BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Wednesday, April 12, 2017

Husam Musa terima duit tauke Genting dalam usia 4 tahun. Ada menasabah?


 Nampaknya maklumat dari Zaharin Mohd Yasin yang blog ini turut siarkan di sini nampak tidak berasas. Saya mohon maaf diatas kealpaan saya kerana tidak cermat menelitinya terlebih dahulu.

 Walau bagaimana pun kita berharap akan mendapat penjelasan lanjut dari Zaharin berhubung dana GENTING yang bernilai 30 billion ini siapa sebenarnya yang telah menerimanya bagi pihak PAS.

 Sehingga kini masih belum ada apa-apa respon dari Zaharin bila saya jengok fesbuknya pagi ini. Zaharin seorang yg bertanggungjawab dengan apa yang ditulisnya. Kita tunggu apa saja respon Zaharin nanti.

Berikut adalah respon Syam Ghaz kepada tulisan Zaharin Mohd Yasin, penulis UMNO.

Husam Musa dilahirkan pada 14 Okt 1959. Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dapat tander membina Jambatan Sultan Yahya Petra syarikat Kien Huat pada tahun 1963, iaitu waktu Husam Musa berumur 4 Tahun.

Mustahil seorang bayi berumur 4 tahun boleh mempengaruhi keputusan tender kerajaan.

Salinan Buku Tulisan Lim Goh Tong - My Story salinan mukasurat 67 projek Jambatan dilampirkan sebagai rujukan. Kien Huat Private Limited adalah syarikat beliau.

Jambatan dengan kos RM5.2 juta, sepanjang 2,800 kaki menghubungkan Pasir Mas - Kota Bharu. Jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu.

PAS memerintah Kelantan pada tahun 1963 waktu zaman arwah Dato Hj Asri Muda menjadi Menteri Besar Kelantan, yang mula memerintah Kelantan pada tahun 1959, 28 kerusi daripada 30.

Jambatan Sultan Yahya Ke 2 (jambatan baru) adalah Projek Kerajaan Persekutuan, mustahil Kerajaan Kelantan ada kuasa dalam perlantikan dan pemberian tander.

Saya mencabar Zaharin Yasin mengemukan bukti dokumen hitam putih dari kenyataan dan posting beliau di Facebook kelmarin. Lampiran facebook beliau disertakan.

Lagi satu bila TS Lim Goh Tong bagi duit pada Husam Musa? Beliau meninggal tahun 23 Okt 2007. 

Sekian, sekadar berkongsi bahan pembacaan. Jika baik sila sebarkan, jika salah mohon ditegur untuk diperbetulkan.

Berpolitiklah dengan matang dan bermaklumat, ketepikan sentimen amarah dan budaya fitnah. Trm kasih.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

UMNO dan fitnah, berpisah tiada. Begitu juga dengan PAS mutakhir ini, sama sahaja suka membuat fitnah semberono sebab dari DNA yang sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...