GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, March 01, 2017

PH, PPBM bincang agihkan kerusi hari ini


SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertemu esok (hari ini) bagi membincangkan pengagihan kerusi di kalangan 4 parti pada pilihan raya umum akan datang.

 Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ia akan diadakan di pejabat Amanah. “Buat masa ini 4 sahaja, kita jalan terus,” katanya.

 “Lepas ini kita nak selesaikan manifesto, jawatankuasa bersama dah ada, kemudian kita nak bincang strategi bersama, mesej bersama dan program bersama.”

 PH dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Pada 13 Disember lalu, gabungan itu secara rasmi membentuk pakatan pilihan raya dengan PPBM bagi memastikan satu-lawan-satu melawan Barisan Nasional (BN).

 Awal bulan ini, PPBM mengadakan mesyuarat bersama PAS tetapi tidak berjaya memutuskan kerjasama antara mereka.

 Saifuddin berharap persefahaman dan kerjasama yang jelas membabitkan PH dan PPBM dapat diwujudkan. “Apa isi kandungan persefahaman? Kita nak masuk pilihan raya ke-14, nak lawan Umno-BN secara istiqamah dan jatuhkan mereka seterusnya membentuk kerajaan yang baru di Malaysia.

 “Kerjasama dan persefahaman mestilah sebelum dan selepas pilihan raya. Ini persefahaman yang kita kena muktamadkan,” tegasnya.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...