GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, March 22, 2017

PERINGATAN KEPADA YANG LUPA TERMASUK DIRI SENDIRI.

 Bagaimana ada orang yang memutuskan tali persaudaraan dan menganggap dosa itu sangat kecil sedangkan rasulullah SAW pernah bersabda :

 لا يدخل الجنة القاطع
 Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silatulrahim) 
(HR Bukhari dan Muslim)

 Kita melihat ada segelintir masyarakat yang amat mudah memutuskan hubungan silatulrahim kerana berbeza pendapat, lebih2 lagi berbeza parti politik yang melibatkan Pas dan Amanah, dengan parti lain boleh bekira, kecuali zaman dulu2 yang melibatkan orang2 tua antara Pas dan UMNO di kemuncak isu politik suku agama suku dan kafir mengkafir.

 Sejarah ini nampaknya berulang kembali akhir akhir ini akibat perpecahan dalam pas yang membawa kepada tertubuhnya parti Amanah dan lebih parahnya lagi bila wabak RUU 355 melanda parti tersebut. Ambo mohon menjauh diri dan dilepaskan oleh Allah Taala daripada sikap yg buruk dan amat membahayakan masyarakat dan aqidah ini.

 Di antara hak2 sesama Islam yg semakin dilupakan akibat perbezaan parti ialah beri salam, bertegur sapa, senyum, ziarah terutama ketika sakit atau kematian, memenuhi jemputan dll. ~ Che Ibrahim Mohamed

Horas Ayer Tawar : di perak ni pun ada berlaku..kdu pas perak sidek noor tak nak menyambut salam ustaz ahmad awang...Allah nak tunjuk perbuatan dia tu malam tu bawa kereta nak pi ceramah kat sg besar accident...memutuskan siratul rahmi seolah mutuskan rahmat dari Allah...wallahuwaklam

Che Ibrahim Mohamed : Di Kelantan sudah ada jemputan terpilih untuk kenduri kahwin, kawan baik pun, kalau lo ni masuk Amanah, tk akan dijemput ke majlis kenduri pemimpin Pas

Komen al-Husseyn :

Sunguh sangat menyedihkan bila kita mengetahui akan ancaman bagi orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan namun kita tidak menghiraukan akan ancaman tersebut.

 Memutuskan silaturrahim ini menjadikan diri seseorang itu sentiasa acuh-takacuh dengan apa yang terjadi kepada saudaranya sesama muslim.

 Diantara penyebab orang memutuskan tali persaudaraan adalah adanya sengketa pemahaman/masalah yang terus di biarkan berpanjangan.

 Merasa diri sendiri paling benar dengan apa yang dilakukan tanpa mahu berbincang  untuk mencari jalan penyelesaian.

 Kesan bagi orang yang memutuskan tali persaudaraan adalah permusuhan, hingga ketika ia berpisah (memutus silaturahim) maka ia akan berusaha melupakan segala sesuatu yang pernah dialami bersama orang yang ia putus tali persaudaraannya.

Na’uzubillah…. 
Comments
4 Comments

4 comments :

TIMNAJIB said...

Tuan Admin(Husseyn).

Kebanyak kan Pemimpin/Ustaz PAS..Mereka hanya belajar, mengajar, dan mendengar sahaja. apabila keluar dari Masjid...mereka TIDAK mempraktik kannya dalam kehidupan harian..dunia nyata. Mereka banyak ber imaginasi dalam dunia khayalan.

Anonymous said...

Siapa yg bertanggungjawab keatas amanat hj hadi? Siapa yg bertanggungjawab keatas apa yg berlaku skrg? Nama tu juga. Fikir2kan

Anonymous said...

Sebenarnya islam tu penyambung silaturrahim tp pas memutuskan silaturrahim.pas sendiri sudah x ikut cara islam paling asas.jom kwn2 kempen tolak pas/umno next pru.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Kebanyak kan Pemimpin/Ustaz PAS.Mereka hanya belajar, mengajar, dan mendengar sahaja. apabila keluar dari Masjid...mereka TIDAK mempraktik kannya dalam kehidupan harian..dunia nyata. Mereka banyak ber imaginasi dalam dunia khayalan.

Itulah yang biasa kita dengar : "Cakap tak serupa bikin!" Bhawa hal perbuatan atau tingkah laku seseorang itu akan lebih memberi kesan daripada hanya berkata-kata. Kalau hanya bekata, burung tiong pun boleh lancar berkata-kata bila dilatih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...