GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 28, 2017

Seminar mengenai almarhum Tok Guru Nik Aziz tak salah

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin


  Beberapa orang daripada keluarga mantan Menteri Besar Kelantan iaitu almarhum Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat dilaporkan telah membuat laporan polis ke atas parti Amanah di Pengkalan Chepa. Laporan polis yang dibuat itu diketuai oleh Ahli Parlimen Pair Mas dan beliau diiringi oleh beberapa orang anak dan adinda Almarhum.

 Isu laporan polis itu adalah berkaitan dengan cadangan seminar yang ingin dibuat oleh Amanah berkenaan dengan almarhum.

 Dilaporkan juga berita yang Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga tidak teragak agak untuk menyaman Amanah jika terus menggunakan nama almarhum.

Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel ini kerana isu laporan polis dan hasrat nak menyaman itu, bagi saya, ada kaitan dengan isu undang -undang.

Dengan lain perkataan , adakah Amanah telah melakukan jenayah kerana ingin menganjurkan seminar mengenai almarhum sehingga satu laporan polis perlu dibuat untuk meminta polis menyiasat perkara tersebut.

Dari perspektif undang undang, bila laporan polis dibuat, wujudnya satu anggapan bahawa suatu jenayah telah dilakukan. Maka polis perlu dilibatkan sama untuk menyiasat jenayah tersebut.

Begitu juga tentang hasrat ingin menyaman Amanah. Ia juga ada kaitan dengan undang -undang. Bila kata nak menyaman Amanah, para peguam akan bertanya adakah wujudnya apa yang dikatakan " kausa tindakan" ( cause of action ) untuk saman Amanah kerana nak adakan seminar mengenai almarhum Tuan Guru?

Dengan penuh hormat kepada keluarga almarhum Tuan Guru tersebut, bagi saya, tindakan Amanah untuk mengadakan seminar mengenai almarhum tersebut bukan satu jenayah. Ia juga bukan satu kesalahan dari segi undang undang yang membolehkan Amanah untuk disaman.

Bagi saya, tindakan membuat laporan polis itu dan hasrat ingin menyaman itu tidak lebih daripada hanya satu gempak politik semata- mata. Maka, sebagai penasihat undang undang Amanah, saya akan nasihat parti untuk teruskan seminar tersebut.

Mungkin Ahli Parlimen Pasir Mas tidak sedar dengan tindakan beliau dan beberapa orang lagi tersebut membuat laporan polis dan nak saman Amanah, ia tidak secara langsung membantu Amanah mempromosi seminar itu secara percuma. Jika ramai yang akan hadir dalam seminar itu nanti, Amanah kena ucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Pasir Mas yang tentunya sedang sedih kerana baru sahaja tewas dengan teruk dalam pemilihan di peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Sebenarnya ramai orang pelik dan hairan mengapa laporan polis dibuat ke atas Amanah kerana nak buat seminar mengenai almarhum.

Sepatutnya bila ada pihak ketiga ingin buat seminar mengenai almarhum supaya orang ramai tahu bagaimana pemikiran almarhum , keluarga almarhum yang buat laporan polis itu sewajarnya berbangga. Maknanya ada orang yang ingat jasa almarhum. Yang lebih baik lagi Ahli keluarga tersebut turut serta menyertai seminar tersebut.Bukan buat laporan polis atau nak saman.

Mengadakan seminar mengenai Tok Guru adalah satu bentuk kebebasan bersuara dan berekspresi yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Bila melibatkan hak dan kebebasan dalam Perlembagaan , itu bukan kerja polis untuk siasat. Dan itu juga bukan juga kerja Ahli Parlimen Pasir Mas nak saman.

Nasihat kecil saya kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, berilah tumpuan untuk saman Sarawak Report dan berubahlah jadi macam almarhum ayah yang terus lawan Umno/BN sampai mati. ~ sumber
Comments
6 Comments

6 comments :

TIMNAJIB said...

Nik Abduh dapat bertanding parlimen sebab jasa ATGNA. apabila sudah menjadi MP...duduk dalam dewan parlimen pun tiada fungsi, hanya tersengih diam kesipuan. apabila, sudah tiada fungsi...gerenti lah...undang2 pun Nik Abduh tak tahu.

Cadangan dan nasihat aku pada Nik Abduh, hadir lah ke seminar pemikiran ATGNA tu.. kalau nak jadi sebagai pembentang pun boleh. kalau, Amanah tersasar...barulah buat laporan.

Harap, Nik Abduh..jadi jate dehh !

Anonymous said...

Saya sentiasa mengingati kebijaksanaan TGNA bekerjasama dgn DAP walaupun DAP menentang hukum hudud.

mohd faisal said...

Dah keluarga x bagi hormat la skit... klau pun nak buat biar la ngo... kata profesional bagai.. jg hati balu atgna..

Nobody said...

Salam En. Faisal,

Yang PAS aka PIGS tu guna nama Husam buat ceramah Husam lari ada hormat ke kepada dia dan keluarga dia???

Pakai nama Husam tak beri dia mempertahankan namanya sendiri bukan kurang ajar ke namanya???

Orang yang bertanya soalan dalam majlis tu hampir kena pukul itu bukan perangai syaitan ke???

Kalau geng walaun lebai buat kita buat je program tu. Apa masalah??? Bukannya langgar undang-undang!!! Bukannya syirik pun!!!

Lagipun perwakilan Pas Johor dalam muktamar Pas yang lepas mengakui mereka sendiri bodoh!!!

Takkan kita nak ikut cakap orna yang bodoh kot??? Biarlah orang bodoh ikut cakap orang yang bodoh macam exco agama kelantan terlolong-terlalak tapi taklik dengan talak pun tak tahu beza!!!

Pas dah tak ada orang lagi cerdik ke nak jadikan exco sampai budak tak lulus periksa tulah diambilnya???
Siapa nak ikut orang yang bodoh maka bodohlah dia!!!

Anonymous said...

Haha.. walaun Lobai 37 undi. Pemikiran dan jasad Tok Guru Nik Aziz mana satu hak keluarga yang hidup ni? Takkan pemikiran pon kena paten jadi hak parti Pas kot? Belajar Pondok mana Lobai 37 undi ni? Konon lepasan agama dari India takkan kecek supo Tamil Lobai 37?

Syazmall Wan said...

Bkn nya kita nk mengutuk arwah tgna...kita selidik n kaji kebijaksanaan politik almarhum tgna..kita nk mertabatkn pemikiran awah tgna sebagai pedoman...cuma yg jd penghalangnya nik abduh ank nya yg kebetulan duk dlm pas dan tidak seteru dgn amanah. X payah tunjuk bodoh kt alam maya.. nanti org kampng x ngaku kwn..bodoh sudah...tp jgn bodoh sgt..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...