GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, April 03, 2017

Ha! Ha! Ha!! Terkencing rupanya!


  Tindakan dua kali pihak polis membatalkan debat di antara Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamad jelas,membuktikan polis telah diarahkan berbuat demikian oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak.

 Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pembatalan debat itu sesuatu yang melucukan atas alasan polis berkemungkinan berlaku kekecohan antara dua penyokong.

 "Adalah terlalu melucukan apabila pihak polis telah dua kali terpaksa membatalkan debat di antara DatukSeri Nazri dan Tun Dr Mahathir atas alasan bimbang berlakunya kekecohan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak.

 "Sebenarnya Datuk Seri Najib Razak yang bertanggugjawab mengarahkan debat tersebut dibatalkan kerana beliau terlalu bimbang kesan perdebatan itu akan menelanjangkan semua penglibatan beliau dan kroninya dalam isu 1MDB," ujarnya dalam kenyataan hari ini. Baca lagi di sini

Azmin: Batal debat Mahathir-Nazri bukti PM takut

Pembatalan majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bimbang kemungkinan ia bakal menjejaskan pentadbiran negara diterajuinya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, debat itu akan digunakan Dr Mahathir bagi mendedahkan segala skandal membelenggu pentadbiran Najib termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) maka pembatalan dibuat biarpun dengan alasan tidak munasabah.

 “Saya tidak faham mengapa permit itu dibatalkan kerana alasan diberikan amat tidak munasabah, kononnya ada penduduk membantah sedangkan kawasan itu tidak berdekatan dengan perumahan dan ianya berada di dalam satu bangunan, bukan tempat terbuka.

“Ini sekali lagi membuktikan Perdana Menteri amat takut sekiranya Dr Mahathir membongkar skandal 1MDB dengan bukti lebih kuat dan kukuh,” katanya kepada media di sini, semalam ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...