SELAMAT HARI LEBARAN

SELAMAT HARI LEBARAN
SELAMAT HARI LEBARAN

Thursday, March 16, 2017

Menubuhkan dan sertai Parti Amanah kerana mereka faham & masak apa itu Politik Islam

Oleh Aminolhuda Bin Hassan

Sebentar tadi saya menerima wassap di bawah yang dihantar kepada saya oleh seorang Ustaz yang begitu rapat dengan saya sejak diawal saya menyertai PAS awal tahun 1980an. 

 Ustaz ini masih bersama PAS tetapi tidak memutuskan Ikatan silaturahim sesama sahabat lamanya. Moga ianya menjadi panduan dan pegangan kepada kita yang berjanji untuk menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman melalui politik Islam:

Katanya; Yang aku lihat, terutama kawan2 & sahabat2 dalam Parti Amanah Negara yg datangnya dari Pas.

Majoriti mereka ini aktivis politik yg cukup istiqamah, aktif dan progresif semasa dlm Pas. Majoriti mereka ini orang lama, bukan orang baru 2-3 tahun sertai Pas, tapi 20-30 tahun.

Bukan kebetulan bekas Pimpinan G18 yg juga 20-30 tahun pengalaman. Jadi, majoriti mereka ini faham dan masak apa itu Politik & Politik Islam.

Jika yg baru sertai Pas 2-3 tahun pun saya cukup yakin, mereka faham & masak apa itu Politik & Politik Islam. Bahkan yg belum pernah sertai mana2 parti politik, tapi sentiasa memerhati kronologi politik Islam, mereka faham apa itu Politik & Politik Islam.

Disebabkan mereka faham & masak apa itu Politik Islam lah, maka mereka menubuhkan dan sertai Parti Amanah. Parti yg 'sama' dengan Pas, iaitu mengambil Islam sebagai Dasar Perjuangan.

Mereka bukan kecewa kerana G18 tewas di Muktamar. Mereka ini bukan golongan pemakan 'Dedak' atau ghanimah dari G18. BUKAN.

Mereka ini kumpulan yg benar2 berani mengambil resiko, kumpulan yg independent tanpa kebergantungan kpd mana2 pemimpin. Kumpulan yg cekal dan progresif.

Kumpulan ini mahu membawa dimensi Politik Islam yg sederhana, relevan kpd keperluan politik semasa.

Sebenarnya, mereka tiada masalah dengan Pas. Tapi mereka 'bermasalah' dengan Kepimpinan Baru Pas, yg mengambil pendekatan politik yg cukup keras, tiada diskusi, diplomasi dan kompromi. Kepimpinan 'Diktator' atas alasan Agama, tetapi menolak pandangan/hujah Agama yg tidak selari dengan mereka, 'Hollier than thou'.

Kerana itu, salah satu sebab mereka meninggalkan Pas.

BUKAN SATU Keputusan yg mudah! Bolehjadi ia antara salah satu keputusan yg SANGAT BERAT dibuat dlm hidup mereka.

Mereka BUKAN PENGKHIANAT PAS. Sepanjang belasan & puluhan tahun bersama Pas, mereka tidak pernah mengkhianati Perjuangan Pas.

Mereka melihat Politik itu sebahagian dari Syariat. Perkara yg boleh memberatkan amalan kebaikan di akhirat kelak.

Mereka sebenarnya Istiqamah menentang 'kezaliman' pemerintahan.

'Jihad paling utama, berkata benar di hadapan pemimpin yg zalim'.

Semoga mereka diredhai dan diberkati Allah swt. Aamiiin.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Hanya jauhari yg mengenal manikam

TIMNAJIB said...

Termasuk aku.

Aamiin ya rabbal alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...