PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, March 28, 2017

MAT SABU DIBERI KEPERCAYAAN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Oleh Wfauzdin Ns 


  Apabila Mat Sabu, Presiden Amanah diberi kepercayaan utk memPengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, membuktikan kepercayaan kuat Pakatan Harapan terhadap Parti Amanah yg belum pun sampai usianya 2 tahun.

Semalam, Ketua Pembangkang, Kak Wan tidak dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden kerana mengalami sedikit masalah kesihatan. 

Keadilan diwakili oleh Timbalan Presiden, YAB Dato' Seri Azmin Ali, Dap diwakili oleh Lim Kit Siang, PPBM diwakili oleh Pengerusinya Tun Dr Mahathir dan Amanah oleh Mat Sabu. 

Pimpinan2 Kanan dari keempat2 parti juga turut hadir.

 Mesyuarat yang diPengerusikan oleh Mat Sabu semalam adalah mesyuarat penting dan bersejarah kerana secara resminya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disahkan menjadi rakan di dalam Pakatan Harapan.

Turut dicapai di dalam keputusan mesyuarat semalam adalah PH akan bertanding di dalam PRU14 dengan menggunakan satu logo sahaja.
Comments
1 Comments

1 comment :

TIMNAJIB said...

Steady Abg Mat Sabu.

Walaupun...walaunta ramai tidak menyukaimu...kamu, seorg yg hebat. tidak bercita2 mahu hidup mewah dan berkereta besar.

Demi Rakyat dan Negara Abg Mat !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...