GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 20, 2017

Exco Johor didakwa dengan 33 pertuduhan libatkan RM30 juta

PETALING JAYA: Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 33 pertuduhan bersubahat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.

 Latif, yang mempengerusikan Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu, 2 minggu selepas anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 25 dan pegawai khasnya Muhammad Idzuan Jamalludin ditahan.

Mereka disiasat dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.

SPRM sebelum ini menyita 45 akaun bank berjumlah RM15.5 juta, di samping merampas 26 kenderaan dan motosikal mewah serta dokumen.

Turut didakwa hari ini ialah Amir Sharifuddin Abdul Raub.


 Latif didakwa bersubahat dengan Amir yang menjadi orang tengah untuk menerima rasuah daripada beberapa individu bagi mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic di Pulai.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 28(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM2 juta seorang, dan memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Anggota Kerajaan BN Johor hari ini mengangkat sumpah untuk bebas RASUAH.

Barua ni juga dulu mengangkat sumpah untuk bebas RASUAH tetapi,!!!!! dikencingnya. Aduai....

Anonymous said...

Aku nk tengok brapa tahun Mangkuk Hayun spesis Melayu Umngok ni dipenjarakan?kalau pencuri choklat yg harga Rm3.00 kena 2 tahun Penjara Mangkuk Hayun ni brapa tahun yer.?

Ilham Shah said...

Ai....dia ngap 30 juta...ikat jamin 2 juta. Aku ni silap baca dak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...