GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, March 12, 2017

PAS BERJUANG ISLAM?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 


 1. "Pas mengajak rakyat kpd Islam...!" Demikian kata seorang pemimpin Pas. Kalimah Islam secara umum dan borong dijadikan tagline utk menghalalkan apa saja tindakan Pas termasuk mengkafirkan, menerakakan, memusuhislamkan sesiapa saja yg mereka anggap tidak 'Islam' mengikut acuan mereka. 

2. Hakikatnya, sesiapa saja boleh mengaku mengajak kpd Islam termasuk Daesh dan Khawarij, bahkan dahi kedua-dua golongan itu lebih hitam drpd dahi org Pas. Adakah mereka lebih Islam drpd orang Pas? Atau Pas belum cukup Islam mengikut acuan Daesh dan Khawarij? 

3. Penggunaan kalimah Islam secara umum dan borong itu dijadikan pil pelali dan berjaya mewujudkan kelompok taksub kpd Pas dan pemimpinnya. Pemimpin Pas buat apa pun termasuk beli gelaran datuk, beli kereta mewah, beli plat sedigit, pentaksubnya tak kisah sebab itu semua demi perjuangan Islam. Kuda perang, kata mereka. 

4. Sampah bersepah, exco sibuk hal bai'ah, bukit gondol, longkang tersumbat, negeri meleset, orang asli ternafi hak... semuanya tak mengapa dan dibiar saja kerana negeri ini negeri Islam dan kita berjuang Islam. Kata mereka lagi, biarlah kita susah di dunia, asalkan kita bahagia di akhirat kerana kita berjuang Islam. 

5. Orang yg tidak bersama Pas pula, w/pun mereka buat baik di dunia, mereka tak dapat apa-apa di akhirat sebab mereka tidak berjuang Islam. Di akhirat, syurga utk kita sebab kita berjuang Islam. Amalan org yg tak berjuang Islam Tuhan tolak. Biarlah apa pun orang kata, kita mesti bersama perjuangan Islam. 

6. Sampai ke tahap itu pil pelali disuntik ke dalam saraf otak pentaksub Pas. Hanya dgn satu kalimah saja iaitu Islam, tetapi secara umum dan borong. Kalimah itu pun dijaja ke sana-sini dan orang yg malas berfikir pun mengangguk dan bertakbir. Sesekali poket diseluk dan keluarlah not RM1 demi perjuangan Islam. 

7. Orang yg pentaksub anggap tidak berjuang Islam akan dilabel liberalis atau pendokong Islam liberal setaraf Nurcholis Majid di Indonesia. Bahkan ada yg dilabel sekularis penyambung pemikiran Ali Abdul Raziq dan pendokong Kamal Atarturk. Golongan ini wajib ditentang lebih-lebih lagi apabila mereka bersekongkol dgn DAP, musuh Islam, juga agen Israel di negara ini. Demikian labelan pentaksub Pas kpd orang yg tidak sealiran dgn Pas. 

8. Itulah padahnya apabila Islam difahami dan dilihat dari satu sudut pandang saja iaitu sudut pandang aqidah yg ditanggapi secara literal. Padahal, wajah Islam yg Rasul wariskan kpd umat ini bukan begitu keras dan kelam. Islam adalah cahaya, ajarannya lembut, dlm keras ada rahmah, dlm hukuman ada pembelaan bahkan dlm peperangan ada kasih-sayang. 

9. Tapi Islam yg dibawa oleh pentaksub Pas penuh dgn kebengisan, permusuhan, seolah-olah umat ini berada dlm medan Badar 24 jam. Seolah-olah Nabi hanya berperang saja dgn non Muslim, tiada langsung damai dan santunan kasih-sayang. Seolah-olah ayat al-Quran semuanya ayat perang dan hukum, ayat aqidah, ayat bunuh orang, tiada langsung ayat kasih-sayang, hormat-menghormati, memberi dan menerima, tolak ansur, bercumbu-mesra...! 

10. Berjuang Islam cara Pas yg didokong oleh pentaksubnya tidak akan membawa Islam kemana-mana, bahkan wajah Islam akan comot dan dibenci. Ini bukan salah Islam atau Tuhan yg menurunkan Islam, tetapi salah sekelompok orang yg mengaku berjuang Islam tetapi jahil dgn pengertian Islam yg sebenar serta taksub dgn kelompok yg mendakwa berjuang Islam, padahal hanya mengambil Islam sehawa nafsu mereka. 

11. Islam yg dibawa oleh Nabi tidak seperti Islam yg didokong dan dibawa oleh pentaksub Pas. Nabi berkasih-sayang, menghormati, mendengar, memberi, merai, menyantuni semua orang termasuk orang yg bermusuh dgn baginda. Bahkan, syariat al-Quran membenarkan org lelaki Islam mengahwini wanita Yahudi dan Nasrani, dlm keadaan al-Quran juga pernah mengisytiharkan Yahudi dan Nasrani adalah kelompok yg tidak akan merestui umat Islam sehingga agama mereka diikuti. 

12. Jika begitu ajaran al-Quran, Islam apa yg dibawa oleh Pas yg menjadikan non Muslim musuh Islam 7 hari seminggu? Nabi berperang tetapi Nabi juga berdamai. Islam apa yg dibawa oleh Pas apabila isytihar 'perang' 30 hari sebulan dgn non Muslim? Sudah tentu ini bukan Islam sebenar kerana Islam mengasaskan hubungan sesama manusia atas premis damai bukan bermusuh. 

13. Islam menghormati dan memuliakan manusia tanpa ambilkira agama. Manusia yg dihukum oleh Islam adalah manusia yg benar-benar jahat yg melakukan kejahatan secara terang-terangan dan mengancam keselamatan orang lain. Orang yg mencuri kerana lapar, berzina kerana jahil, minum arak secara tertutup, Islam membebaskan mereka drpd hukuman hudud. 

14. Islam mana yg Pas ambil apabila ingin laksanakan hudud dgn mengenepikan usaha pembasmian kemiskinan tegar dan pembasmian kejahilan? Wajarkah org yg bersalah dihukum dlm keadaan dia tidak tahu kesalahan yg dibuatnya itu suatu kesalahan? Oh, kesalahan j/raya ramai org tak tahu itu salah tetapi dihukum juga? Hal hukuman kesalahan j/raya, tak boleh disamakan dgn hal hukuman yg berjalan dlm Islam. Sedangkan Allah tidak mengazab org yg tidak sampai kpd mereka ajaran Rasul, takkan Pas lebih berhak drpd Allah utk menghukum org yg jahil tentang kesalahan yg dibuatnya? 

15. Banyak lagi yg berselirat dlm kepala Zola utk ditulis, tapi Zola dah tak larat lagi. Lain kali Zola sambung tajuk, apakah Islam yg dibawa oleh Pas dan pentaksubnya, yg turut disokong oleh Umno adalah Islam dlm wajahnya yg bersih lagi murni. Sesiapa yg tak setuju boleh komen tapi jgn menghina. 

16. Nanti, apabila rajin Zola tulis lagi sambil pakai topi pulak... ha ha ha ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

PAS Kelantan tak akan laksana hudud...sebab kalau laksana...pimpinan PAS lah orang pertama kena potong tangan.

Banyak kes2 penyelewengan balak dari kerajaan PAS sendiri.

Anonymous said...

Terbaik..

Anonymous said...

Pemimpin pas menyembunyikan jenayahnya disebalik serban dan jubah. Alangkah hinanya. Berdoalah semua agar golongan ini diberi kesedaran di atas salahlaku mereka. Kembalikan kegemilangan pas sprt zaman ATGNA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...