GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, March 31, 2017

Umno tidak boleh dipercayai, kata PAS

Oleh Zulkifli Sulong
Isu RUU355 dibawa Hj Hadi seumpama nyawa PAS dan
segala-galanya dibuat untuk menjayakannya termasuk
 berbaik dengan Umno yg selama ini menjadi musuh ketat.
– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mac, 2017.
PAS menyifatkan Umno parti tidak boleh dipercayai ekoran tindakan Perdana Menteri Najib Razak tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 walaupun timbalannya sebelum ini berjanji berbuat demikian.

 "Sah Umno tidak boleh diharap untuk membela Islam. Nak bentang RUU355 pun tak berani," kata Naib Presiden PAS, Iskandar Abdul Samad dengan nada marah dan kecewa ketika memberikan ulasan awal tindakan Najib itu. 

 Bagi Iskandar, kepimpinan Umno dalam Barisan Nasional (BN) paling lemah sejak ia ditubuhkan kerana sentiasa dicabar. 

 "Apa tunggu lagi wahai ahli-ahli Umno," kata Iskandar melalui Facebooknya dengan cuba menarik ahli Umno yang mahu RUU355 itu dibentang bersama PAS. 

 Kenyataan Iskandar itu disokong Pengarah Penerangan Pemuda PAS Selangor, Ahmad Hakimi Othman dengan menyifatkan Umno bakal berpecah. 

Bagi beliau, menolak secara total RUU355, pasti merugikan Umno. 

"Keputusan membelakangi cadangan timbalan perdana menteri Malaysia," tulis Hakimi yang disiarkan Harakahdaily, lidah rasmi PAS. 

 "Mungkin juga ini peluang pemimpin lain mengganti Najib sekiranya ugutan pemimpin MCA, MIC, Gerakan tidak diendah. 

 "Apakah, akan ada pembersihan Umno lagi selepas ini?" tulis beliau yang dipercayai dirujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengumumkan kerajaan akan membentangkan sendiri RUU355. 

Cadangan Zahid ini disokong parti Islam itu melalui Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hassan yang berkata sepatutnya ia dibentangkan oleh kerajaan sejak awal. 

 Kembali ke pangkuan pembangkang 

 Apakah PAS akan kembali ke pangkuan pembangkang dengan penolakan Najib terhadap mereka ini? 

 Bagi penganalis, tidak sekali-kali. Ini kerana PAS perlu menjaga maruah mereka yang menolak untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah serta parti yang bersama kedua-dua parti itu. 

 Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar, berkata PAS tidak sekali-kali menggadaikan maruah dengan kembali kepada Pakatan Harapan (PH). 

 Katanya, demi maruah PAS akan kekal dengan blok ke-3 Gagasan Sejahtera yang diciptanya walaupun rakan kongsi dalam gabungan itu termasuk parti Ikatan tidak akan membawa PAS ke mana-mana. 

 "Bagi saya apa yang berlaku adalah kegagalan pendekatan dan strategi Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri dan beliau perlu mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan menjelang muktamar April ini," kata beliau yang banyak mengkaji tentang PAS selama ini. 

Namun, katanya Hadi akan terus mendapat sokongan ahli PAS untuk kekal sebagai presiden dalam muktamar yang akan bermula 26 April ini di Alor Setar, Kedah. 

 Menurut Hisom, isu RUU355 seumpama nyawa PAS dan segala-galanya dibuat untuk menjayakan agenda ini termasuk berbaik dengan Umno yang selama ini menjadi musuh ketat serta saingan utama dalam politik. 

 Menurut Hisom, Hadi pernah menolak bertemu Dr Mahathir Mohamad, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bulan lalu walaupun diurus penyokong kuat yang dihormatinya hanya kerana bimbang Najib akan marah dan menolak untuk bekerjasama bagi memastikan kelangsungan agenda RUU355. 

 "Bagi saya, PAS hilang isu utama yang diperjuangkan selama ini apabila BN mematikannya. PAS perlu mencari idea lain demi survival politiknya," kata beliau. 

 Katanya, jika PAS meneruskan membawa usul persendirian ini ke Dewan Rakyat, keadaan tidak akan memihak kepadanya kerana semua prosiding dan kuasa terletak kepada BN. 

 "Hadi boleh terus membawa usul ini tetapi saya tidak nampak ia akan pergi jauh kerana kuasa speaker dan undi dikawal Umno dan BN," kata Hisom. 

Pengarah Pilihanraya PAS, Mustafa Ali ketika dihubungi enggan memberikan ulasan dengan berkata beliau tidak mahu mencampuri isu yang sejak awal beliau tidak terlibat. – 31 Mac, 2017.~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Begitulah bodohnya dan gelojohnya kepimpinan PAS dibawah selian Haji Hadi Awang jika mereka bersabar dan tidak berpecah dari PR dan berjuang untuk merampas Putrajaya besar kemungkinan RUU
ini akan jadi mudah pabila semua barisan pembangkang duduk satu meja dan buat keputusan dan mmemberi penjelasan apa yang hendak kita pinda tapi akhlak pak lebai dan pak tidak seperti apa yang kita lihat oleh kerana kelicikan UMNO memainkan peranan mumuji pemimpin PAS untuk menguatkan kedudukan agama islam dengan merekacipta RUU ini maka pemimpin PAS telah terpesona dengan pujian itu maka mereka telah terlupa sejarah dan luka yang parah sebelum ini bak kata pepatah anjing jika biasa makan benda yang busuk kalau tak makan pun dia cium juga begitulah dengan pendirian UMNO terhadap PAS hari ini mula-mula duduk dan perpakain sedundun dan berkupul mengutuk pembangkang lepas itu kentut pada PAS sekarang siapa yang hidu busuknya adakah UMNO dan penyokongnya atau PAS dengan pengikut taksufnya termasuk mursyidul yang sudah terpengaruh dengan idea HHA saya terpanggil untuk menyeru ahli PAS yang masih ada harga diri buatlah sesuatu untuk menolak HHA dalam perhimpunan muktamar nanti demi kesenimbungan perjuangan PAS selajutnya dan untuk jenerasi anak cucu kit dimasa hadapan

TIMNAJIB said...

Dalam isu RUU355, UMNO tak nak tipu PAS, tapi PAS yang paksa UMNO suruh tipu dia.

lelaki dicermin said...

Tuang presiden bg ulasan lain.. naib presiden bagi ulasan lain.. sah2 kejap lagi parti tok lebai ni ke laut...

Anonymous said...

PJJP Selangor gesa ahli2 Umno tolak Najib. Tak lengkap dan menjadi. Mesti tolak Pas sekali. Parti munafik dan taqiah! cuba Najib bentangkan RUU355, keluar tak gesaan itu? Munafik!

Anonymous said...

Laaaaaa...
Mustafa Ali pun kata dia tak terlibat dr awL pasal RUU355 ni dgn Umno
Nampak sangat ini kerja Lebai Hadi.
Patutpun nada ceramah2 lebai Hadi banyak utk mendekati umno selama ini. Rupanya di yg rancang.

Anonymous said...

Tidak kah Dato' Mustafa Ali menjadi AHOK kerana tidak mahu terlibat dengan isu RUU 355 ini?

Anonymous said...

Betul. Kan Ketua pemuda pas kata pas mmg sllu kena tipu. Tp xserik2. Parti suka ditipu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...