GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 03, 2017

RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya


  Tolonglah jangan gagalkan hajat Dr Maza mahu berdebat dengan Tok Lebai Marang kamu itu. Walaun sepatutnya menggesa Hj Hadi supaya berani tampil dan berdepan untuk menyahut cabaran Dr Maza.

  Inilah peluang Hj Hadi untuk menjelaskan kepada mereka yang menyanggah cadangan pindaan Akta RUU 355. Kenapa mesti menolaknya?

  Bukankah Allah sendiri menggalakan supaya diadakan perdebatan atau berhujjah demi menyeru ke jalan Allah? Jelas sekali firman Allah dalam perkara ini.

{ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين} (125) سورة النحل

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

 Perdebatan ini sudah tentunya akan memberi pencerahan dan huraian mengenai cadangan pindaan Akta 355. Inilah yang sepatutnya Pas lakukan; bukan dengan membuat himpunan yang sia-sia di padang burung tempohari.

 Adalah amat malang sekali apabila Dr Rora terima cabaran at-Takiri yang mahu berdebat dengan sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan cadangan pindaan RUU 355, tiba-tiba muncul malaun mencadangkan supaya at-Takiri berdebat dengan Dr Maza.

 At-Takiri sepatutnya tidak berdalih dan lari dari cabarannya sendiri bila Dr Rora telah menerimanya dengan menghantar wassap dan surat tanda bersetuju. Sudah pun ada pihak yang sanggup menyediakan tempat dan keperluan untuk menjayakan perdebatan tersebut. hanya menunggu kata putus persetujuan dari at-Takiri sahaja.

  Dan bila Dr Maza kata dia lebih minat berdebat dengan Hj Hadi sendiri dalam isu tersebut, macam-macamlah pula walaun cuba untuk menghalangnya dari terjadi.

  AJK Pas cadangkan Hj Hadi jangan terima cabaran Dr Maza. Tapi yang agak kelakar ada yang perli suruh Dr Maza masuk 'Raja Lawak'.

  Walaun semua beranggapan Hj Hadi tu hebat sangat ilmunya hingga orang lain seperti Dr Maza tidak setaraf untuk berdebat dengan Hj Hadi tokoh olamak taraf donia dan lebih besar ?? 

 Kah! Kah! Kah! Saya dulu sewaktu jadi walaun pun turut beranggapan begitu juga. Pada anggapan saya (dulu-dululah...) Hj Hadi ilmunya sangat luar biasa hebat! Terlalu hebat ilmu Hj Hadi pada pandangan saya ...

  Tapi realitinya, Hj Hadi nampak hebat sebab dia bercakap sorang-sorang sahaja diatas pentas. Dia tidak pernah berforum atau berdebat dengan orang lain selama ini...Maka nampaklah dia hero sangat!

  Yang sebenarnya, Hj Hadi tidak sehebat mana pung... kita boleh nampak bagaimana Hj Hadi menggelabah beruk dalam dewan  bila selesai sahaja membacakan usul dengan tergagap-gap, Yang Dipertua Dewan, Pandikar Amin meminta Hj Hadi menghuraikan RUU yang dibacanya itu tadi.


 "Yang berhormat, ini, bila pasti Yang Berhormat hurai dulu.... Kalau Yang Berhormat hurai sekarang boleh, kalau Yang Berhormat hurai dimasa akan datang pun boleh... dibawah peraturan mesyuarat 15(5). Mana satu? Saya mesti minta kepastian..." kata Pandikar Amin. (Pandikar Amin dah tolong selamatkan Hj Hadi tu...)

 Hj Hadi terus mengelabah tak keruan.Dia tercari-cari skrip yang nak dibacanya .... Walhal skrip yang perlu Hj Hadi ucapkan itu pendek dan ringkas sahaja.....

"Tuan Yang Dipertua, saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut mesyuarat 15 (5)"

 Kalau nak cakap itu pun Hj Hadi kena berpandukan skrip, bayangkanlah bila hujjahnya disanggah oleh lawannya nanti???

  Kalau walaun tidak percaya , buktikanlah kepada kami semua kehebatan Tok Lebai Marang kamu itu. Tolong jangan halang perdebatan antaranya dengan Dr Maza. Tolong desak Tok Lebai Marang kamu itu terima cabaran Dr Maza.

 Apakah walaun semua tidak mahu melihat dan membuktikan kepada kita semua bagaimana kehebatan sebenar Tok Lebai Marang mereka ini dengan berdebat dengan Dr Maza?? 
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Walaun kene kencing di pak lebai marang mereka terap bertakbir... TAKBIR!!!!!!!kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sebaiknya mat Asri debat dengan PROPESER hadith.

hj Hadi graduan undang undang -takde apa ybaru
akan dipelajarinya dari Mat Asri

Salam

Wak korok

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sebaiknya mat Asri debat dengan PROPESER hadith.

hj Hadi graduan undang undang -takde apa ybaru
akan dipelajarinya dari Mat Asri

Salam

Wak korok

wijaya kezuma said...

Dr Roza la bukan Dr Rora..hihi..

TIMNAJIB said...

Admin dulu pun walaunta juga ye..hehehe...

benar, Hadi Awang bukan nya hebat sangat. tidak pernah pun, nampak beliau berdebat? kalau ceramah dan kuliah pernahlah saya hadir.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Wak Korok, yg nak dibincangkan ialah cadangan pindaan Akta355. Mereka masing-masing ada hujjah mereka yg selama ini hanya berkisat di media sahaja.Eloklah dibahaskan bersama dan ini akan memberi penjelasan kpd kita semua mengenainya samada patut disokong atau ditolak

Anonymous said...

Maranglah org yg beranggapan hj hadi ilmuan yg hebat. Apa kitab dia yg dirujuk seluruh dunia(spt kitab2 Sheikh Qardawi)? Dia cuma cult hero dikalangan walaun pas sj. Tgk cara dia jawab bila disoal oleh wartawan. Very embarassing. Nak debat jauuuuh sekali. Nanti masuk IJN sekali lg.

Anonymous said...

Dr RORA la- ROzaime Ramle. follower dia yg panggil dr rora.

daud ali said...

Orang yg yakin, benar dan merasa adanya sifat bertanggungjawab terhadap apa yg dia perjuangkan, akan sahut peluang debat begini dgn rasa bertuah dan bersemangat sekali.
Kalau tolak la, bererti membuktikan sebaliknya.
Para pengikut tu jgn ambil kira sangat, mereka tak pandai menyoal...semua diterima bulat2.
Sedangkan Rasulullah saw pun pernah sahabat tanya 'adakah ini wahyu atau pendapat Rasulullah saw sendiri '
Mungkin pemimpin pas dah berjaya menjadikan pengikut mereka berwala 100% kpd mereka tampa soal......?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...