BERSAMA AMANAH

BERSAMA AMANAH
AMANAH MAJU TERUS

Tuesday, April 04, 2017

Inilah untungnya jadi anak MP Umno...

   
  Memang tidak masuk akal bila sekumpulan samseng penyokong dari Pasir Salak telah yang bertindak ganas memaki hamun, menyerang dan cuba mencederakan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad di kawasan parlimen tetapi masih mendapat mendapat simpati dan belas ihsan pihak terentu.

  Entah apa yang akan terjadi kepada Khalid Samad sekiranya tidak ada pihak keselamatan yang segera datang membantu memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian tersebut.

 Namun penyerang Khalid Samad hanya didakwa bawah kesalahan kecil yang mana kalau didapati bersalah maka boleh didenda tidak lebih RM100 seorang.

Adakah ini kerana kumpulan penyerang tersebut diketuai oleh anak Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajudin Abd Rahman yang merupakan anggota samseng baju Merah?

 Inilah kelebihan samseng Baju Merah. Mengganas macam mana sekali pun masih boleh terlepas. Kalau ditangkap dan dihukum pun tidaklah setimpal mana dengan makar yang mereka lakukan.

 Betapa seorang siswi, Siti Noor Aishah telah dituduh sebagai pengganas hanya kerana memiliki 12 buah buku yang sehingga kini masih belum diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. 

 Siti Noor Aishah ditahan mengikut Sosma lalu dibicarakan, kemudian telah dibebaskan. Namun ditahan semula di bawah Poca pada hari yang sama. Penahanan ini seperti tidak menghormati keputusan penghakiman.

 Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak berpuas hati dengan peruntukan undang-undang dikenakan terhadap penyokong Pasir Salak yang menyerangnya di parlimen tahun lalu.

 Katanya, lapan individu itu hanya didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100.

 “Mereka dah didakwa pagi tadi, tapi berita buruknya mereka didakwa bawah kesalahan kecil yang mana kalau didapati bersalah maka boleh didenda tidak lebih RM100 seorang.

 Kalian tahu kenapa kepelikan ini boleh berlaku? Menurut Khalid, kes pendakwaan ini dibawa sendiri oleh unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara!

 “Kes ini dibawa oleh pejabat peguam negara yang mana pihak peguam negara adalah unit pendakwaan sendiri. Ia merupakan seolah-olah satu penghinaan terhadap bukan sahaja pada ahli parlimen tapi institusi parlimen,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.


  Pada 24 November tahun lalu, Khalid diserbu sekumpulan penyokong dari Pasir Salak, selepas berlaku pertikaman lidah dengan anggota parlimen kawasan itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di parlimen. ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...