BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, March 08, 2017

Tunggu apa tunggu? Cepatlah saman Sarawak Report dan Husam!



  Apabila DS Husam dalam satu ceramahnya mendakwa mempunyai butiran berkaitan pengaliran dana itu yang menurutnya disalurkan ke akaun di Affin Bank, maka pada hari esoknya Tuan Ibrahim Tuan Man serta merta melenting lalu menafikannya.

"Ini fitnah yang berniat jahat seperti yang dibuat oleh Sarawak Report, yang kini tertakluk kepada tindakan undang-undang.

 "PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau (Husam Musa) seperti yang kita lakukan terhadap Sarawak Report," katanya dalam laman Facebook beliau.

   Tetapi reaksi Tok Lebai Marang apabila ditanya oleh wartawan mengenai pendedahan Husam tersebut, bunyinya sangat pelik. Tok Lebai Marang tidak kelihatan segarang timbalannya, TITM yang mengugut mahu saman Husam.

 Tok Lebai Marang kata Husam sengaja tidak mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sebab itu mendakwa parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta.

 “Saya rasa dia tak mahu tanding PRU akan datang. (Jadi) dia buat begitulah.

 “Kalau bawa mahkamah (jadi) benda bohong, (bila) kalah tak boleh tanding dalam PRU. (Kalau) tak nak tanding beritahu senanglah,” katanya.

  Husam menyifatkan kenyataan Tok Lebai marang itu kelakar. Ada juga netizen cadangkan To Lebai Marang tu masuk Raja Lawak...

"Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” kata Husam.

 Husam turut meminta Abdul Hadi menyatakan pendiriannya untuk meneruskan saman tersebut atau tidak.

  Lepas itu Pas senyap sepi, hanya berani tuduh Husam buat fitnah, tapi tak berani saman.

 Kini setelah hampir 7 bulan berlalu, sejak 13 Ogos 2016 lagi, Tok Lebai Marang janji nak saman Sarawak Report maka keluar pula kenyataan dari at-Takiri Somi.

 At-takiri kata, PAS akan meneruskan saman terhadap Sarawak Report dan penasihat Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan Datuk Husam Musa.

  Begitulah lucunya Parti Auta Sokmo PAS. Apa yang At-Takiri nyatakan kali ini mengingatkan kita tentang apa yang pernah Setiausaha Agong Pas, Takiyuddin umumkan pada 25 Oktober 2016 lalu, nak hantar surat saman kepada editor Sarawak Report.

Tetapi rupa-rupanya ikut pengakuannya, surat tu hanya dihantar pada 13 Disember yang baru lalu .... alahai!

 Menurutnya lagi, surat itu bagi tempoh tujuh hari  kepada Clare supaya menarik semula tuduhan tersebut.

   Tetapi Sarawak Report selamber jer keluarkan kenyataan :
Sehingga hari ini, kami boleh mengesahkan bahawa Parti PAS belum lagi memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report.

 Dua bulan lalu, seorang ahli parti telah mengutus surat yang ditulis oleh seorang peguam, mendakwa dia telah difitnah dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika kita tidak memenuhi permintaan tertentu dalam seminggu.

 Walau bagaimanapun, apabila seminggu telah tamat dia tidak mengambil tindakan sebagaimana yang dia telah ugut.

 Membayar seorang peguam untuk menulis surat adalah tidak sama dengan mengambil tindakan undang-undang. Untuk menekankan fakta ini peguam itu merujuk suratnya sebagai surat tuntutan menurut protokol pra-tindakan fitnah.
 Tunggu apa tunggu? Takkanlah sampai berbulan-bulan hanya buat kenyataan nak saman! nak saman?

Teruskanlah menipu wahai Parti Auta Sokmo!Walaun memang tengin sunggoh sebab masih mahu percayakan Tok Lebai Marang!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...