GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, March 26, 2017

Seminar Pemikitan TGNA : Riaksi Nettizen


Beberapa respon nettizen terhadap laporan polis yang dibuat oleh keluarga ATGNA yang diketuai oleh Nik Abduh.

1) Ulamak itu pewaris para Nabi, dan Nabi Muhammad sholallahu 'Alaihi Wasallam itu diutuskan bagi rahmat sekalian alam. Menghalang dan menafikan penggunaan nama ayahandanya bagi kebaikan umat islam itu secara tidak langsung, keluarga Nik Aziz (Nik Abduh) menafikan dan menidakkan bahawa ATGNA itu bukanlah seorang ulamak pewaris para Nabi, dan juga bukan pengikut Sunnah Nabi Muhammad sholallahu 'alaihi wasallam iaitu pembawa rahmat bagi sekalian alam. Adakah ATGNA itu Ulamak Suu' ??? Nampaknya, begitulah yang dimahukan oleh Nik Abduh dan ahli-ahli PAS juga sekalian para Walauns.. Sekian ~ Saddam Tingkap Ori

2) Beberapa anak arwah tok guru nik aziz buat report polis kerana pmimpin Amanah sering memuji kpimpinan dan kbijaksanaan arwah bahkan nak buat seminar pmikiran tok guru. Apa yg ditakutkan? Kalau mereka buat cerita tentang keburukan atau fitnah thadap arwah tok guru, boleh lah keluarga bertindak.

 Peliknya, waktu pmimpin umno dulu kutuk dan hina arwah sehingga kencing gambar arwah, tidak pulak mereka bertindak seperti ini. Waktu itu mat sabu paling kuat hentam umno bila umno hina arwah tok guru.

 Bayangkan kalau anak2 ulamak dunia seperti yusuf qordhawi dan yg lain2 tu buat report juga kerana byk pmimpin pas yg guna nama ulamak2 ini termasuk nama tok peti utk modal politik pas.

 Dia guna boleh....org lain guna tak boleh. Itulah lebai.....~ Wfauzdin Ns

3) GENG PAS HAJI HADI MARAHKAN AMANAH, TUDUH KATA KHIANATI PERJUANGAN TOK GURU NIK AZIZ. Tetapi bila AMANAH hendak jelaskan apa itu pemikiran politik Al Marhum Tok Guru Nik Aziz, melalui "Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Aziz", PAS Haji Hadi meroyan sakan. Sampai report polis melalui proksi ~ Khairudin Damhoeri

4) KETAWA SORE

 Hahaha... nak ketawa kuat aku baca berita tentang keluarga Nik Aziz buat laporan polis terhadap Amanah yang hendak buat seminar menggunakan nama bekas MB Kelantan itu.

 Hahaha.. Subhanalah, kenapa sampai bodoh begitu sekali. Hahaha...dah habis modal ke?

 Kalau pun nak cover kekalahan di depan tangga sendiri pun, carilah helah lain. Sebelum ini aku, sorry saya tak rasa "secemar" itu, tetapi dengan aksi terbaharu ini bau busuknya dan kedangkalannya mencecah ke Khutub Utara.

Hahaha... weh, kalau tak bagi orang sebut dan pakai nama bapak, patenkan nama NIK AZIZ, itu di jabatan paten negara. Bila sudah dipatenkan sesiapa pun tidak boleh sebut dan tidak boleh pakai kecuali anak beranaknya sahaja.

 Setahu saya nama Nik Aziz bekas MB Kelantan belum dipatenkan lagi.

 Inilah kalau dikatakan tidak bijak, marah. Dikata Lebai Malang murih. Nik Aziz jadi MB Kelantan, sesiapa pun boleh guna namanya.

 Boleh sebut namanya. Nik Aziz bukan hak keluarganya yang tidak boleh disebut dan dipanggil oleh sesiapa. Dia sudah menjadi bahan sejarah yang boleh dikaji oleh sesiapa sahaja.

 Belum ada dalam sejarah sejak saya mengikut perkembagan politik negara, berasa lucu dan sebodoh tindakan pihak keluarga bekas MB itu. Moga Najib Razak tidak berbuat hal yang sama ke atas nama Tun Razak. Trims. ~ Mohd Sayuti Omar II


5) WACANA PEMIKIRAN BAIK 

1. Seseorang tokoh meninggalkan dua bentuk pemikiran iaitu pemikiran yg baik dan pemikiran yg menyeleweng. Pemikiran yg baik elok diwacana dan disebarkan sbb ia adalah ilmu yg bermanfaat. Pahala pemikiran yg baik mengalir terus utk pencetusnya selepas wafatnya apabila pemikiran itu diterjemahkan dlm bentuk amalan oleh orang lain.

2. Pemikiran yg buruk wajar dihentikan dan dibetulkan utk manfaat orang ramai dan pencetus pemikiran itu sendiri selepas wafatnya. Tokoh-tokoh pemikir dlm kalangan umat ini mengkritik dan membetulkan pemikiran tokoh-tokoh sebelum mereka, dan hasilnya pemikiran yg baik berkembang dan pemikiran yg buruk boleh disekat.

3. Antara pemikiran yg sangat jelik ialah pemikiran takfiri. Pemikiran ini memecahbelahkan umat dan merosakkan agama. Jika penvetus dan penyebar pemikiran ini masih hidup, dia mesti melakukan islah dgn menarik balik sebarang ucapan, amanat atau apa saja perkara yg membantu perkembangan pemikiran buruk itu.

