PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, April 11, 2017

Awas! Beruk-beruk berkeliaran pagi ini ...

Pas cuba mengambil kesempatan dengan menyalahkan DAP.
  Ada walaun Pas yang cuba melibatkan DAP dengan karikatur yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau. Walhalnya, akhbar berbahasa Cina itu dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King, tidak ada kaitan dengan mana-mana pimpinan DAP pun!

 Malah Pas cuba mengheret ummat Islam untuk berdemo pagi ini kerana katanya karikatur tersebut menghina Islam!

 Pas cuba mengambil kesempatan dengan memainkan sentimen rasis dan ugama, satu kelaku buruk yang dulunya hanya di mainkan oleh Umno tetapi kini telah diambil aleh oleh Pas.

 Tang mana karikatur tersebut menghina Islam? 

 Pas cuba mengaitkan dengan Islam dan mengajak orang Islam berdemo pagi ini waima karikatur tersebut bukan menghina Akta355 atau ummat Islam, tetapi menggambarkan mengenai urusan RUU355 yang telah 3 kali ditangguhkan!

 Karikatur tersebut bukan hanya menggambarkan Hj Hadi dan Speaker Dewan sebagai beruk, malah MP-MP lain, termasuk pembangkang yang bertekak juga sebagai beruk.

 Begitulah gambaran dari sudut pandang pelukis karikatur tersebut bahawa betapa bejatnya Parlimen Malaysia hari ini hinggakan ia diumpamakan terdiri dari sekumpulan beruk-beruk sarkis berhubung tatacara dalam mengendalikan RUU355 yang sudah 3 kali ditangguh.

 Speaker Dewan menangguhkan sesi persidangan tanpa memberi ruang kepada ahli parlimen Pakatan Harapan untuk berbahas, membalas hujah di pihak pembentang RUU355.

 Adakah MP-MP lain termasuk pembangkang yang turut digambarkan sebagai beruk naik marah sebagaimana PAS?

 Belum lagi ada kedengaran  tentang kemarahan MP-MP Pembangkang dilaporkan. Mungkin mereka sudah lali dengan gelaran-gelaran binatang yang pernah mereka dapat dari Presiden Pas sendiri, Hj Hadi.

  Bewak, babi, anjing adalah antara gelaran-gelaran yang pernah dihamburkan oleh mulut Hj Hadi terhadap MP-MP Amanah dan DAP. Ada banyak lagi lain-lain gelaran kalau mahu disenaraikan.

  Apakah Pas buat-buat lupa maka mereka terlalu marah bila presiden mereka digambarkan sebagai beruk hingga ajak orang berdemo?

  Pas menyifatkan karikatur beruk itu sebagai tindakan yang "kurang ajar dan melampau."

 Bagaimana pula dengan kelaku Hj Hadi yang melabel orang lain dengan pelbagai gelaran penghinaan?

  Kalau sesiapa nak tengok beruk-beruk terlepas berkeliaran, pergilah ke depan pejabat Nanyang Siang Pau di PJ pagi ini!
Comments
5 Comments

5 comments :

abrarmujahideen said...

Sekumpulan beruk2 belaka

Anti Fitnah said...

Itulah padahnya ...
Bila kena batang hidung sendiri, barulah nak kelam kelibut.
Mengata orang lain ... memang sedap rasanya TAPI bila orang mengata kat kita, kita melenting. Kalay tak benar, orang tak kata.
Hayatilah peribahasa Cina yang tertulis kat bawah ... "Cara Beruk Main Wayang".
Memang PAS ni dah mengaku jadi BERUK sebab depa dok sahut lontaran pelukis ni.
Selalulah beringat bahawa tak kiralah hang siapa, ulamakkah? Tok Gurukah? ... Budak sekolahkah? Semasa hang dok tujukan jari telunjuk hang kat orang lain, JANGAN DOK LUPA ada TIGA lagi jari dok tuju kat diri hang.
SIapa makan cili, Dia yang terasa pedas. Awat kalau kita "nasihat" Haji Hadi, murtadkah kita? Saya bercakap sedemikian sebab saya sayang kat Hj Hadi tu. Jangan sokong sampai bawa rebah.

Anonymous said...

Tu la.
Sapa suruh baruakan org.
Sapa suruh babi anjing org.
Kan da jadi berouk...

Allah bayar cash

Anonymous said...

Berapa ekor beruk2 yg pi bergayut depan pejabat NSP pagi ni? Ada gambo tak?

pok amid littor said...

Pas dan penyokong2 dah tak keruan sekarang ni. Si ketua asyik membebel dan melabel, yang kat bawah ni pulok pantang diusik...akan keluo la maki hamun kpd Amanah dan Dap.

Kenapa begitu sekali akhlaq mereka? katanya akhlaq Islam baik-baik, tp yg mereka tunjukkan sebaliknya.

Kenapa? Kerana mereka berakhlaq Pas, bukan berakhlaq Islam.
Tengok saja mr presideng mereka, kata-kata busuk: Pengkhianat, barua, tolol, anjing, biawak dah macam sebati dengan jiwa dia yg konon seorang ulamak.
Betul dia seorang ulamak. Dia ulamak Pas bukan seorang ulamak Islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...