BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Thursday, April 06, 2017

DS Nizar : Perak Perlukan Urustadbir Negeri Yang Lebih Baik


  Dato Seri Nizar dalam ucapannya dipersidangan DUN Perak penggal ke-5 semalam telah menyarankan supaya urustadbir negeri yang berintegriti tinggi mesti dijayakan demi masa depan negeri yang lebih cemerlang dan sejahtera.

 "Integriti hebat, rezeki berkat, integriti disanjungi, kleptokrasi dicanggahi!" Tegas DS Nizar.

 Beliau turut menegur kerana tidak ada laporan odit dikemukakan ketika Tuan Speaker Dewan membacakan laporan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Perbadanan Menteri Besar atau MB Inc.

 "Laporan odit tahunan amat perlu dikemukakan dalam dewan yang mulia ini untuk membuktikan ketelusan kedua-dua agensi tersebut. Pihak kami telah menyuarakan dalam sidang terdahulu dari ini," tegas DS Nizar

  Beliau menyarankan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) beserta Perbadanan Menteri Besar atau MB Inc. perlu meningkatkan ketelusan integriti dan urustadbir organisasinya supaya rakyat dapat mengetahui secara tepat dan menyeluruh semua transaksi dan urusan yang dilakukan.

  DS Nizar menempelak kerajaan negeri kerana berniaga dalam menguruskan pentadbiran negeri kerana ini bermakna bersaing dengan cara yang tidak sihat didalam mengujudkan dan menjalankan projek-projek.

 DS Nizar  ialah menyatakan bahawa integriti urustadbir yang baik adalah merupakan asas kesejahteraan ekonomi negeri dan hanya dapat dicapai melalui pematuhan terhadap standard operating procedure atau SOP disamping pemantaun yang sistematik.

 Menurutnya, pengurusan sumber akan bertambah effisyen, penjimatan kos diperolehi dan pembaziran dapat dibendung secara langsung untuk memungkinkan perjalanan hasil pendapatan kerajaan negeri yang optimum.

 "Ini terbukti bila mana pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM mengambil langkah pro-aktif membantu menambahbaikan SOP jabatan-jabatan Tanah dan Negeri dan dalam waktu yang sama jabatan terbabit memperaktik SOP yang disyorkan, hasil pendapatan akan meningkat berlipat kali ganda.

 "Saya berpandangan perkara ini perlu diperluaskan kepada semua agensi dan jabatan kerajaan yang lain kerana terbukti banyak perkara yang masih perlu diperbaiki dalam pengurusan pentadbiran negeri Perak Darul Ridzuan.

"Oleh itu urustadbir negeri yang berintegriti tinggi mesti dijayakan demi masa depan negeri yang lebih cemerlang dan sejahtera - Integriti hebat, rezeki berkat, integriti disanjungi, kleptokrasi dicanggahi!" Tegas DS Nizar.

 DS Nizar telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Majlis Bandaran Ipoh, sebagai contoh telah memenangi anugerah innovasi dan lain-lain pencapaian perkhidmatan  cemerlang bagi sektor kerajaan tempatan.

  Disamping itu beliau juga berharap jabatan lain seperti Jabatan Agama Islam, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Hutan serta lain-lain GLC dapat menambahbaik kualiti perkhidmatan dan kecekapan pengurusan awam.

  Beliau menyarankan supaya Pegawai Integriti jabatan diberikan kerjasama yang secukupnya agar mereka mampu mengesan awal isu-isu penyalahgunaan kuasa dan juga amalan rasuah.

  "SPRM perlu diberi ruang secukupnya untuk membolehkan mereka menasihati langkah-langkah pencegahan rasuah dalam jabatan-jabatan kerajaan dan pentadbiran tanah wajar menyahut cabaran ini." kata DS Nizar.

   Diawal ucapannya sebelum itu, DS Nizar telah menyampaikan rintihan dan keluhan suara rakyat mengenai gejala musibah akibat kenaikan kos sara hidup yang bukan sahaja disebabkan oleh harga komoditi antara bangsa,  kejatuhan nilai mata wang,  peningkatan permintaan, malah ia juga akibat kos barangan dan perkhidmatan GST sebanyak 6% yang berkuatkuasa sejak 2 tahun yang lalu.

 Menurutnya kos sara hidup rakyat meningkat, beban rakyat bertambah berikutan dengan gaji dan upah yang masih rendah yang tentunya tidak mencukupi.

  Beliau menyarankan kerajaan negeri mencari jalan dan sumber pendapatan bagi mempastikan kebajikan rakyatnya dijaga dan nasib warga Perak dibela.

  Komen al-Husseyn : 

   Ucapan yang baik dari DS Nizar kerana beliau telah menyampaikan beberapa saranan yang boleh membantu untuk penambahbaikan urustadbir kerajaan Negeri Perak.

 Perak yang asalnya sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil mahsul negeri namun sehingga tahun 2015, telah menduduki tempat kedua sebagai negeri termiskin di Malaysia. Nampaknya Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik khususnya dalam menangani masalah kemiskinan.

 Laporan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri juga menunjukkan di bawah BN, Perak juga merupakan negeri yang mempunyai paling ramai keluarga miskin yang berpendapatan kurang dari RM2,380 sebulan, iaitu sejumlah 122,000 buah keluarga di Perak diletakkan dalam kategori ini.

  Sehingga kini Perak gagal mengumumkan dasar dan rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan paras pendapatan rakyat Perak supaya rakyat bebas daripada belenggu kemiskinan.

  Cukup-cukuplah mengharapkan Umno BN untuk melakukan urustabir integriti yang lebih baik. PRU 14 nanti, harap-harap rakyat negeri Perak akan memilih semula kerajaan dari Pakatan Harapan yang pernah menunjukan prestasi dan urustadbir yang cemerlang di Perak.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...