4. Contohnya, Amanat Hj Hadi. Sebelum wafat, Abdul Hadi mesti menarik balik ucapannya yg dinaiktaraf oleh pentaksubnya sebagai amanat yg dikenali dgn Amanat Haji Hadi. Itu. Begitu ramai orang yg telah menderita bahana amanat ini, dulu dan kini.

5. Sementara pemikiran baik Nik Abdul Aziz usahlah dihalang utk diwacanakan oleh sesiapa saja. Dengan wacana itu, pemikiran baiknya boleh diterjemahkan dan seterusnya diamalkan dan pahalanya mengalir terus utk beliau.

6. Hadis tentang pahala ilmu yg bermanfaat ini dibaca oleh Nik Abduh. Tapi sayang, disebabkan dia sendiri tidak ada pemikiran baik utk diwariskan kpd umat, dia halang pemikiran baik ayahnya sendiri dimanfaatkan.

7. Cerdikkah tindakan Nik Abduh? ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

6) TERIMA KASIH NIK ABDUH REPORT POLIS, MAKIN RAMAI PULA YG BERTANYA DAN NAK JOINT SEMINAR PEMIKIRAN NIK AZIZ

 Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Aziz: Terima kasih Nik Abduh kerana turut mempromosikannya. Al-Quran menegaskan, “Barangsiapa yang dianugerahi hikmah, maka ia telah dianugerahi kebajikan yang banyak”

 Rasulullah juga menyebut: “Hikmah adalah milik orang mukmin yang hilang, dimana saja dia menemukannya, maka ia berhak mengambilnya.” (HR. Tirmidzi)

 Hikmah mempunyai banyak erti. Di antaranya yang dapat kita rumuskan, hikmah itu bermaksud kebijaksanaan, pendapat atau pemikiran yang bagus, pengetahuan bermanfaat, falsafah dan kata -kata yang bijak. Almarhum Tuan Guru batang tubuhnya adalah hak milik keluarganya, kita menentang sekiranya seminar mengenai batang tubuhnya dianjurkan oleh mana-mana pihak selain diatas kehendak keluarganya, adapun AMANAH anjurkan ini adalah seminar pemikiran.

 Sebagai Murabbi Ummah, pemikiran dan hikmah kebijaksanaan Tuan Guru Almarhum adalah hak milik ummah, maka wajarlah pemikiran dan hikmah Kebijaksanaan itu diwacanakan dan dikupas agar ia tidak tercicir begitu sahaja tanpa dimanfaatkan ummah.

 Terima kasih AMANAH kerana menganjurkan seminar ini. CnP ~ Muhammad Radzi Ismail
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Biarkan mereka buat laporan tu pabila sudah ada kes dan dibawa kemahkamah baru kita tahu siapa yang lebih bodoh dari yang lebih bodoh kita rasa Almarhum tidak pernah beritahu selepas dia tiada didunia fana ini namanya tidak boleh digunapakai untuk memanjangkan keilmuan beliau pada jenerasi yang sedang dahagakan ilmu itu jadi biarkanlah mahkamah buat keputusan mungkin mahkamah akan jadikan bahan rujukkan dimasa akan datang sebabnya sejarah tidak pernah salah dengan fakta sebagai contoh nama almarhum pendita ZA'BA namanya masih harum sehingga kini dengan keilmuannya bah digunakan oleh pelbagai jurusan rujukkan hinggakan orang politik pun merujukdengan ilmu beliau.Bodoh tak boleh ditegur cerdik tak boleh diikut inilah rupanya anak seorang ulamak yang kita segani semasa hayatnya.

NIK ADUUH said...

seminar pemikiran tg nik aziz - jadikn tauladan

seminar pemikiran nik abduh - jadikan sempadan

Anonymous said...

Nik bduh dah tak keruan sbb dia kalah teruk dlm pemilihan di p chepa. Itu sbb dia bertindak mcm org gila khinzir. Chill, mcm org muda skrg kata.

Anonymous said...

Rupa-rupanya seluruh keluarga Nik Aziz tidak suka TG Nik Aziz...maklumlah almarhum tak sukakan kemewahan dan sanjungan. Mgkin selama almarhum hidup, anak2nya tak dapat nak kecapi kemewahan...takut bapak marah.

Anonymous said...

Assalam..kalau dah benda elok pun nak dihalang, apa lagi yang nak diharapkan lagi dengan puak2 ni. Satu pengiktirafan yang baik untuk arwah ayahanda pun mereka sanggup buat laporan polis untuk menghalang. Sungguh malang pemikiran waris2 ATGNA. Ya Allah Ya Tuhanku..lapangkanlah dada mereka untuk menerima kebaikkan dan kebenaran.

TIMNAJIB said...

Sebenarnya, Nik Abduh ni..masih kebudak2kan. kalau diberi peluang boleh minum susu budak 1- 6 thn..beliau akan minum tanpa segan silu hehehe...

Cuba kalau Umno yang anjurkan pemikiran Tuan Guru Nik Aziz? agak2nya, Nik Abduh buat laporan polis tak...? gerenti.. beliau tidak akan buat laporan.

Nik Abduh oohh Nik Abduh...Ana sungguh kesian sama Enta lah..

Anonymous said...

Ni biut nama nya.org puji nik aziz dia xsuka pulak..kang org kutuk nik aziz nt cmne plak agaknya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...