BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Thursday, March 30, 2017

RUU355 : Sedondon dlm cara berpakaian dan pembohongan

Sedondon dlm cara berpakaian dan pembohongan
 Kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

  Mudahnya Najib mahu berlepas tangan - Dia suruh Tok Lebai Marang urus semula RUU355 dengan berkata ia bergantung kepada keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat?

 “...Terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia) untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat),” katanya.

 Katanya kerajaan menyerahkan kepada Pandikar Amin untuk menentukan kedudukan RUU itu, sama ada akan dibentangkan atau tidak, berdasarkan kepada peraturan dewan.

 Bukankah enakmen pindaan Akta 355 itu dideraf dan digubal melalui Jawatankuasa Teknikal bersama Umno-Pas? Dan bukankah Umno berjanji akan memberi laluan mudah bagi pembentangan cadangan pindaan RUU355 itu?

 Nampak sangat kuat mohongnya! Bukan Najib seorang saja yang kuat mohong, Tok Lebai Marang yang kena mohong dengan Najib itu pun kuat juga mohongnya! Mereka bukan sahaja sedondon cara berpakaian, malah sedondon juga dalam cara memohong!

Bukankah Hj Hadi sebelum ini mendapat 2 kali laluan untuk membacanya di Parlimen atas arahan PM Najib dan Timbalannya, Zahid Hamidi ?

 Tetapi Tok Lebai Marang ini kerana tersangat tenginnya. Pertama tatkala dia membacakan usul tersebut, dia dengan teragak-agak seperti budak tadika baru pandai membaca!

 Dan apabila Speaker minta Tok Lebai Marang memberikan huraian mengenainya, memang nampak sangat tenginnya kerana dia jadi menggalabah dan berserabut, tercari-cari kertas dailog; walaupun hanya untuk mahu menyatakan ayat mudah dan ringkas, "Yang diPertua, saya minta usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut mesyuarat 15.5"

 Memang tidak akan kemanalah RUU355 ini kalau tidak mendapat restu dan redha Najib! Speaker Dewan hanya umpama robot yang remote controlnya ada di tangan Najib.

 Samalah juga dengan Tok Lebai Marang, Najib hanya arahkan dia baca setakad itu saja dan suruh Tok Lebai minta tangguh.

 Ramai yang memperkatakan bahawa Tok Lebai Marang ini hanya mengikut skrip Umno kerana melihatkan gelagat dan cara dia membacanya yang merangkak-rangkak, ucapannya tidak selancar dan sefasih di kala dia berucap dipentas-pentas ceramah atau kuliah.

  Namun Tok Lebai Marang tetap cuba mahu menafikannya - dengan berbohong bahawa penangguhan itu tiada kaitan dengan Umno, katanya. Dia ingat orang ramai tengin sangat macam dia??

 Cer kalian tengok vdonya  di sini dan pastinya kalian boleh buat penilaian sendiri.

  Dan hari ini Ketua Penerangan parti Tok Lebai Marang, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya masih bersedia untuk membentangkan dan membahaskan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta - lebih dikenali dengan singkatannya RUU355 Melayu - ". bila-bila masa" 

 "PAS sudah bersedia untuk membentangkan pindaan kepada Akta 355 dan akan bersedia untuk membentangkan dan berdebat pada bila-bila." katanya dalam satu kenyataan.

 Itulah saja yang parti Tok Lebai Marang mampu buat. Hanya rethorik sekadar untuk menipu para pengikutnya sendiri.

 RUU355 ini yang pada mulanya digembar-gemburkan sebagai 'Hudud', hanya menjadi alat politik semata-mata dan dijaja di segenap penjuru negara apabila pilihan raya menjelang tiba. Lebih malang lagi, enakman ini akan kembali dipetisejukkan dan dilupakan sebaik sahaja pilihan raya berakhir.

 Kalau benar Tok Lebai Marang mahukan melaksanakan Hudud dan Qisas, kenapa tidak dilakukan terlebih dahulu di negerinya sendiri, Terengganu yang mana Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M telah diluluskan oleh Dun Terengganu pada 7 Julai 2002 sewaktu Pas perintah Terengganu?

Enakmen itu juga telah diperkenan oleh Sultan Terengganu pada 2 September 2002 dan disiarkan dalam warta pada 25 September 2002 serta telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003. Baca lengkap  ~ di sini

Namun kenapa pelaksanaannya tertangguh sejak 15 tahun yang lalu?? Mana Tok Lebai Marang? Mana kamu?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Bebudak TUA dua tuh hanya menipu diri mereka saja , dan SEKSA KUBOR menanti mereka bila KIOK saja.....

Bagi chan hidup sampai seratus tahun KIOK jugak nanti.

TIMNAJIB said...

Sedih aku...Hadi Awang dipermainkan Umno sebegitu bodoh.

Marah aku...sebab, Hadi Awang tidak boleh berfikir...

Letak jawatanlah Hadi Awang dalam politik! kamu telah merosak kan keindahan Islam.
berehat dan jadi Imam di Masjid Rusila lebih aulia.

Anonymous said...

Drp jadi pemimpin parti islam yg mulut selalu maki hamun orang islam dengan pelbagai gelaran amat2 hina dan mengkafirkan orang islam lain, adalah berjuta2 kali lebih baik duduk di pondok mengajar ilmu dan mengaji kepada kanak2 yg belum baligh.

Anonymous said...

Percayalah hadi xkan letak jwtn. Malah makin ego dan bodoh sombong..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...