pas dan cita-cita Pas menolong Umno untuk terus kekal berkuasa.

Politik pelacuran...mahu kemut keliling!
 Menurut kenyataan terbaru Hj Hadi, Pas mahu bertanding 40 kerusi parlimen dan dengan kemenangan sebanyak itu, mana-mana pihak tidak dapat menubuhkan Kerajaan Pusat tanpa penglibatannya untuk berkongsi kuasa.

Perkara seperti itu pernah juga dinyatakan oleh TITM tapi ketika itu dia sebut hanya 20 kerusi sahaja...

 Kalau Pas betul-betul nak lawan Umno , Pas mesti setuju dan bekerjasama dengan pembangkang lain seperti Pakatan Harapan supaya lawan tiga penjuru yang akan menguntungkan Umno dapat dielakan.

 Kalau Pas betul-betul nak lawan Umno, Pas mesti bersunggoh-sunggoh menuntut hak Royalti rakyat Kelantan. Pas harus mengiktiraf dan bekerjasama dengan NGO 'R' yang  berterusan  berjuang menuntut Royalti.

  Moga rakyat, terutamanya rakyat Kelantan semakin celik dan cedik dengan gaya politik Pas ini. Janganlah lagi diberi peluang kepada Pas meneruskan kelaku buruk mereka seperti mana yang sedang berlaku sekarang ini hingga terbit istilah-istilah seperti 'Membalak Bersama Ulama' , 'Seret Balak Dengan Serban..'. Semua ini tidak pernah kita dengar semasa almarhum TGNA mengemudi Kelantan. Sila baca kenyataan Mohd Amar di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Yang herannye Muhyiddin Yasin dengan Azmin Ali masih nk Berjinak jinak malah berlembut dengan PAS.andaikata 2 susuk Tubuh ni jadi calon aku harap Pengundi di kawasan depa ni jangan ler memangkah 2 susuk calon ni sebab depa ni Duri Dalam Daging dalam Pakatan Harapan.

Faizal Zainal said...

Macam moe pon ade

Anonymous said...

Pas selalu kata mereka amalkan politik matang. Tapi yang hairannya politik matang pas hanya bersama umno. Dengan rakan pembangkan lain kenapa tak matang. Bukan semua hal pun pas umno sehala dan bukan semua hal pun pas dan pembangkang tak sehaluan. Umno hanya menggunakan peluang untuk pecahkan pakatan pembangkang yang akhirnya umno bn menang selesa dalam pru14 nanti. Benda boleh fikir, tapi pas telah mengkhianati harapan rakyat untuk jatuhkan umno. Cuma ada satu cara saja iaitu jatuhkan pas sama spt jatuhkan umno.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...