BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Thursday, March 16, 2017

PAS AKAN SAMAN SR!

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

Sudah 6 bulan kata nak saman, baru nak lancar
tabung biaya kos saman?
1. Pihak pertama yg dedah Pas terima RM90j ialah SR. Husam hanya perkukuh fakta bahawa transaksi berlaku melalui akaun di Affin Bank. Sehingga kini, SR tidak berundur drpd dakwaannya dan sedia disaman. Husam juga sanggup ke mahkamah utk kes ini.

2. Jawapan menteri, bahawa SPRM tiada bukti Pas terlibat bukan muktamad. Adakah siasatan sudah menyeluruh? Sanggupkah menteri BN menjawab, memang SPRM ada bukti Pas terlibat? Jika itu jawapannya, Najib dan Umno juga terheret. Bodoh benarlah menteri mengheret PM terlibat dgn kes ini. Jika itu jawapannya, terjun tingkaplah menteri itu. 

3. Jawapan itu tidak menyucikan Pas. Bahkan menambahkan lagi keyakinan umum, memang Umno dan Pas sama-sama terlibat. Jawapan menteri menjadi bukti, Pas tukang makan, Umno tukang hulur umpan. Mulut Pas sudah terjangkit kail Umno. Nak telan tak lepas, nak luah tak boleh. 

4. Cara utk Pas bersihkan diri ialah saman SR. Soalnya, jika Umno turut terlibat, sanggupkah Pas saman? Takkanlah Pas nak gigit jari Najib yg masukkan duit ke dalam koceknya? RM90j sudah terima, mustahil Pas akan khianati Najib dan Umno. Bukankah Pas parti Islam? Parti Islam tidak khianati kawan...! 

5. Pada tahun 2007, Pas saman Mirror Daily (MD) apabila akhbar itu kaitkan Presiden Pas sekarang dgn pengganas. Pas menang bergaya. Presiden Pas bergambar girang bersama Hanifa dan Dr Dzulkefli di London. Cepat saja Pas saman, tanpa ragu-ragu, tangguh-tangguh dan berduit jenuh pula. 

6. Kenapa dalam kes SR, masih tangguh, nak kumpul duit dulu, padahal dakwaan SR sama teruk dgn dakwaan MD kpd batang tubuh presiden Pas yg sama? Pas tak cukup duit, tak ada peguam handal, tak tahu nak berurusan? Ini mustahil. Bukankah Pas semakin hebat selepas singkirkan kelompok Anwarinas? 

7. Jawapan kepada semua soalan itu ialah, Pas 2017 bukan Pas 2007. Pas dulu berani saman sebab konsisten lawan Umno. Pas kini tak berani saman sebab sudah makan kail Umno. Kalau saman juga, alamat 'miss syorula...', kata anak-anak muda. 

8. Tapi, saya yakin Pas akan saman SR. Mungkin selepas aryuyu disokong oleh menteri Umno atau kes baiah talaq tiga sampai ke mahkamah. Semua itu akan berlaku selepas kucing bertanduk tiga atau harimau berkaki lima.
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Kalau tak cukup kutipan Pah akan berkata pulak akan Saman lepas PRU 14 sebab Pah dah tawan 5 Negeri Katanye dlm Mimpi Mat Jenin.sebelum ni pung cakap dah berbelit belit.pada yang TOTOK PAS silakan keluarkan Pitih untuk menampung kos Guaman kalau tak bagi nanti akan jatuh TALAK 3 Korang dengan BINI Korang nanti.hhehehe.Baghal

Hijau Putih said...

Bosan dan menyampah dah tgk kenyataan mcm ni keluar selalu tp pi mai pi mai tang tu jgk. Q7 boleh beli, xkan xleh huluq sikit. Nak harap ahli bawahan jgk. Cerita dia bukan duit x cukup tp selagi marang kerapu sepunten marang sekeper tu x bg amanat sbb x buat istikhoroh lg, selagi tu la org no 2 ka, no 3 ka no apa2 ka dalam parti tu xleh buat apa. Wallahua'alam...

Anonymous said...

nk saman pun minta derma ka?
pi la minta duit kt En audi & Tn Guru porche

Anonymous said...

Lebai2 temberang..

Smart Pomen said...

Nak saman minta derma. Kalau la ditakdirkan menang saman tu. Kalau la menang. Duit menang saman tu nak kongsi dengan yg keluar derma ke.

Faizal Zainal said...

Kalu saman... tak asyuk lagi le jawabnya.... 90M mana mana man
Telo mana telo mana telo mana
Ke dah digigit anjing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...